1. Azmin Ali dan rasuah tidak boleh dipisahkan. Sejak beliau berkhidmat bersama Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1995 siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (Kini SPRM) sudah dilakukan terhadap beliau dan isterinya Shamsidar Taharin. Namun oleh kerana Anwar Ibrahim mengarahkan kes itu ditutup maka Azmin Ali terselamat.
Wednesday, 22 March 2017
Monday, 20 March 2017
ISTERI LIM GUAN ENG BUKAN SAHAJA DI PCCC TAPI PENGARAH SYARIKAT BERSAMA PHANG LI KHOON PEMILIK BANGLO MURAH. HEBAT!
1. Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.
2. Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?
Sunday, 19 March 2017
WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?
[ Baca Di sini : GEMPAR PEMANDU KESAYANGAN SHAFIE MENGAKU: WANG ZAHIDA RAFIK YANG LESAP HASIL PROJEK KKLW! ZAHIDA KALAH KES SAMAN MALU RM150,000]
Cuba lihat wajah Shafie Apdal ketika menjawab isu hubungannya dengan Zahida. Berseri-seri dengan senyuman. Cuba pula lihat wajah Zahida ketika ditanya siapa lelaki pilihannya. Juga tersenyum. Maklum dah bertahun. Mereka berkahwin di luar negara tetapi Shafie Apdal tetap tidak mengaku Zahida isterinya hingga sekarang. Tak baik Shafie walaupun dia nombor dua. Rakyat wajar tahu elak fitnah.
1. Mengapa cerita Shafie Apdal dan Zahida Rafik perlu dikeluarkan lagi? Bukankah ini isu lama? Sumber rapat Shafie Apdal menyatakan kunci kepada rasuah Shafie Apdal ketika Menteri KKLW ialah Zahida Rafik. Shafie Apdal sangat sayangkan Zahida Rafik. Hidupnya tidak akan keruan jika Zahida diganggu gugat. Jadi Shafie akan pertahan Zahida dengan segala cara. Berskandal beberapa tahun dan akhirnya dinikahi di luar negara. Menyembunyikan status mereka kerana bimbang isteri pertamanya (jenis gila meroyan) dan mempunyai rumah mewah di London.
2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW!
2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW!
Friday, 17 March 2017
ISTERI LIM GUAN ENG DALAM DEWAN PERNIAGAAN CINA DIPILIH RAKYAT? KENAPA DAP MARAH ROSMAH PENAUNG PERMATA?
1. Panas Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila Datuk Rizal Mansur mendakwa Setiausaha Agung DAP itu dilantik sebagai pengerusi eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang walaupun bukan seorang pakar pengurusan air.
2. Apa salahnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah selaku Yang di-Pertua kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia (BAKTI) menjadi Penaung Permata? Tugas-tugas BAKTI juga adalah sebahagian tugas rasmi Isteri Perdana Menteri. Tidaklah menjadi kesalahan untuk menjadi Penaung Permata. Tugas penaung tidak punya kuasa eksekutif sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang membolot semua perkara.
Sunday, 12 March 2017
BUKAN DYANA TAPI WARTAWAN FMT YANG DIBAYAR RATUSAN RIBU TUTUP SKANDAL ZAIRIL DAP?
1. Kisah skandal Zairil dengan wanita melayu Muda bukanlah perkara baru. Pada tahun 2014 ketika berdepan dengan penyebaran gambar mesra intim Zairil dan Dyana di media sosial jenuh juga Zairil bersilat menafikannya. Malah ibunya turut mempertahankan Dyana. Teori popular ketika itu ialah Dahlia isteri Zairil sengaja menyebarkan gambar berkenaan.
Skandal Zairil dan Dyana yang menyebabkan Dyana belajar di luar negara. Apa pula kali ini? |
2. Video terbaru yang disebarkan dalam "cubbing'' berdurasi 15 saat (Part 1) dan 12 Saat (Part 2) Zairil MP Bukit Bendera menari dan berpelukan mesra dengan seorang wanita turut dikaitkan dengan Zairil dan Dyana berdasarkan wajah, bentuk tubuh, jam, cermin mata dan lain-lain lagi.
Skandal Zairil Part 1 & 2
3. Zairil telah menafikan video Part 1 itu sebagai mengarut. “Bukan saya dan ia mengarut, setiap hari pasti ada cerita tentang saya. Tidak pernah berhenti,” Katanya. Namun tergamam dengan penyebaran video part 2. Jadi Zairil terpaksa mendiamkan diri bimbang ada video part 3 dan seterusnya.
4. Dyana Sofya pula terus berdiam diri. Hanya kisah merokoknya tular dan beliau terpaksa menjawabnya dengan nada lembut. Bekas calon DAP Teluk Intan yang paling kerap mengemaskini Twitter dan Facebooknya tidak memberi reaksi atas tuduhan ini dia dan Zairil dalam 'clubbing' itu. Barangkali berdiam diri adalah jalan terbaiknya. Namun benarkan wanita video itu Dyana Sofya?
Skandal Zairil dengan wartawan portal freemalaysiatoday
5. Zairil gemar mengadakan skandal dengan wanita muda melayu. Sumber menyatakan Zairil dan DAP pernah menutup satu skandal beliau bersama wartawan FMT itu tahun lalu. Video skandal dengan wanita itu ketika pilihanraya negeri Sarawak dengan Zairil pun katanya ada. Menunggu masa ditularkan sahaja.
6. Sikap Zairil gemar berfoya-foya dengan wanita muda mengundang bencana. Zairil dan DAP katanya telah menawarkan ratusan ribu kepada wartawan FMT itu termasuk agensi portal FMT agar menutup kes itu. Malah FMT mengarahkan wartawan wanita itu berhenti sebagai wartawan portal itu. Skandal wartawan dengan pemimpin politik seperti Zairil ahli parlimen Bukit Bendera melanggar etika kewartawanan dan mungkin satu cara menjadikan seorang wartawan 'bias' kepada pemberitaan.
7. Tanyalah kepada pihak pengurusan portal FMT dan para wartawan ramai mengetahui kisah skandal Zairil dengan wartawan FMT itu yang kini bertugas di sebuah agensi berita terkemuka.
8. Jadi siapa wanita bersama Zairil dalam 'clubbing' itu? Adakah Dyana Sofya? Sumber mengatakan wanita itu bukan Dyana tetapi Cik A wartawan FMT yang juga mempunyai fizikal menyerupai Dyana Sofya. Agaknya ini yang menjadikan Dyana Sofya stress dengan Zairil perangai kasanovanya.
9. Sama-sama kita nantikan jawapan dari Zairil, wartawan wanita itu dan juga portal freemalaysiatoday. Apakah benar Cik A dan freemalaysiatoday menerima bayaran lumayan dari Zairil dan DAP?
10. Atau ada pihak yang menyimpan video Zairil dan wartawan itu bakal keluar semula menghiasi berita skandal politik di negara ini esok hari!. Ayuh FMT dedahkan!
Captain M
12 Mac 2017
Wednesday, 8 March 2017
NGO LAPOR SPRM RASUAH SHAFIE APDAL PROJEK PAIP PULAU GAYA HAMPIR RM100 JUTA GAGAL MANA KENYATAAN MEDIA SPRM?
1. 2 Februari lalu Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) diketuai oleh Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai rasuah dan salah laku Shafie Apdal.
Kredit Video: Suara TV
2. Hari ini sekali lagi GAUM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Artikel yang dirujuk adalah dari Captain M
Wednesday, 1 March 2017
SPRM TERUS BERTAMBAH GILA SELAGI PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIKNYA 'MUSANG BERBULU AYAM'! KP SPRM KISAH KE?
1. Apa sudah jadi dengan SPRM? Semakin mereka lincah mengejar KPI pendedahan tangkapan dan pendakwaan setiap minggu kadang semakin terserlah juga cacat mental mereka. Dulu dalam netizen sudah mempersoalkan mengapa jika kes-kes melibatkan pemimpin UMNO dan Kerajaan SPRM begitu pantas menyiasatnya tetapi ketika pemimpin pembangkang mereka lambat berbulan-bulan. Adakah SPRM 'double standard"?
2. Hari ini sekali lagi SPRM melakukan sesuatu yang bersifat popular dan memburukkan organisasi iaitu satu tembakan rambang tanpa menyebut siapa pelaku yang terlibat. Kenyataan Media SPRM hanya menyebut MT UMNO mengundang spekulasi buruk pada organisasi itu. Agaknya dengan cara ini maka SPRM lebih popular berbanding cara mereka mengumumkan kenyataan media pemimpin pembangkang.
3. Berapa banyak laporan yang dibuat kepada SPRM sebelum ini melibatkan pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Manikavasagam, Adam Rosly, Hilman Idham, Zulfahimin atau kepada Shafie Apdal yang sampai kepada SPRM dan SPRM mengesahkannya dalam kenyataan media rasmi? Ada tak nampak kenyataan media mengenai siasatan terhadap Azmin Ali yang dilapor oleh CheguBard bahawa SPRM menerima aduan dan membuka kertas siasatan?
4. Susah sangat ke menyebut nama pemimpin atau jawatan yang mereka terlibat dari membuat serkap jarang ? MT UMNO? berapa ramai MT UMNO? Jangan main pukul rata. SPRM berniat jahat melakukan sesuatu yang mereka tidak lakukan sebelum ini. Kenapa?
Pegawai SPRM Musang Berbulu Ayam?
5. Masih ingat dengan kes pegawai SPRM yang disiasat polis pada tahun 2015 kerana membocorkan maklumat siasatan kepada pihak luar? Kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas dan Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah Komunikasi Strategik SPRM yang dipindahkan serta merta ke JPM namun akhirnya kembali di SPRM atas desakan bekas TKP Operasi SPRM Dato' Sri Shukri Arif. Selepas TKP Operasi dan Datuk Bahri berpencen anasir-anasir Musang berbulu ayam disingkirkan secara perlahan-lahan dalam SPRM.
6. Namun sisanya masih ada iaitu Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah Komunikasi Strategik SPRM orang yang meraikan pembangkang dipintu SPRM pada 6 Ogos 2015 masih kekal jawatan itu. Lihat saja bentuk surat kenyataan media yang mereka keluarkan. Jika pegawai UMNO dan kerajaan sangat pantas mereka beraksi kurang 7 jam. Jika pembangkang kalau tiada desakan tunggulah pasti berbulan-bulan. Hendak guna perkataan sesuai dalam kenyataan media pun mereka serabut. SPRM ni kerja untuk siapa? untuk pembangkang ke? Hendak siasat silalah siasat nak umum kertas siasatan. Ada banyak laporan jangan memilih!
7. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, kita menyanjung anda sejak anda bertugas di pejabat Peguam Negara. Kita melihat anda adalah harapan dari membersihkan SPRM dari tangan-tangan puak Dato' Sri Shukri Arif dan Bahri yang bersekongkol dengan pembangkang. Jangan ikut sangat gaya Datuk Azam Baki kaki golf tu. Dia makan, tidur, minum, semua Golf. Hendak tembak orang jangan tembak curi!
Captain M
1 Mac 2017
Wednesday, 22 February 2017
SAPU HAMPIR RM350 JUTA PROJEK KKLW SEJAK 2009, SHAFIE APDAL KETAWA, SYARIKAT TERTANGKAP, KSU KKLW PULA DIDAKWA!
1. "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" Itulah yang berlaku kepada Datuk Mohd Arif bekas KSU KKLW yang selama ini telah dilaporkan kepada SPRM beberapa kali. Begitu juga kepada syarikat-syarikat yang membayar rasuah ini. Akhirnya mereka tertangkap. Namun oleh kerana mereka dianggap sebagai saksi penting kes dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) maka biasanya Syarikat yang membayar rasuah akan terselamat. Yang menjadi mangsa ialah KSU dan keluarga mereka jika terlibat. Maka anda tidak akan melihat syarikat yang membayar rasuah dituduh!
2. 21 Februari 2017 Bekas ketua setiausaha KKLW bersama anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di empat buah pulau di Sandakan, Sabah tahun lepas.
3. Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 60 dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, mengaku tidak bersalah dihadapan hakim Azura Alwi.Sesiapa ke mahkamah akan dapat melihat bagaimana Datuk Mohd Arif mengusap belakang anaknya menenangkan anaknya di kandang tertuduh.
4. Mengikut pertuduhan Mohd Arif yang ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah didakwa bersubahat dengan anaknya secara rasuah menerima suapan wang tunai RM550,000 daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh sebagai upah melakukan suatu transaksi projek dengan KKLW.
5. Transaksi berkaitan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus bernilai RM56,500, 000 (RM56.5 juta) kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club,Jalan Cenderamulia, 23 Ogos 2016.
6. Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh itu diikat jamin RM200,000 setiap seorang dan menetapkan 20 Mac sebagai sebutan semula kes.
Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd?
7. Untuk rekod syarikat Wazlina Sdn Bhd adalah syarikat yang bernaung dibawah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh En Nordin Bin A.H.Thani (Pengarah & Pengerusi Eksekutif). Sebelum ini tahun 2014 Syarikat WAZLINA SDN. BHD. JV ERAMAZ (M) SDN. BHD. [NO. DAFTAR SYARIKAT: 443348X] mendapat PROJEK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) SISTEM SOLAR HIBRID SECARA BERPUSAT DI GUGUSAN KAMPUNG SUGUT, NEGERI SABAH SECARA REKA DAN BINA berjumlah RM77,997,134.18 (77.9 juta)
8. Malah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd sudah memperolehi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 2009 berjumlah hampir RM350 juta sehingga tahun 2006.
9. Persoalannya, syarikat yang tertangkap bayar rasuah kepada Ahmad Zukhairi Mohd Arif dan Datuk Arif KSU tidak melakukan rasuah ke kepada semua projek yang mereka perolehi di KKLW sebelum ini? Mereka tak bayar Rasuah kepada Dato' Shafie Apdal Menteri KKLW dan Dato' Ibrahim KSU KKLW sebelum ni ke? Pemilik Syarikat Nordin Thani ni aktif dalam persatuan pengguna Sabah mengenali rapat Shafie Apdal. Bezanya hanya syarikat mereka tertangkap membayar rasuah pada tahun 2016 ketika Mohd Arif sebagai KSU dan Ismail Sabri sebagai Menteri. Mereka hanya meneruskan rasuah dengan Menteri dan pegawai baru sahaja!
10. Apa maksudnya? Syarikat ini tidak berintegriti dan wajar dalam database SPRM juga mana-mana Kementerian dan agensi kerajaan disenarai hitamkan. Mereka gemar memberi rasuah untuk mendapat projek. Jika disemak projek lobi mereka sejak 2009 pasti ditemui pembayaran rasuah mereka kepada pegawai KKLW. Tiada alasan mereka dipaksa atau minta bayar kerana mereka sebenarnya bersubahat. Ada banyak syarikat seperti ini namun mereka biasanya selamat dan penerima rasuah atau penjawat awam pasti menjadi mangsa utama. Para penjawat awam beringat ketika dituduh syarikat akan menjadi saksi untuk mensabitkan anda bersalah.
11. Selepas ni syarikat ini kekal bebas. Siapa pula Menteri dan pegawai bakal jadi mangsa mereka? Kisah seperti ini bukan baru. Captain M dah paparkan sebelum ini tapi apa SPRM boleh buat?
12. Banyak projek KKLW bawa Shafie Apdal dulu bermasalah. Belanja ratusan juta projek gagal. Komisen Shafie Apdal rembat. Projek Paip Pulau Gaya RM100 gagal dan dalam perhatian PAC, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag), Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi dan banyak lagi gagal.
Friday, 17 February 2017
TERBONGKAR! AZMIN KERAHKAN ADAM ROSLY DAN BUDAK HILMAN YANG KAYA PROJEK SELANGOR PERTAHANKANNYA DARI DEMO JAMAL YUNOS?
1. Satu persatu tembelang rasuah pembangkang terbuka. Akhirnya Adam Rosly Disneyland Ketua AMK Ampang diseret ke SPRM. Luar biasa pengamal rasuahnya adalah kalangan muda-muda. Kelam Kabut Azmin sehingga terpaksa membuat tweet palsu. Rasuah Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff. Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama pihak membicarakan "Geng Sariman" atau budak Hilman. Lama-lama pasti ditemui juga.
2. Terbaru pada 14 Februari 2017 ketika Dato' Sri Jamal Md Yunos membuat gimik baru dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam. Ia pendedahan penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.
Kemunculan Budak Proksi Hilman - Mohd Zulfahimin Mahadzir mempertahankan Azmin Ali di Pejabat SUK
3. Kejayaan Dato' Sri Jamal bermula dengan gimik bertuala ketika krisis air berjaya menyampaikan mesej masalah air dan disusuli deretan katil menyindir Rumah Urut Selangorku dan Ais krim percuma mengundang resah gelisah Azmin.
4. Selama ini tiada pemimpin pakatan yang mempertahannya. Kali ini beliau mengarahkan Hilman Idham pegawai khasnya agar meminta budak-budak jutawannya tampil mempertahankan di pintu masuk pejabat SUK. Dapat projek berjuta tak mahu 'backup'. Budak-budak Adam Rosly seperti Adzman Kamaruddin juga dihantar ke situ. Maka nampaklah kelibat Mohd Zulfahimin Mahadzir dan Anwar Nekhan Exco AMK PKR Pusat di pintu pagar terpeking-pekik menjerit kepada pendemo Keranda itu. Boleh saksikan video:
5. Zulfahimin Mahadzir pula memang budak Hilman setia. Kemana saja Hilman Idham, Azmin atau YB Amirudin Shari ada biasanya mereka ini ada. Kenyang dengan projek-projek Selangor Kutipan Sampah dibawah Syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), projek bersih Sungai Klang dan apa saja yang boleh dirembat melalui Hilman maka tidak logiklah kalau Zulfahimin ini tak mahu tampil di pintu pagar jadi penghalang Dato' Sri Jamal. Kredit politik harus dikutip untuk meneruskan kerjasama jangka panjang bersama Azmin Ali dan Hilman Idham!.
Dari mana kekayaan Hilman Idham dan
budak-budaknya?
6. Azmin Ali melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bukan sahaja telah memonopoli pengurusan air di Selangor, pembelian SPLASH (termasuk rasuah SPLASH) yang belum lagi selesai malah turut memonopoli projek Pengurusan Sisa Pepejal semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui KDEB Waste Management dan Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat KDEB.
7. Peranan inilah yang dimainkan oleh Hilman Idham selalu orang kanan kesayangan Azmin Ali untuk menguasai projek-projek kutipan sisa pepejal. Jika dahulu semua PBT melaksanakan sendiri dan melantik kontraktor sendiri kini jika KDEB mengambil alih maka kuasa itu akan berpusat kepada Azmin Ali selaku Pengerusi Syarikat. Ini cara Azmin mengkayakan anak-anak buahnya. Melalui Presiden KDEB Suhaimi Kamaralzaman dan Ramli Mohd Tahir Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd semua dalam telunjuk Azmin dan Hilman sahaja.
8. Dalam Bajet Selangor 2017 jelas Azmin Ali meningkatkan peruntukan menambahkan kekenyangan proksi Azmin.Syarikat KDEB Waste Management Sdn Bhd dan Hebat Abadi Sdn Bhd mendapat manfaat.
Kenyanglah Hilman Idham dan Zulfahimin serta proksi Azmin Ali. Mereka mendapat manfaat terus dari arahan Azmin bukan lagi melalui PBT-PBT Selangor. |
9. Percaya hubungan rapat Azmin, Hilman, Zulfahimin dan Adam Rosly ni memang kunci kepada kekayaan Hilman Idham yang didedah sebelum ini. SPRM wajar menyiasat kekayaan mereka ini termasuk perkara-perkara yang mencurigakan melibatkan Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd/ KDEB Waste Management Sdn Bhd.
Dahsyat lobi projek sehingga ke Indonesia budak Hilman ni |
Saturday, 11 February 2017
AZMIN TERPAKSA MENIPU UNTUK 'DIVERT' ISU RASUAH PEGAWAI KHAS DAN PROKSINYA ADAM ROSLY DISIASAT SPRM!
1. Dua perkara yang membimbangkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor ialah Laporan Rasuah Rafizi Ramli ketika sebagai Setiausaha Agung PKR mengenai rasuah Hilman Idham Pegawai Khas MB yang didedahkan Chegubard pada 2 Februari lalu dan juga siasatan terhadap Adam Rosly memiliki kekayaan luar biasa hari ini di pejabat SPRM. Ia membuntukan fikiran Azmin jika ia menjadi topik utama media melibatkan pegawainya. Semua orang tahu Hilman Idham dan Adam Rosly adalah insan yang rapat dengan Azmin. Tidak hairan dua anak muda ini kaya-raya.
Manikavasagam yang pernah ditahan SPRM kerana kes RM30K juga mendedahkan dalam whatapps mengenai rasuah Hilman Idham ini sebagaimana apa yang dilaporkan Rafizi kepada SPRM 31 MEI 2016 |
[ Baca di sini: RAHSIA AZMIN TERBONGKAR LAGI, PEGAWAI KHAS MB SELANGOR LEBIH KAYA RAYA DARI ADAM ROSLY AMPANG
2. Apa yang Azmin lakukan ialah "divert' isu dengan menyebarkan twitter palsu membuat spekulasi adanya Menteri Kanan yang akan meletak jawatan. Kononnya atas 1MDB. Ternyata Azmin sedikit berjaya untuk mengalihkan isu tersebut wal hal isu rasuah pegawainya dan proksinya Adam sedang berlaku. Itulah Azmin Ali. Sama ada dia tidak menjawab isu atau dia akan "divert" isu.
3. Dokumen laporan Rafizi tersembunyi sebelum ini dari pengetahuan netizen berhubung laporannya 31 Mei 2016 mengenai dakwaan Rasuah Seks di Selangor mengaitkan pegawai khas Azmin Ali MB Selangor. 9 bulan laporan rasuah pegawai Azmin ini dirahsiakan demi menjaga nama baik PKR. Namun didedahkan oleh CheguBard dalam blognya yang tular hari ini bersama dengan kes Adam Rosly yang disiasat SPRM lebih 4 jam.
SPRM CUBA MENUTUP KES RASUAH HILMAN?
4. SPRM mesti membuat penjelasan sekali lagi berhubung kes rasuah Pegawai Khas MB Selangor ini yang katanya ditutup. Laporan yang didedahkan menunjukkan pendapatan Hilman Idham tidak sepadan dengan gaji yang beliau perolehi sebagai Pegawai Khas MB Selangor untuk membayar pinjaman beberapa buah rumah dan kereta. Tidak mungkin SPRM tidak membuat siasatan terperinci dari segi pendapatan termasuk gaya mewah isterinya.
5. Siasatan juga mesti dibuat terhadap Hans Yusoff Pemberita Berita Astro Awani (sahabat baik Hilman Idham) yang disebut dalam laporan Rafizi pada 31 Mei 2016.
6. Kita mendesak SPRM perlu memanggil dan menyiasat Azmin Ali serta Zuraida MP Ampang. Sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Melaka yang rela disiasat.
Nota: Jika Azmin menyebar Anifah Aman meletak jawatan, tuan punya badan telah menjawab tidak. Jadi apa sebenarnya Azmin mahu?
Captain M
11 Februari 2017
Friday, 10 February 2017
AKHIRNYA KERANA KAYA LUAR BIASA ADAM KETUA AMK PKR AMPANG MASUK KPI SPRM BULAN FEBRUARI 2017. SIAPA SETERUSNYA?
1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Februari 2017) memanggil dan mengambil keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang, Dato' Adam Rosly berhubung sumber kekayaannya yang tular sebelum ini.
2. Adam berada di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 8.15 pagi dan menghabiskan masa lebih 4 jam memberi keterangan kepada SPRM. 31 Januari lalu netizen mempersoalkan tindakan amat pantas SPRM mengenai siasatan kes Tan Sri Annuar Musa Pengerusi MARA iaitu 7 jam selepas mesyuarat Majlis Mara berbanding kes pemimpin pembangkang yang mengambil masa berbulan-bulan. Kes Rasuah Zuraida bos Adam Rosly saja sejak Oktober 2016 . Adam Rosly pula sejak November 2016 iaitu kira-kira 3 bulan ia dilaporkan dan menjadi viral. Tanpa tekanan semua pihak tak mungkin kes Adam boleh diheret. Tahniah Rakyat Malaysia!
3. Mengulas lanjut, Adam pegawai khas kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (dulu miskin sekarang kaya) berkata, beliau sedia dipanggil buat kali ke-2 untuk membantu siasatan SPRM. Kita berharap dengan segala laporan rasuah dan kekayaan luar biasa Adam Rosly dan juga Zuraida MP Ampang tak mungkin Adam dapat melepaskan diri. SPRM bukan sebodoh itu. Kita ucapkan terima kasih kepada usaha SPRM ini. Bagaimanapun usaha siasatan perlu disegerakan. Rakyat perlu tahu status kes ini sama ada boleh didakwa atau tidak.
4. Captain M juga dalam siri pendedahan sebelum ini memaparkan kes Adam Rosly seperti berikut;-
5. Bulan Januari lalu SPRM telah mengeluarkan infografik KPI SPRM untuk bulan Januari 2017. Oleh itu kes Adam Rosly adalah satu dari KPI untuk bulan Februari. Ia susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad 27 Januari lalu bahawa pihaknya bakal mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik. Selain berjanji melakukan pendakwaan setiap minggu.
6. 2 Februari lalu CheGuBard sekali lagi membuat surat terbuka kepada SPRM memandangkan laporan beliau sebelum ini tahun lepas mengenai Rasuah Rafizi dan Skandal Lot tanah 68054 Paya Indah Wetland tidak berjawab hingga kini. Apakah kes Paya Indah Wetlands dan SPLASH ini akan menjadi KPI SPRM pada bulan februari atau akan datang? sama-sama lihat.
7. Apakah selepas ini Zuraida, Azmin Ali, pemilik syarikat Gamuda Berhad, Pengerusi SPLASH, PBT akan dipanggil SPRM? Dengan siasatan ini peluang untuk Adam Rosly atau Zuraida MP Ampang mengekalkan kerusi Parlimen Ampang mungkin akan terjejas besar.
Captain M
10 Februari 2017
7. Apakah selepas ini Zuraida, Azmin Ali, pemilik syarikat Gamuda Berhad, Pengerusi SPLASH, PBT akan dipanggil SPRM? Dengan siasatan ini peluang untuk Adam Rosly atau Zuraida MP Ampang mengekalkan kerusi Parlimen Ampang mungkin akan terjejas besar.
Captain M
10 Februari 2017
Friday, 3 February 2017
MUHYIDDIN 20 TAHUN SEMBUNYIKAN SKANDAL, TUTUP KES RASUAH PEGAWAI & LETAK MUSANG BERBULU AYAM DI UIAM DAN ITBM!
1. Muhyiddin Yassin Presiden PPBM sedang menghadapi krisis moral yang serius. Selepas didedahkan skandal dengan isteri orang oleh Malaysia-today.net. Partinya berhadapan pula skandal seks Anina. Muhyiddin hanya mampu bercuti untuk menutup kisah skandal orang-orangnya. Muhyiddin juga pakar menyembunyikan skandal projek proksi, menantu dan anaknya.
2. Itulah kepakaran Muhyiddin Yasin. Dua dekad dia menyembunyikan skandal bersama Nika Gee isteri seorang peguam Stanley Clement Augustin. Namun tidak tertahan lagi apabila didedahkan dalam Akuan Bersumpahnya dalam kes perceraian itu. Hari ini pasti Muhyiddin tidak mampu untuk tidur lena apabila dilaporkan " JAIJ akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat". Laporan itu menyebut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM untuk beliau cukup syarat memanggil Tan Sri Muhyiddin.
Umum mengetahui Muhyiddin tidak pernah melaporkan polis dan menyaman pihak yang menuduhnya.
3. Namun sikap Muhyiddin yang mendengki dan tidak menyabar untuk menjadi PM maka dia menjaja cerita 1MDB yang dia pun mendapat maklumat dalam kabinet (1MDB Fact Sheet). Dia cuba berlagak jujur dalam masa sama banyak juga kes melibatkan pegawai-pegawainya dia tutup begitu sahaja. Kes paling popular tahun 2011 ketika beliau sebagai TPM ialah dakwaan bahawa Setiausaha Sulit Kanannya ada menerima sogokan. Muhyiddin ketika itu berjanji untuk menyiasat kes itu. Namun apa jadi? Masing-masing yang dituduh telah membersihkan namanya. Tak nampak pula Muhyiddin suruh berhenti pegawainya. Muhyiddin sengaja menutup kes itu dan mengekalkan SUSKnya sehingga beliau digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malah SUSKnya itu dikatakan terus dijaga baik oleh YTL yang mendapat projek BestariNet RM4b.
ISu RM160K ke akaun peribadi
Dato 'Mohd Shukor Abd Manan
Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin TPM
Dato 'Mohd Shukor Abd Manan
Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin TPM
4. Sebut Gerbang Perdana Sdn Bhd rasanya mudah untuk mengetahui pelaksana Jambatan Bengkok yang dibatalkan itu dan menerima pampasan beratus juta dari kerajaan. Malah begitu banyak projek yang syarikat ini perolehi dari kerajaan. Pemiliknya juga Dato 'Yahya Abd Jalil adalah orang yang sangat dikenali. Pengerusi syarikatnya Tan Sri Razali Ismail tu popular baru-baru ini sejak beliau menjadi Pengerusi SUHAKAM. Jadi tidak perlu kita mengupas panjang siapa dia. Selebihnya anda boleh mencari dalam carian enjin Google. Banyak cerita dan isu. Sangat terkenal!.
5. Yang kita hendak tanya ialah banyak-banyak kisah itu ialah status penyiasatan SPRM kerana kes itu dilapor kepada PDRM dan SPRM pada tahun 2011. Pemilik syarikat Gerbang Perdana yang juga memiliki syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd didakwa memasukkkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi SUSK Timbalan Perdana Menteri.
6. Antara maklumat yang ada ialah Dato 'Mohd Shukor Abd Manan telah menerima RM 160,000.00 sehingga Mei 2011. Maklumat yang dipaparkan ketika itu antara lain Dato Mohd Shukor Abd Manan telah menerima wang sebanyak RM 10,000.00 pada 24/01/2011 melalui satu nombor cek 876.183, pada 24/02/2011 melalui satu nombor cek 876.280, pada 28/03/2011 melalui satu nombor cek 876.424, pada 28/04/2011 melalui satu nombor cek 876.543 dan pada 27/05/2011 melalui satu nombor cek 876.666. Semua cek telah ditunaikan dan dimasukkan ke akaun peribadi maybank Dato 'Mohd Shukor Abd Manan itu. Itu adalah tuduhan ketika itu. Sama ada benar atau tidak, hanya SPRM yang tahu kerana masa itu TPM berkuasa!.Kisah seorang bekas Setiausaha Politiknya rasuah (diangkut wang dalam kereta dan almari) pun ditutup begitu sahaja.
7. Selain itu ialah Resit ATM pada 29/09/2010 (di atas), deposit sebanyak RM 5,000.00 telah dibuat ke akaun peribadi Dato' Mohd Shukor Abd Manan, nombor akaun 5627-31103-18-8 Maybank melalui tunai Deposti Mesin (CDM) di Jalan 222, Petaling Jaya. Ia satu contoh bukti resit yang ada. Sekali lagi selebihnya bolehlah ditanyakan kepada SPRM tentang nombor cek dan juga transaksi akaun itu.
8. Apa yang kita hendak tunjuk ialah cara Muhyiddin menyelesaikan isu. Tiada kata putus. Pegawainya mungkin diarah atau menjadi mangsa saja. Malah pihak-pihak lain yang terlibat membuat penafian. Muhyiddin hanya membiarkan isu itu beredar sedangkan bukti transaksi ketika itu wujud. Tiada pula beliau bertindak segagah menyelesaikan masalah 1MDB. Sedangkan ia melibatkan isu integriti bukan sahaja pada pegawai tetapi pada dirinya selaku ketua.
9. Seorang lagi bekas pegawai Muhyiddin adalah Setiausaha Politiknya di Kementerian Pendidikan bernama Datuk Dr Marzuki Mohamad yang kembali menjadi Pensyarah Sains Politik di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjanya menghasut mahasiswa UIAM anti kerajaan agar menyokong Parti Pribumi Bersatu bosnya Muhyiddin Yasin. Malah beliau tanpa segan dan malu hadir ke program PPBM.
10. Lebih hebat dari itu Dr Marzuki masih dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Sebelum ini Pengerusi ITBM adalah Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh orang kuat Muhyiddin Yasin keluar dari UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung PPBM. Soalan kita kepada YB Dato' Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan bila nak tamatkan Dr Marzuki yang terang-terang parti Bunge? Beri lah peluang pada orang lain pulak! Dah tiada orang BN ke?
9. Seorang lagi bekas pegawai Muhyiddin adalah Setiausaha Politiknya di Kementerian Pendidikan bernama Datuk Dr Marzuki Mohamad yang kembali menjadi Pensyarah Sains Politik di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjanya menghasut mahasiswa UIAM anti kerajaan agar menyokong Parti Pribumi Bersatu bosnya Muhyiddin Yasin. Malah beliau tanpa segan dan malu hadir ke program PPBM.
10. Lebih hebat dari itu Dr Marzuki masih dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Sebelum ini Pengerusi ITBM adalah Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh orang kuat Muhyiddin Yasin keluar dari UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung PPBM. Soalan kita kepada YB Dato' Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan bila nak tamatkan Dr Marzuki yang terang-terang parti Bunge? Beri lah peluang pada orang lain pulak! Dah tiada orang BN ke?
11. Pandai tak Muhyiddin melepaskan diri dan anak-anak didiknya sejak dua dekad lalu? Bukan sahaja dia bijak menutup kes tapi meletakkan orangnya sebagai "Musang Berbulu Ayam" dalam UIAM dan ITBM. Selebihnya kita serah pada SPRM dan juga pihak-pihak berkaitan.
Captain M
3 Januari 2017
3 Januari 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebua...
-
1. Ketika Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd diserbu SPRM pada 22 Ogos lalu Azmin Ali dan rombongannya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif...
-
Isu Maracorp nampaknya belum berakhir. Ada yang berpendapat Majlis Amanah Rakyat (MARA) selagi dipimpin Ketua Pengarahnya Dato' Azha...