Tuesday, 25 January 2022

TAWFIQ SUAMI ZETI DITANGKAP, ZETI, NOR MOHAMED YAKCOP BAKAL DIDAKWA?

 

SPRM tiada pilihan perlu mendakwa mereka

Siasatan ke atas suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr. Tawfiq Ayman berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dipercayai telah dilengkapkan dengan cadangan pertuduhan dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat penerimaan wang ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura yang diperolehi hasil dari terbitan RM5 bilion oleh AmBank pada tahun 2009.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat salah laku Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

“Aduan yang dibuat kepada SPRM adalah mengenai pendedahan pihak berkuasa Singapura yang telah memberitahu BNM pada tahun 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan oleh sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Tawfiq dan ketika itu, Zeti masih menjadi Gabenor Bank Negara.


SPRM sebelum ini mengesahkan kerajaan Singapura telah membantu dalam pemulangan aset dikaitkan dengan 1MDB sebanyak RM65 juta (AS$15.4) kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. dikaitkan dengan Tawfiq dan bekas pegawai kanan firma NTUC, Samuel Goh Sze-W.


Keluarga Tan Sri Zeti sebelum ini dilaporkan telah  mendapat wang dari Jho Low sebanyak RM700 juta wang 1MDB. Sebelum ini pengakuan SD suami dan anak-anak Zeti juga tersebar meluas membuktikan pembabitan keluarga Zeti kes 1MDB.



Kerajaan PH bawah Tun Dr Mahathir sebelum ini menutup rapat salah laku Tan Sri Zeti bekas Gabenor Bank Negara itu yang juga sebelum ini antara Majlis Penasihat Kerajaan PH

Bekas Menteri Nor Mohamed Yakcop yang memainkan peranan penting terhadap penubuhan SRC, meraih keuntungan serta merta RM85 juta daripada jual beli bon 1MDB yang didalangi Jho Low. Dan keuntungan ini disembunyikan dan dibelanjakan di luar negara.

Sumber sahih mengesahkan Suami Zeti telah ditangkap bagi mengelakkan beliau melarikan diri.

Kes ini selesai dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dalam masa terdekat

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI