Tuesday 4 April 2017

PANAS! KHALID IBRAHIM AKAN DEDAH BUKTI RASUAH SPLASH DAN AZMIN ALI MB SELANGOR KEPADA SPRM?



"Adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?" 
- Tan Sri Khalid Ibrahim" 

1. Polemik SPLASH antara BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali MB Selangor nampaknya kembali muncul melalui entri terbaru Khalid Ibrahim dalam Facebooknya mengenai sikap Azmin mempersoalkan hal moral berhubung pemberian wang pampasan RM2.7juta kepada tujuh bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai tiada salah laku dalam pemberian wang pampasan itu. 



2. Kata Tan Sri Khalid apakah tidak menjadi isu moral Mohamed Azmin bersungguh-sungguh untuk membuat bayaran sebanyak RM3 bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (Splash) meskipun taksiran asalnya hanya RM250 juta. Tan Sri Khalid terus memberi soalan!

Adakah ianya bermoral bagi beliau selaku MB mengalihkan beban kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 billion kepada SPLASH? 
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB yang sengaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula “bulk service rate” terhadap SPLASH sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu penyelesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?

3. Apa sekalipun yang berlaku antara Azmin Ali dan Splash, Tan Sri Khalid bekas MB Selangor seharusnya kini mendedahkan semula semua unsur rasuah dan salahguna kuasa kepada SPRM. Tan Sri Khalid Ibrahim mesti berani mendedahkan pertemuan sulit bersama Pengerusi SPLASH, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah Pengerusi SPLASH pada 2013 dan Anwar Ibrahim itu yang memintanya supaya bersetuju membayar pampasan RM2.7 bilion berbanding tawaran asal RM250.6 juta.

4. Begitu juga dakwaan bahawa Tan Sri Wan Azmi bersetuju untuk membayar komisen RM400 juta kepada PKR sekiranya urusniaga itu diteruskan dan RM 200 juta lagi diberikan diberikan kepada Anwar secara peribadi untuk gerakan politiknya. 




5. Sejak Azmin Ali menjadi Menteri Besar Gamuda sering mendapat keistimewaan di mata Azmin. Isu Tanah Paya Indah Wetlands Lot 68054 yang bertukar status dari pertanian kepada kediaman sudah jelas menunjukkan Azmin punya kepentingan yang sangat besar terhadap Gamuda sehingga kepada isu penjualan SPLASH yang tidak pernah selesai sehingga sekarang!.

[ Baca Artikel ini] 




6. Justeru kita cabar Khalid Ibrahim dedahkan rasuah SPLASH dengan Azmin Ali. Benarkah Azmin Ali akses dengan SPRM Selangor kononnya Azmin Ali MB berjaya menghentikan siasatan SPRM terhadap Azmin? Apa buktinya kenyataan itu? Tidak mungkin SPRM di zaman Datuk Dzulkifli Ahmad Khalid ia berlaku! Khalid perlu tampil ke pejabat SPRM dedahkan bukan bermain polemik tanpa kesudahan. 


Captain M
4 April 2017





No comments:

Post a Comment