Monday 7 December 2020

RAKYAT PERLU GAGALKAN AZMIN, BOD KHAZANAH JUAL SILTERRA MILIK BUMIPUTERA KEPADA SYARIKAT ASING BULAN INI!

 


1. Bulan ini dilaporkan perang terakhir antara syarikat Bumiputera berlawan dengan syarikat bukan bumiputera untuk memiliki SilTerra anak syarikat Khazanah akan diputuskan. Dua syarikat asing terkenal sudah boleh disingkirkan memandangkan tiada pemilikan tempatan.

2. Banyak media masa, portal dan blog seperti unspinners, anotherbrickinthewall, mykmu.net, my-tv.online termasuk Captain M pun sudah mendedahkan beberapa butiran mengenai pembelian SilTerra.

BACA - KANTOI LAGI! AZMIN ARAH KHAZANAH JUAL SYARIKAT MILIK MALAYSIA SILTERRA KEPADA SYARIKAT ASING?

BACA -  JIKA FOXCONN GAGAL, KHAZANAH JUAL SILTERRA KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA GREEN PACKET ‘SYARIKAT KORUP’?


3. Apakah pilihan Lembaga Pengarah Khazanah diketuai Tan Sri Muhyiddin PM, Pengerusi Khazanah, Menteri Kewangan Dato’ Sri  Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Datuk Seri  Azmin Ali Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Goh Ching Yin (dilantik sejak PH) nanti? 

4. Yang pasti misi Azmin Ali bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi mahu meneruskan penjualan aset negara akan terus dilakukan.

Pilih Dagang NeXchange Berhad  (DNeX-Bumiputera) atau Green Packet (Bukan Bumiputera)?

5. Mengapa sukar Azmin dan BOD Khazanah memilih DNeX? Hendak kata DNeX tiada wang mereka menawarkan tawaran kompetitif sebagai syarikat bumiputera. Mengekalkan SilTerra sebagai milik Malaysia dan dioperasikan oleh bumiputera bukankah itu sangat baik. DNeX sendiri kata sanggup membeli dan memulihkan SilTerra.



6. DNeX berpengalaman dalam pemulihan syarikat termasuk mereka sendiri berasal daripada Time Engineering Bhd. Jika alasannya DNeX menjalin usaha sama dengan syarikat asing seperti Beijing CGP Investment Co Ltd (CGP) apa bezanya dengan Green Packet yang juga mempunyai rakan strategik daripada China iaitu Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd (45%). Bezanya DNeX bumiputera!

7. Jika dikatakan DNeX tiada wang mereka juga mencadangkan melabur RM846 juta memulihkan SilTerra. Muhyiddin, Azmin dan BOD Khazanah jangan tamak. Fikir dahulu agenda bumiputera. sampai bila kita nak menjual aset demi keuntungan semata.



Syed Zainal Abidin 

8. Justeru mengapa BOD Khazanah perlu pening jika agenda bumiputera diutamakan. 

Mengapa nak pilih Green Packet?

9. Dalam keadaan Kerajaan PN diasak digasak mengapa Muhyiddin, Azmin dan BOD Khazanah memilih jalan sukar. Isu KWSP tak selesai lagi. Ribuan rakyat mengecam dan sekarang SilTerra nak jual pula kepada bukan Bukan Bumiputera yang juga bergabung syarikat China Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd.

10. Green Packet syarikat yang terlibat dengan skandal rasuah dan disiasat SPRM. Sekalipun kes itu belum selesai dan CEOnya belum dituduh di mahkamah tetapi ia jelas syarikat itu tidak punya integriti.

 



11. Siapa tidak kenal Puan Chan Cheong (CC Puan) CEOnya dalam skandal TM jual beli Syarikat Packet One Networks (P1) dengan harga RM350 juta dalam P1. CC Puan untung besar dan disiasat SPRM kerana salahlaku rasuah dalam kes itu. Hanya kerana bukti disembunyi beliau dibebaskan. 

12. Jangan hanya kerana dia cuba JV dengan syarikat Bumitech Fund yang dibelinya atas nama Melayu maka  Azmin dan Khazanah dah buta mata? Alibaba seperti itu tidak lama akan hancur juga. 

13. Apa nasib SilTerra? Green Packet JV syarikat China Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd sepenuhnya menjadi syarikat asing. 




14. Mengapa Azmin berkeras mahu menjual SilTerra kepada syarikat milik cina ni?  Jadi berpadahlah demi agenda bumiputera.Rakyat perlu menolak pilihan Azmin dan BOD Khazanah ini.

Captain M
7.12.2020


No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA