Siapa juga menjadi Kerajaan Persekutuan dan Negeri isu yang sama akan tetap berlaku iaitu kelewatan melaksana projek. Dapat berbiliob ringgit setiap tahun jika Kementerian dan agensi negeri gagal melaksana projek maka dana akan dipulangkan kembali kepada pusat.
Projek mega seperti Pan Borneo, empangan hidroelektrik dan loji air menelan perbelanjaan yang sangat tinggi.
BERITA PENUH::
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa supaya pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan, tanpa ada sebarang alasan lagi.
Beliau
berkata penegasan itu perlu dilakukan kerana terdapat projek-projek pembangunan
untuk kemudahan rakyat di Sabah tertangguh, antaranya Empangan Hidroelektrik
Ulu Padas yang mampu memberi bekalan elektrik dan air yang selesa untuk rakyat.
“Projek
tertangguh antaranya menyebabkan dua kesan iaitu kos meningkat dan kesan kepada
harapan rakyat untuk memperoleh kemudahan terutama untuk mendapatkan kemudahan
bekalan elektrik dan air. Contohnya empangan ini, pastikan supaya ada
perlaksanaan dan pemantauan supaya tiada alasan untuk lengahkan.
“…tekad
ini amat kritikal, mendesak untuk rakyat, siapkan lebih cepat dan beri
keselesaan kepada rakyat. Itu sikap kita mesti ada sekarang,” katanya ketika
merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas.
Turut
hadir Ketua Menteri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I Jeffrey Kitingan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas
Khas) Armizan Mohd Ali, dan Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC)
Annuar Ayub.
Empangan
Hidroelektrik Ulu Padas yang dijangka siap pada 2029 dengan kos RM4 billion
mempunyai kapasiti pembekalan elektrik 187.5 megawatt.
Empangan
yang mempunyai kawasan tadahan 1,905 kilometer persegi itu dibangunkan UPP
Holdings Sdn Bhd, dan ditubuhkan hasil kerjasama strategik SEC sebuah anak
syarikat kerajaan negeri Gamuda Berhad dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd.
Anwar
berkata selain empangan itu, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengambil masa
lama disiapkan, antara lain disebabkan isu kontraktor dan campur tangan
keputusan politik, dan ia perlu diselesaikan segera bagi memberikan kemudahan
pengangkutan terbaik untuk rakyat.
“Kita
pastikan urusan kontraktor lebih telus. (Lebuh raya) Pan Borneo ini sudah
puluhan tahun, hampir siap di Sarawak. RM15 billion untuk projek ini bukan
murah, saya minta Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya) membuat
pemantauan dan bagi kuasa untuk segerakan,” katanya.
Beliau
berkata selain untuk rakyat, kemudahan asas itu juga penting dalam usaha
menarik masuk lebih ramai pelabur dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan,
sesuai dengan keperluan pelaburan terbabit.
No comments:
Post a Comment