Wednesday, 1 December 2021

DR MAHATHIR MENGAKU DAPAT TANAH LANGKAWI KERANA DIA BEKAS PM, PENGERUSI LADA

 


Sebelum PRU14  rakyat digemparkan beberapa pendedahan berhubung dokumen pajakan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kini surat-surat itu muncul kembali selepas Najib Razak mengasak semula tanah Langkawi milik Dr Mahathir itu. 

Selepas diasak bertalu akhirnya bekas perdana menteri keempat dan ketujuh Dr Mahathir Mohamad mengakui dia memajak dan membeli tanah di Langkawi seperti dibangkitkan Najib Razak. Bagaimanapun, kata Mahathir, dia membayar pajakan itu.

“Pajak kena bayar. Tak dapat free pun,” katanya.

Isunya ialah kerana 'kabel' dan salah guna kuasa beliau mendapat tanah pajakan dengan harga yang murah kerana dia adalah bekas Perdana Menteri dan juga Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dari tahun 2003 hingga Mac 2016. Siapa berani menolak permohonan bekas PM? atau lebih tepat lagi apa yang Dr Mahathir minta!

Manakala semua pajakan tanah atas tanaman fertigasi dan lain-lain itu dibuat antara tahun 2011 hingga 2014 ketika Mahathir menjadi Penasihat LADA. Bukankah itu mempunyai kepentingan?

Sekalipun  kos pajakan tanah dinaikkan nilainya masih rendah bagi seorang bernama Dr Mahathir membayar tanah milik  Lembaga Pembangunan Langkawi itu.

Ramai percaya jika sesiapa saja rakyat Langkawi atau syarikat yang berminat untuk memajak tanah tu maka akan lebih ramai lagi layak atau mampu. Bukan Dr Mahathir saja. Namun kerana Tun Dr Mahathir adalah bekas PM dan Pengerusi LADA maka beliaulah mendapatnya.

LADA dan tanah Langkawi milik Mahathir


Dr Mahathir memiliki hak pajakan tanah antara tempoh 30 tahun hingga 60 tahun di Kuah dan Mukim Ayer Hangat selain tanah di Teluk Ewa yang dipajak selama 90 tahun. Selain Pengerusi LADA ketika beliau sebagai PM 7 pada  September 2018 beliau melantik Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Bersama LADA.

Tidak pernah pajakan tanah itu ditamatkan atau Dr Mahathir memulangkannya hatta Mukhriz sebagai MB Kedah. Beliau kekal mengambil tanah itu.









Itulah Dr Mahathir lelaki berkuasa yang boleh memiliki apa sahaja. Lihat saja anak-anaknya menjadi jutawan malah Mukhriz Mahathir menjadi pemilik kepada OPCOM Berhad. 

Bukan itu sahaja, Sarawak Report kesayangan Dr Mahathir juga mendedahkan Mukhriz Mahathir pernah mendapat lesen konsesi kawasan balak di Sarawak.




No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI