Tuesday 11 April 2017

RM155.4 JUTA HAMPIR LESAP, 10% MASUK POKET SHAFIE APDAL & PETER ANTHONY TETAPI RISDA TIDAK LAPOR SPRM?




1. Sumber dalaman RISDA memaklumkan selepas dilaporkan kepada pihak polis pada Mac 2016 berhubung wang pendahuluan RISDA RM15.5 Juta lesap oleh firma guaman Micheal UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Peter Anthony kes itu tidak pernah dilaporkan kepada SPRM. 




2. Ia tidak menghairankan kerana sebelum ini seorang blogger bernama Musli Oli pernah mendedahkan perbualannya dengan Pengerusi RISDA berhubung kes wang pendahuluan itu dalam Facebooknya. Jika memberi peluang kepada syarikat dan peguam membayar balik serta ada pihak dari RISDA yang meluluskannya atas arahan Shafie Apdal ketika itu ia jelas salah guna kuasa dan terdapat pihak yang mendapat komisen dari wang pendahuluan itu!. Persoalannya mengapa rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal, KP RISDA, Peter Anthony dan Peguam itu tidak dilapor kepada SPRM?


Saturday 8 April 2017

[VIDEO] SPRM BUKA LAMPU HIJAU SIASAT RASUAH AZMIN ALI! MEROYANLAH PROKSI-PROKSI AZMIN ALI




1. 5 April lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuka semula kertas siasatan berhubung kes pemilikan harta luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu yang kesnya diarahkan tutup oleh Anwar Ibrahim.


2. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, walaupun kes itu telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997, namun siasatan kes itu boleh diteruskan semula sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang mengaitkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor dengan kes itu tertakluk kepada maklumat dan keputusan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki. 

Tuesday 4 April 2017

PANAS! KHALID IBRAHIM AKAN DEDAH BUKTI RASUAH SPLASH DAN AZMIN ALI MB SELANGOR KEPADA SPRM?



"Adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?" 
- Tan Sri Khalid Ibrahim" 

1. Polemik SPLASH antara BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali MB Selangor nampaknya kembali muncul melalui entri terbaru Khalid Ibrahim dalam Facebooknya mengenai sikap Azmin mempersoalkan hal moral berhubung pemberian wang pampasan RM2.7juta kepada tujuh bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai tiada salah laku dalam pemberian wang pampasan itu. 


Sunday 2 April 2017

BEKAS ORANG KANAN KKLW DITANGKAP SPRM BAKAL HERET SHAFIE APDAL SELEWENG PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR?



[SIRI 1: TANGKAP BEKAS ORANG KANAN MENTERI KKLW HERET SHAFIE APDAL]

Nantikan Kejutan minggu depan. Katanya ada isu yang bakal menggemparkan negara lagi didedahkan.
Siapa yang kena?

1. 9 Mac lalu kita melihat Shafie Apdal bekas Menteri KKLW menyalahkan Kementerian Kewangan berhubung projek yang diluluskan oleh kementerian lamanya KKLW. Ibarat dia yang meminta-minta kemudian bila dah dapat dia salahkan pihak lain. 



2. Shafie Apdal Presiden Parti Warisan ini terlupa ia bukan mengenai projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sahaja tetapi ia melibatkan Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), kuasanya dalam agensi seperti MARA, FELCRA, RISDA dan lain-lain lagi. Penyelewengan projek bekalan air luar bandar yang diuruskan Jabatan Air Negeri Sabah melalui peruntukkan KKLW lebih RM3.3b sejak tahun 2010 bukanlah perkara menghairankan. 


Wednesday 22 March 2017

RAHSIA FERRARI AZMIN TERBONGKAR, ISTERI AZMIN SHAMSIDAR TAHARIN BOLOT TANAH DAN PROJEK SELANGOR?




1. Azmin Ali dan rasuah tidak boleh dipisahkan. Sejak beliau berkhidmat bersama Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1995 siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (Kini SPRM) sudah dilakukan terhadap beliau dan isterinya Shamsidar Taharin. Namun oleh kerana Anwar Ibrahim mengarahkan kes itu ditutup maka Azmin Ali terselamat.

Monday 20 March 2017

ISTERI LIM GUAN ENG BUKAN SAHAJA DI PCCC TAPI PENGARAH SYARIKAT BERSAMA PHANG LI KHOON PEMILIK BANGLO MURAH. HEBAT!



1. Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.

2.  Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?

Sunday 19 March 2017

WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?




Cuba lihat wajah Shafie Apdal ketika menjawab isu hubungannya dengan Zahida. Berseri-seri dengan senyuman. Cuba pula lihat wajah Zahida ketika ditanya siapa lelaki pilihannya. Juga tersenyum. Maklum dah bertahun. Mereka berkahwin di luar negara tetapi Shafie Apdal tetap tidak mengaku Zahida isterinya hingga sekarang. Tak baik Shafie walaupun dia nombor dua. Rakyat wajar tahu elak fitnah.

1. Mengapa cerita Shafie Apdal dan Zahida Rafik perlu dikeluarkan lagi? Bukankah ini isu lama? Sumber rapat Shafie Apdal menyatakan kunci kepada rasuah Shafie Apdal ketika Menteri KKLW ialah Zahida Rafik. Shafie Apdal sangat sayangkan Zahida Rafik. Hidupnya tidak akan keruan jika Zahida diganggu gugat. Jadi Shafie akan pertahan Zahida dengan segala cara. Berskandal beberapa tahun dan akhirnya dinikahi di luar negara. Menyembunyikan status mereka kerana bimbang isteri pertamanya (jenis gila meroyan) dan mempunyai rumah mewah di London. 

2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW!