Saturday, 21 November 2020

KUTUK LANGKAH PKP, BILA MUHYIDDIN NAK PECAT DR JOMO KS PENASIHAT PH DI INSTITUT PENYELIDIKAN KHAZANAH?

 


1. 14 November lalu bekas Majlis Penasihat Kerajaan PH Dr Jomo K Sundaram dalam forum talian “Belanjawan 2021: Bergerak ke arah pemulihan” yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempersoalkan langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan Malaysia sebagai langkah terkebelakang, tidak perlu dan menidakkan kebajikan rakyat.

SILA BACA Khalid Samad dan Bekas Menteri PHpunca merebaknya Covid-19, Menteri PN sekarang ‘cuci tahi’ mereka



2. Cara inilah agaknya yang disyor kepada Kerajaan PH sebelum ini yang menyebabkan gelombang pertama daripada kluster Tabligh tersebar luas termasuk menolak sekatan pelancong luar seperti China datang ke Malaysia.

3. Agaknya itulah standard Majlis Penasihat Kerajaan PH! Sampah


Dr Jomo KS dan Tan Sri Zeti masih pegang jawatan dalam kerajaan PN

4. Itu tanpa PKP! Kini Dr Jomo Kwame Sundaram masih dilantik sebagai Penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan terus mempersoalkan langkah kerajaan melaksana PKPB. Jomo cuba membandingkan negara-negara lain yang berjaya melawan wabak itu tanpa perlu melakukan langkah sama.

“Kalau kita lihat situasi di negara lain, bukan semua negara laksanakan PKP atau seumpamanya, seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, Laos, Kerala di India, bahkan China' katanya

5. Pandangan Jomo ini dibuat secara rawak dan bersifat selektif serta tidak bersandarkan pada "risk assessement" semasa iaitu tentang maklumat kawasan, mobiliti penduduk dan risiko jangkitan di sesuatu tempat yang dikenakan PKPB atau PKPD.

6. Lihat kepada negeri Kedah dan Perlis, suatu ketika dihantui oleh Kluster Sivagangga. Pekan Napoh, Alor Setar dan Sungai Petani dikenakan PKPD. Malah di Perlis, sebuah rumah ada 10 kes akibat peniaga santan yang dijangkiti Kluster Sivagangga.

7. Kejadian itu berlaku pada beberapa bulan lepas. Selepas PKPD, lihatlah apa hasilnya? Kegiatan ekonomi pulih seperti biasa di Kedah, malah Perlis lebih hebat bila negeri itu kekal dalam zon hijau dan tidak dikenakan PKPB. Penduduk yang trauma kini hidup kembali normal kerana adanya PKPD dan PKPB di kawasan-kawasan itu.

8. Kenapa Jomo tidak sebut perkara ini? Benda yang baik perlu disebut. Malah jika hendak dibanding dengan negara-negara lain, Malaysia jauh ke hadapan. Kadar sembuh daripada COVID-19 pun tertinggi.

9. Mengapa Jomo tidak menyebut langkah besar China menghalang jangkitan ialah ‘Lockdown’ Wuhan dan Huabei atau mungkin langkah darurat Jepun. Lebih ganas menguatkuasakan PKP ialah Afrika Selatan, Perancis, Kenya dan India. Tidak akur tentera dan anggota keselamatan mereka melakukan kekerasan. Selamat dari Covid-19, ubatnya adalah PKP.

10.Negara seperti Fiji, Victoria State di Australia, Auckland di New Zealand juga kenakan PKP biarpun kes Covid-19 yang berlaku adalah rendah. Hanya ada empat kes, tetapi mereka terus laksanakan lockdown.

11. Situasi Negeri Sabah yang pernah mencatatkan kes melebihi 1000 sehari misalnya berjaya turun sekalipun kini kes kumulatif di Sabah mencecah lebih 24,000 kes dengan catatan 500 hingga 700 kes sehari. Namun kini berkurang perlahan sehingga 300 kes sehari. Dan kini banyak daerah kawasan merah bertukar kepada kuning, jingga dan hijau.




1 November 2020 - 644 kes

6 November 2020- Seminggu kes cecah 1199 kes


9 November 2020: 370 kes Minggu kedua 

20 November 2020: walaupun kes sekitar 512 kes petanda daerah mula kuning,
 jingga dan hijau. Ini bukti PKPB adalah perlu


12. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah KKM. Tan Sri Dr Hisham

"Strategi KKM di Sabah menunjukkan hasil.  Sekiranya kita melihatnya, dari awal gelombang ketiga, dalam tempoh lebih dari dua minggu, kita berjaya menurunkan kadar jangkitan dari 2.2 menjadi 1,” kata Noor Hisham

“Jadi PKPB ini merupakan langkah awal daripada mengelakkan berlaku penularan lebih serius. Jangan sampai bila kes naik mendadak, nanti ramai mempersoalkan kerajaan mengapa tidak buatnya lebih awal,”

13. Itu satu negeri belum negeri di Semenangjung lagi. Jadi Dr Jomo KS tu dia cakap kerana penyelidikan atau kerana emosi politiknya?

14. Negara jiran cukup cemburu langkah tepat kerajaan Malaysia dalam kawal Covid-19. Tidak ada demontrasi, piket dan rusuhan di negara kita. Ini semua terjadi kerana Malaysia telah laksanakan kaedah betul melawan Covid-19. Indonesia sendiri amat sukar melaksanakan PKP walaupun mereka berhadapan lebih 3000 kes sehari.

15. Persoalannya sebagai bekas Penasihat Majlis Kerajaan dan kini Penasihat Penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) apakah wajar kritikan itu?



16. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Azmin Ali dan juga Datuk Tengku Zafrul adalah Lembaga Pengarah Khazanah. Mengapa tidak kamu sebaga penasihat Institut milik Khazanah itu melaporkan terus kajian serta laporan kamu berkaitan PKP, PKPB  menangani COVID-19. Bukan menembak kerajaan yang membayar gaji kamu!.



17. Jadi bila nak pecat Dr Jomo KS ni? Dia pendokong tegar PH. Mengapa Muhyiddin dan Azmin membiarkan Dr Jomo KS ni menghentam kerajaan PN.

18. Ramai lagi yang boleh dilantik dalam PPBM, BN, dan PN. Mengapa masih mengekal Dr Jomo KS ni?

Captain M 
21 November 2020

 

 

 

No comments:

Post a Comment