Tuesday, 15 December 2020

AKMAL AMK JUMPA ANWAR SELEPAS MESEJ KUTUK 'ANWAR SEBAGAI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI'



Selepas membalun Anwar Ibrahim ‘cukup-cukup’ dalam satu kumpulan WhatsApp AMK PKR dibantu Rafizi Ramli akhirnya Ketua Pemuda PKR (AMK) Akmal Nasir pada 14 Disember mengadakan pertemuan dengan presiden partinya Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan berhubung tangkap layar perbualan "menghina" dikaitkan dengannya bersama.

Menurut Akmal pertemuan mereka berlangsung di parlimen

Untuk rekod Akmal merupakan ahli parlimen Johor Bahru manakala Anwar mewakili Port Dickson.

“Alhamdulillah, saya telah bertemu Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekhilafan yang berlaku dan beliau berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi," katanya di Facebook.

Turut kelihatan dalam gambar yang mengiringi hantaran tersebut ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Akmal dia juga menerima pandangan Anwar agar semua anggota PKR melihat ke hadapan dan memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan reformasi.

“Kita PKR adalah satu keluarga. Perbezaan sesama kita perlu diraikan selagi perbezaan itu bernaung di bawah prinsip dan idealisme reformasi,” katanya.

Whatsapp dan desakan letak jawatan

Akmal berdepan desakan daripada beberapa pemimpin AMK sendiri yang menuntut dia memberi penjelasan berhubung dakwaan dia membuat pandangan yang mengkritik Anwar.



Malah sesetengah pemimpin AMK mendesak Akmal meletak jawatan.

Ia dilihat mendorong Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tampil menyebelahi Akmal dan pada masa sama menasihati Anwar agar berhati-hati dengan kumpulan "budak-budak" yang didakwanya kuat membodek. 

 

No comments:

Post a Comment