Tuesday 4 October 2016

[PANAS] KUMPUL RM50JUTA: PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH DITAHAN SPRM. RM3 JUTA TUNAI DIRAMPAS!


Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah JANS

Akhirnya tembelang Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib sejak 2010 terburai jua. Begitu juga Teo Chee Kong yang dulu Jurutera Bekalan Air Sabah yang kini Timbalan Pengarah. Sejak 2011 dikatakan laporan telah dibuat kepada SPRM namun tiada dakwaan sehinggalah hari ini pegawai kanan itu ditahan menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.


Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi tadi.

Turut dirampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Untuk rekod JANS telah memulakan Perkhidmatan Pengurusan Loji Rawatan Air (LRA) secara khidmat luar di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan sehingga seluruh negeri Sabah. Laporan Audit Negara 2014 Siri 2, pernah melaporkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya termasuk peralatan yang rosak dan tidak dibaiki. Pelupusan peralatan, bahan kimia dan enapcemar juga tidak dibuat, serta pegawai kimia tidak mencukupi untuk memantau LRA yang dikendalikan kontraktor, Kata Laporan itu.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Tambah sumber, peruntukan RM3.3 bilion ini hanya merupakan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.
Beberapa siri serbuan telah dibuat SPRM di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat.

Mereka disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Rumah adik Ag Mohd Tahir yang sedang dalam pembinaan di Kg Sri Serbang. Seorang Kontraktor yang mendapat kerja di Jabatan Air Negeri Sabah.

Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah sekarang berasal dari Daerah Bongawan Sabah. Adiknya yang mendapat kontrak dari JANS memang kaya raya. Rumah Banglo adiknya sahaja menggambarkan kekayaan keluarganya.

#Nota: Ini bukan kisah ahli politik rasuah. Ini kisah penjawat awam yang kenyang makan akhirnya disalahkan kerajaan. Tahniah SPRM!

Monday 3 October 2016

GENG MUHYIDDIN DALAM ITBM MALUKAN MALAYSIA BAWA PENERBIT BUKU INDIE SEBAR IDEA KOMUNIS & SOSIALIS DI INDONESIA!



JAKARTA: Memalukan apabila empat rakyat Malaysia di tahan di Indonesia berikutan kontroversi penjualan buku Manifesto Komunis di Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2016 (IIBF 2016).


Ketua delegasi Malaysia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron pro muhyiddin berkata delegasi Malaysia tidak diberikan panduan secara terperinci mengenai apa yang boleh atau tidak dipamerkan di sepanjang IIBF 2016 berlangsung.

Turut disiasat dan ditahan pihak berkuasa Indonesia ialah Ketua Pegawai Eksekutif Thukul Cetak, Zulfikri Zamir Mohamad Munir Pengarah Besar ITBM, Sakri Abdullah, Ketua Jabatan Buku Malaysia, Rozlan Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pemasaran & Jualan Buku, Khairulnizam Mohamad Yunis berikutan penjualan naskhah Manifesto Komunis di Pavilion Malaysia.

cara penerbit memasukkan elemen sosial dalam fikiran rakyat Malaysia. Indonesia tegas!

Isunya sudah tahu geng Penerbit Indie seperti Thukul Cetak dan DuBook Press dll yang banyak menerbitkan buku-buku anti establisment, indipenden, radikal dan bersifat menghasut rakyat yang bawa juga kenapa? Penerbit buku Indie pernah mencetuskan isu di negara ini satu ketika. Mereka memang untung berjuta tapi kualiti dan gaya penerbitan mereka merosakkan minda pembaca. Tentulah Indonesia mempunyai alasan yang kukuh untuk merasa syak terhadap buku 'Manifesto Komunis' yang dijual secara terbuka di negara itu.

Apa faedahnya agensi kerajaan bawa kumpulan anti establisment ini.Kumpulan otak mereng dan liberal.

Alasan Mohd Khair dari segi kandungan buku Manisfesto Komunis yang diterbitkan oleh Thukul Cetak itu tidak menyalahi undang-undang sebaliknya salah faham timbul berikutan kulit buku terbitan tahun 2016 itu memaparkan lambang komunis.

Apa sebenarnya dilakukan oleh Geng Muhyiddin dalam ITBM ini? Sabotaj kerajaan Malaysia ke?

Sebanyak 22 penerbit Malaysia termasuk Thukul Cetak turut menyertai delegasi itu yang diselaraskan secara bersama oleh ITBM, Perbadanan Kota Buku (PKB) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Malaysia dijemput sebagai tetamu kehormat tiba-tiba membawa penerbit pro Komunis dan sosialis! Tentunya Indonesia tidak senang.

Apa faedahnya menjual buku bertajuk "Manifesto Komunis" yang diterbitkan oleh Thukul Cetak pada 2016 itu? Pengerusi ITBM tak beri nasihatkah?

Indonesia mencatat sejarah hitam menerusi peristiwa Gerakan 30 September (G30S) yang berlaku pada 30 September 1965 yang menyaksikan komunis cuba menjatuhkan presiden ketika itu, Suharto dan membunuh enam jeneral Tentera Indonesia. Tentulah Indonedia terkesan.

Sejak pengharaman gerakan komunis di negara itu pada 1966, semua bahan propaganda dan simbol ideologinya termasuk tukul dan sabit, disebut “palu arit”, diharamkan.

Mei lalu, ketua polis Indonesia waktu itu Badrodin Haiti menjelaskan larangan sejak 50 tahun itu masih dikekalkan kerana palu arit "dianggap sebagai bentuk penyebaran faham komunisme."

Tambahnya, Presiden Joko Widodo memberikan arahan agar pihak berkuasa menangani sebarang pengedaran lambang berunsur komunisme yang semakin ketara semula dalam masyarakat.

Nasiblah dalam siasatan itu Khair dan 3 lagi yang ditangkap menjelaskan menjelaskan tidak tahu simbol komunis itu bertentangan dengan undang-undang.

"Dia [empat warga Malaysia] tidak tahu, kalau palu dan arit di Indonesia sensitif," kata jurucakap polis Jakarta Awi Setiyono kepada media.

Tidakkah sesuatu yang memalukan negara apabila Keempat-empat delegasi Malaysia yang ditahan untuk soal siasat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia dibebaskan pada jam 8.45 malam. Mohd Khair Ngadiron Pengarah Urusan ITBM kata satu salah faham? Tak mungkin Khair tidak mengetahui latar belakang Indonesia yang anti komunis. Ia satu pengajaran membawa kunpulan Penerbit Indie. Mereka ni ancaman kepada kepada keselamatan negara.

ITBM adalah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Geng-geng Muhyiddin cari makan ramai di dalam ni sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan. Bermula dari Pengerusinya YB Datuk Dr Sharuddin Md Salleh Adun Jorak mantan Naib KB UMNO Bahagian Jorak, Datuk Dr Marzuki Mohamad Pensyarah Sains Politik UIAM yang dulu adalah Setiausaha Politik Muhyiddin.... Mohd Khair Ngadiron Pengarah Urusan ITBM dan Sakri Abdullah Pengurus Besar ITBM. Mereka semua ini masih bertuankan Muhyiddin.

Kita tak faham mengapa Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan Malaysia tidak menamatkan sahaja khidmat mereka ini. Simpan lama inilah jadinya. Mereka daulatkan dan beri lorong kepada Penerbit Indie menguasai mereka.

Membawa penerbit Indie sebagai tetamu kehormat Indonesia di Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2016 (IIBF 2016) dan kemudiannya ditangkap serta disoal siasat oleh pihak berkuasa Indonesia bukanlah sesuatu yang biasa. Ia MEMALUKAN

Menteri perlu ambil tindakan serius. Pengarah Urusan ITBM harus bertanggungjawab. Sudah tiba masa bersihkan agensi kerajaan dari anasir pembangkang dan juga geng Parti Bunga Raya Muhyiddin ni.

JM

Saturday 1 October 2016

[PANAS] WAN AZIZAH PRESIDEN PKR MAKLUM KES SKANDAL KHALWAT LATHEEFA KOYA DAN NAIB PRESIDENNYA! AZIZAH MAHU KES MEMALUKAN INI DIRAHSIAKAN!

Wan Azizah Maklum




Selepas siri pendedahan entri FB CheguBad dan page Jeneral M baru-baru ini sumber rapat Presiden PKR Wan Azizah mengesahkan dan telah maklum lebih awal berhubung Skandal Khalwat Latheefa Koya dan Surendran Naib Presiden PKR itu.

Sumber itu melaporkan satu laporan penyiasatan telah dihantar kepada Presiden Parti di rumahnya lengkap dengan bukti visual kes Skandal Latheefa itu. Sebagai Peguam Muslim dan Biro PKR perbuatan itu sangat tidak bermoral.

Wan Azizah Presiden Parti sedia maklum dan membiarkan siasatan sepenuhnya dilakukan. Walaubagaimanapun Wan Azizah memohon salah laku pemimpin PKR ini tidak didedahkan agar tidak menjejaskan imej parti. 

Beberapa hari lalu CheGuBad mendedahkan menerima detail visual mengenai skandal seorang peguam Islam dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti.

Sehingga ke hari ini Latheefa Koya dan Naib Presiden PKR itu masih berdiam diri. Tiada respon balas dan laporan polis dilakukan untuk menafikan skandal ini. Jika kes ini  tidak benar sudah tentu Latheefa Koya bertindak melaporkan kepada pihak polis dan melakukan saman sivil kepada pihak yang memfitnahnya. 

Wan Azizah Presiden PKR yang sedia maklum kes ini juga dicabar mendedahkan laporan salah laku Latheefa.  

Sikap hipokrit pemimpin pembangkang seperti PKR bukanlah baru. Sebelum ini Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong (terdedah gambar bogel) turut bersekedudukan dengan pembantunya berbangsa Melayu iaitu Hilmi Malek. 

SPRM MENGESAHKAN SIASATAN RASUAH ZURAIDA SEDANG DALAM TINDAKAN SPRM. HABISLAH ZURAIDA!



1. Cabaran Zuraida telah disahut dan dilaporkan SPRM. SPRM mengesahkan status Aduan rujukan SPRM/INFO/ 2016/ 013780 telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat ( JMM) bertarikh 14/7/2016 dan diputuskan maklumat tersebut Dalam Tindakan SPRM.

2. Sebelum ini dilaporkan Zuraida mempunyai 9 kenderaan namun Zuraida mengaku 8 sahaja kenderaan miliknya. Zuraida menafikan satu kenderaan milik "taukeh".

3. Zuraida turut mengaku beliau menggunakan kelayakan MP iaitu Permit Import dan Kemudahan Pinjaman Ahli Parlimen. Bagaimanapun Zuraida terkantoi apabila beliau dilihat membeli kenderaan setiap tahun, memiliki kenderaan mewah 3 AP ( AP hanya 1 sahaja sepenggal) dan kelayakan pinjaman hanya 4 tahun sekali. Isu ini boleh dirujuk dalam blog Masterdedah.com 

4. Jadi dari manakah wang yang banyak melebihi pendapatan Zuraida itu? Apakah dari Hasil komisen PBT yang beliau berkuasa sekarang menjadi isu di Selangor hari ini?

5. Kita berharap SPRM dapat menyegerakan siasatan dan mengumumkan siasatan itu segera.

sumber : Jeneral M

[PANAS] LATHEEFA KOYA BERKHALWAT DENGAN NAIB PRESIDEN PKR?



1. Entry terbaru CheGuBad mendedahkan menerima detail visual mengenai skandal seorang peguam Islam dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti.


2. Walaupun CheGubad tidak mahu mendedahkan siapa yang pemimpin PKR yang dimaksudkan atas sebab tidak mahu menyerang isu peribadi mereka. Siasatan admin akhirnya mendapati dua nama yang didedahkan ialah Latheefa Koya ( Biro Undang-undang PKR) dan N Surendran MP Padang Serai yang juga Naib Presiden PKR. Kedua dua pemimpin PKR ini juga adalah Peguam Anwar Ibrahim. Mungkin sikap liberal agama bukan menjadikan sesuatu yang janggal buat Latheefa Koya untuk bersekedudukan!


3. Kalau 'bapa borek mesti anak rintik' begitulah pemimpin PKR dari Ketua Umumnya Anwar Ibrahim hingga anak-anak buahnya kaki skandal. Ia sangat memalukan kepada seorang Peguam Muslim seperti Latheefa yang terkenal lantang menyelar orang lain.

4. Walaupunbagaimanapun pihak Admin berusaha mendapatkan Visual serta bukti-bukti berkenaan. Kita juga berharap pihak berkuasa agama seperti JAIS menyiasat tempat tinggal dan perlakuan bersekedudukan Latheefa Koya dan N Surendran.

sumber: Jeneral M

JM
29/ 9

Thursday 29 September 2016

GANI PATAIL MENGAKU PENAMATAN JAWATAN SAH! Gani Takut Skandal Terdedah


Sebenarnya Gani khuatir skandal dengan kekasih gelapnya dengan Jessica terdedah!


1. 25 September lalu Gani mantan Peguam Negara mengakui penamatan tugasnya sebagai Peguam Negara selaras dengan Perintah Am kerajaan kerana seorang Perdana Menteri berkuasa untuk mengetepikan seorang peguam negara apabila dirasakan perlu. Hakikatnya semua penjawat awam sedar perkara ini.
2. Sebagaimana beliau dilantik oleh Mahathir Mohamad dulu menghadapi kes Liwat Anwar Ibrahim maka menjadu hak YAB Perdana Menteri sekarang tidak menyambung khidmat penjawat awam seperti Peguam Negara. Apapun alasannya ia tertakluk pada kuasa PM melantik Peguam Negara dan ketua-ketua jabatan yang beliau rasakan sesuai.
3. Untuk rekod Gani Patail dilantik Peguam Negara sejak 2002 hingga 2016. 3 Perdana Menteri itu Mahathir, Abdullah Badawi dan juga PM Najib. Bermakna 14 tahun sebagai Peguam Negara. Oleh hak PM untuk menggantikan Peguam Negara yang bakal tamat tempoh kerana telah lama berkhidmat. Ketika zaman Mahathir dan Paklah Gani Patail bukan tidak pernah dikecam kerana mengendalikan kes Anwar Ibrahim. Maka tiada alasan untuk dijadikan isu penaman seorang Penjawat Awam.


4. Gani Patail mengaku hakikat itu. Apapun sebenarnya Gani sedar tentang skandal dengan kekasih gelap beliau yang bakal terbongkar. Skandal Gani dengan Jessica Gurmeet Kaur warga negara Singapura yang mendapat kerakyatan pemastautin tetap menjadi agen Singapura & yahudi sebagai pembocor maklumat kerajaan.Ramai yang berbicara skandal ini namun kerana Gani kebal undang-undang maka tiada yang berani mempersoalkannya. Namun berbeza apabila dipenghujung perkhidmatan Gani.


5. Jessica Gurmeet Kaur, Pegawai Undang-undang di Pejabat Peguam Negara bersama bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh yang mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat siasatan 1MDB ditahan pada 1 Ogos 2015. Mereka didapati menjual maklumat IMDB kepada Clare Rewcastle-Brown Editor Sarawak Report. Tan Sri Rashpal bertemu Clare Brown di Hyde Park London.
6. Perkhidmatan Jessica di Pejabat Peguam Negara ditamatkan serta merta dan taraf penduduk tetapnya dibatalkan.
7. Bayangkan sayangnya Tan Sri Gani Patail kepada Jessica sehingga mendapat kerakyatan pemastautin tetap. Bayangkan orang Singapura menyeludup semua rahsia negara dari pejabat peguam negara. Apa istimewanya Jessica, hanya Gani Patail yang tahu.
8. Banyak juga skandal Tan Sri Gani Patail semasa menjadi Peguam Negara. Kita dedahkan kemudian!

Kredit Jeneral M

Kerajaan Mesti lucutkan kerakyatan kepada individu yang punya dua kerakyatan di negara ini.



1. Baru-baru ini Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), TS Pheng Yin Huah bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warganegara.

2. Tahun 2008 ketika Paklah menjadi PM dikatakan 50 ribu pelancong China hilang dan dicari. Kemanakah mereka?

3. Hari ini terdapat pula isu dua kerakyataan. Sama ada Kerakyataan Singapura, Australia atau mana-mana negara. Adun DAP Pujut Sarawak Dr Ting Chiong Choon dikatakan memiliki kerakyatan Australia dan sekarang kes beliau dibawa ke mahkamah.

4. Dokumen terbaru ditemui milik orang Perak iaitu Ong Gek Ngoh menunjukkan beliau mempunyai kerakyatan Singapura. Isunya bagaimana semua ini berlaku? berapa ramai orang cina mempunyai kerakyatan seperti ini di negara ini? Bagaimana ia boleh berlaku?

5. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Malaysia tidak pernah mengiktiraf rakyat negara ini yang memiliki kerakyatan negara lain. Mana-mana individu yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

6. Mengikut Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang telah memperoleh kewarganegaraan negara lain.

7. Mana-mana warganegara yang memilih mendapatkan kerakyatan negara lain, maka dia perlu membuat pelepasan kewarganegaraan Malaysia di JPN berdasarkan Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan.

8. Kerajaan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang jika terdapat warga yang tidak membuat pelepasan kewarganegaran walaupun telah mendapatkan kewarganegaraan negara lain.

9. Menurut laman rasmi JPN, proses memperoleh semula taraf kewarganegaraan bagi mereka yang telah dilucut atau menolak kewarganegaraan Malaysia, perlu mendapatkan kelulusan kerajaan Persekutuan mengikut Perkara 18(2) Perlembagaan Persekutuan sebelum boleh didaftarkan semula sebagai warganegara.

10. Kerajaan mesti mengambil serius apa yang berlaku. Jangan dah teruk baru mengambil tindakan. Kerajaan juga tidak perlu melayan tuntutan 100 ribu yang memohon kerakyataan sekiranya Bahasa Kebangsaan pun mereka tidak boleh menguasainya. Tegas!


https://www.facebook.com/Jeneral-M-366833836773938/#

http://l.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpengajiangudangilmu.blogspot.my%2F2014%2F08%2Ffaktor-faktor-yang-membatalkan.html%3Fm%3D1&h=XAQFbr4cV