Sunday 19 March 2017

WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?




Cuba lihat wajah Shafie Apdal ketika menjawab isu hubungannya dengan Zahida. Berseri-seri dengan senyuman. Cuba pula lihat wajah Zahida ketika ditanya siapa lelaki pilihannya. Juga tersenyum. Maklum dah bertahun. Mereka berkahwin di luar negara tetapi Shafie Apdal tetap tidak mengaku Zahida isterinya hingga sekarang. Tak baik Shafie walaupun dia nombor dua. Rakyat wajar tahu elak fitnah.

1. Mengapa cerita Shafie Apdal dan Zahida Rafik perlu dikeluarkan lagi? Bukankah ini isu lama? Sumber rapat Shafie Apdal menyatakan kunci kepada rasuah Shafie Apdal ketika Menteri KKLW ialah Zahida Rafik. Shafie Apdal sangat sayangkan Zahida Rafik. Hidupnya tidak akan keruan jika Zahida diganggu gugat. Jadi Shafie akan pertahan Zahida dengan segala cara. Berskandal beberapa tahun dan akhirnya dinikahi di luar negara. Menyembunyikan status mereka kerana bimbang isteri pertamanya (jenis gila meroyan) dan mempunyai rumah mewah di London. 

2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW! 


3. Analisis cerita Zahida dan Shafie mudah sahaja.

i.  Mac 2012 :  Zahida melaporkan kepada polis dan mendedahkan dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan dia kehilangan wang berjumlah RM200,000 pada Mac 2012 dan pelakon Zahida menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman Azemi pemandu peribadinya. 


ii. April 2012: Zuraida dan beberapa pemimpin PKR dedahkan hubungan skandal Shafie Apdal dan Zahida Rafik. Termasuk dana lebih kurang RM1.5 juta. 


iii. Mei 2012 : Zuraida dan Azman terima notis saman Zahida Rafik- Saman ini tidak diteruskan


iv. 1 Feb 2013: Bekas pemandu Zuraida dipanggil SPRM- Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).


v. November 2013 Bekas pemandu Zahida, Azman saman semula Zahida Rafik. 


vi. Oktober 2014Pemandu Zahida didakwa di mahkamah majistret melakukan pecah amanah RM200,000

vii. Februari 2015: Zahida Rafik dituduh bersalah fitnah bekas pemandu diarah bayar RM150,000

viii. April 2016: Peguam Zahida (Shafiee Abdullah) tak hadir mahkamah rayuan, Zahida diarah bayar RM5000

Ketika Shafie Apdal punya kuasa dia boleh menggunakan pengaruhnya. Hari ini apa sahaja yang Shafie lakukan sebelum ini pasti didedahkan

Zahida Rafik menipu laporan polis atau
takut skandal terdedah?

4. Mengapa agaknya Zahida tidak meneruskan saman mencabar Azman bekas pemandunya dan Zuraida Kamarudin MP Ampang? Zahida membuat laporan palsu? Ada sesuatu yang disembunyikan dari kes wang RM200K dilarikan sehingga terbongkarnya kes wang hampir RM1.5 juta dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik. 


5. Azman dipanggil SPRM memberi keterangan pada Februari 2013 dibawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA). Bagaimanapun kes itu ditutup kerana arahan Tan Sri Abu Kassim Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu yang punya hubungan rapat dengan ahli politik seperti Dato' Seri Shafie Apdal. Sehingga kini kes itu tidak pernah dibuka lagi. Bagaimana pula sekarang jika kes itu diteruskan dibuka di bawah AMLA? Zahida dan Shafie kecut perut? 


Apakah Zuraida dan Lathefa Koya PKR sudah tidak berminat membawa kes Penggubahan Wang Haram Zahida dan Shafie Apdal lagi?

6. Tangkap Zahida dibawah AMLA pasti Shafie bangun dari tidur membela! Pasti demi cinta 
Shafie Apdal bakal jadi gila?


7. Pada 18 April 2012, Noor Azman Azemi dan Zuraida mendedahkan penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi mendedahkan transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik. Soalannya dari mana dana sebanyak itu diperolehi Shafie Apdal diberi kepada Zahida Rafik?

Transaksi itu ialah pada ;
Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember - RM333,000
Januari 2012 - RM510,000



Dakwaan Zuraida di Parlimen mengenai wang RM1.5 juta


Azman Pemandu Zahida Menang Kes 
Saman Malu RM150,000

8. Memandangkan Zahida terperangkap dengan laporan polis wang RM200,000 ribu itu Azman bekas pemandu Zahida menyaman semula Zahida November 2013. Akhirnya keputusan kes itu berpihak kepada Azman pada Februari 2015. 

9. Hakim Datuk Hue Siew Kheng kes itu berkata Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya. Azman tidak menipu. Bermakna wang yang dimasukkan ke dalam akaun Zahida sebagaimana didedahkan itu juga adalah benar. 

10. Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya. Malah Zahida diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000

11. Noor Azman bukan sahaja untung duit RM200,000 atas angin juga kos mahkamahnya terpaksa dibayar Zahida malah dapat lagi RM150,000 sebagai ganti rugi

12. Jarang kita dengar peguam Tan Sri Shafie Abdullah kalah dalam perbicaraan melainkan mereka membiarkan saja dalam kekalahan. Malah dalam kes rayuan keputusan kes ini tahun lalu pun peguam Zahida ambil endah saja. 

13. Apapun yang berlaku. Yang amat pasti Zahida Rafik, Shafie Apdal akan melakukan apa sahaja untuk melindungi isteri keduanya yang dirahsiakannya. Kekayaan dan harta terus dilimpahi buat Zahida. Sama ada Zahida kalah mahkamah atau tidak, Zahida tetap kekal kaya sehingga punya rumah di london. Sebab itu jika Zahida diheret semula Shafie pasti derita!. Dulu dia mungkin dilindungi. Bagaimana sekarang? Tunggu saja pasti akan ada yang kena di mana-mana! Shafie Apdal jangan sombong mendabik dada nanti kalau kena menangis tiada air mata.



Sudah tiba masa NGO Gaum laporkan semula kes Zahida dan Shafie ini di bawah AMLA. Bagaimana Zahida boleh dapat wang sebanyak itu. Mungkin Zahida sudah memindahkan wangnya namun transaksi pasti masih wujud memandangkan Zahida bukan artis yang dibayar tinggi.




Captain M
18 Mac 2017

No comments:

Post a Comment