1. ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Jika Tan Sri Azam Baki dan SPRM mahu menunjukkan mereka berkuasa dan melaksanakan tugas, SPRM tiada pilihan melainkan menjalankan segera tugas memburu perasuah, membuka semula fail kes lama dan segera mendakwa pemimpin yang terlibat rasuah.
2. SPRM mesti segera mengalihkan isu bukan membiarkan mereka menjadi bahan serangan oleh blog hantu Edisi Siasat itu yang akhirnya maklumat itu digunakan oleh pemimpin PH memusnahkan imej SPRM.
3. Jika kes rasuah Naveen Kularasa Rasiah anak saudara MP Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah yang juga Setiausaha politiknya kes tahun 2017 ‘Pau RM55,000’ boleh didakwa di mahkamah pada tahun 2022 maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kes-kes lain tahun 2017 atau sebelumnya didakwa sekarang.