Friday, 8 December 2023

[VIDEO] SERBU WARGA ASING, LEBIH 30,000 PATI DIUSIR SEJAK JANUARI

 


4 Disember lalu kecoh di media sosial Restoran Damascus terkenal di Bukit Bintang diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi video yang tular, kelihatan sebuah lori Imigresen diletakkan bersebelahan kedai tersebut.



Turut kelihatan beberapa orang pekerja restoran berkenaan menaiki trak itu setelah serbuan dibuat.

Serbuan itu dibuat kerana pekerja kedai berkenaan didakwa tidak mempunyai permit yang sah.

Video yang tular itu nyata mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata menyokong tindakan pihak berkuasa yang mengambil langkah sedemikian bagi membendung masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).





JIM dan serbuan KL

Kekerapan JIM membuat serbuan di Kuala Lumpur nampaknya menggusarkan warga asing dan sangat wajar JIM melakukannya lebih banyak lagi.



Nampaknya Datuk Ruslin Jusoh Ketua Pengarah Imigresen yang baharu ini agak agresif namun rakyat tempatan menyukainya.

Kebanjiran warga asing di negara ini sangat membimbangkan. Jadi Langkah JIM sangat dialu-alukan.

Tangkapan dan pengusiran

Menurut Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh, Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, 

Beliau berkata bagi tempoh sama, pihaknya turut menahan 58,774 pendatang asing dan 289 majikan hasil 103,124 pemeriksaan menerusi 9,164 operasi dijalankan di seluruh negara.

“Fokus utama Jabatan Imigresen ialah memastikan tiada majikan yang menggajikan pendatang asing selari dengan pengusiran dijalankan.

“… menjadi satu kesalahan mana-mana majikan yang menggajikan pendatang asing bagi berurusan atau berniaga atau menggajikan mereka yang mempunyai pas lawatan kerja sementara di tempat lain,” katanya pada sidang media selepas operasi khas di Kompleks Kota Raya di sini hari ini.

Terdahulu, dalam operasi khas berkenaan, Ruslin berkata pihaknya menahan 330 pendatang asing pelbagai warganegara hasil pemeriksaan terhadap 350 individu.

Beliau berkata semua yang ditahan terdiri daripada 215 wanita dan 115 lelaki termasuk kanak-kanak warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan China.

“Semua yang berusia lingkungan tujuh bulan hingga 70 tahun dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment