Sunday 2 April 2017

BEKAS ORANG KANAN KKLW DITANGKAP SPRM BAKAL HERET SHAFIE APDAL SELEWENG PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR?



[SIRI 1: TANGKAP BEKAS ORANG KANAN MENTERI KKLW HERET SHAFIE APDAL]

Nantikan Kejutan minggu depan. Katanya ada isu yang bakal menggemparkan negara lagi didedahkan.
Siapa yang kena?

1. 9 Mac lalu kita melihat Shafie Apdal bekas Menteri KKLW menyalahkan Kementerian Kewangan berhubung projek yang diluluskan oleh kementerian lamanya KKLW. Ibarat dia yang meminta-minta kemudian bila dah dapat dia salahkan pihak lain. 



2. Shafie Apdal Presiden Parti Warisan ini terlupa ia bukan mengenai projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sahaja tetapi ia melibatkan Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), kuasanya dalam agensi seperti MARA, FELCRA, RISDA dan lain-lain lagi. Penyelewengan projek bekalan air luar bandar yang diuruskan Jabatan Air Negeri Sabah melalui peruntukkan KKLW lebih RM3.3b sejak tahun 2010 bukanlah perkara menghairankan. 






Perhatikan segala surat permohonan  Shafie Apdal. Tak dapat dia buat lagi RAYUAN. Hantar 10 kontraktornya minta MOF LULUSKAN. Shafie terlupa ke pekeliling MOF menyatakan mana-mana projek terutamanya TENDER TERHAD perlu dibawa dalam Lembaga Perolehan A KKLW baru dikemukakan MOF. Tapi Shafie Apdal dia tak perlu semua itu. Dia hanya arah KSU, TKSU, SUB atau TSUB hantar surat ke MOF. Sebab itu surat atas nama Shafie Apdal beribu atas meja Menteri Kewangan. Yang minta tak salah ke? Tanyalah Hartaty Rahmat dia tahu semua ini. Dia yang uruskan!

3. Shafie Apdal berpura-pura terlupa atau sengaja berlawak bahawa dia Menteri KKLW berleluasa menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 ( Akta 2) dan Akta Kontrak 1949 (pindaan 1973). Dengan kuasanya itulah Shafie Apdal menghantar surat kepada PM & Menteri Kewangan  untuk memohon kelulusan. Minta Tender Terhad atau Rundingan terus. Tidak diberi dia marah dan merajuk dengan Menteri Kewangan. Guna alasan bermacam-macam. Projek Ketua Bahagianlah, untuk parti lah tapi Shafie buat untuk kroni sahaja. Minta komisen setiap projek 15 hingga 20%. 

4. Shafie Apdal usah sombong mendabik dada. Banyak yang terbongkar nanti. Sumber dalaman mendedahkan tertangkapnya nanti bekas orang kanan Shafie Apdal iaitu Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW bakal menjawab segala persoalan kes rasuah KKLW termasuk Projek Bekalan Air Luar Bandar yang dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Surprise!



Ini satu contoh surat arahan KKLW kepada Pengarah JKR negeri Sabah. Kalau Pengarah JKR juga disiasat pasti banyak perkara terdedah. Perkara yang sama kepada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah. 





5. Captain M sebelum ini sudah mendedahkah siapa orang kanan Shafie Apdal bernama Norhartaty Rahmat ini. Orang yang sentiasa memudahkan kerja-kerja Shafie Apdal. Memiliki Banglo Besar di Bandar Baru Bangi. Gaya hidupnya juga mewah tidak sepadan dengan Gred jawatannya M54. Suatu ketika walaupun beliau ada bos SUB yang berkuasa namun Menteri boleh berurusan terus dengan beliau. Semua urusan surat menyurat dan ulasan projek tender terhad diuruskan beliau. Ganjarannya semua kontraktor memberikan manfaat kepadanya. 

6. Hartaty wajar ditahan dan disiasat SPRM kerana beliaulah yang mengetahui selok-belok projek dilaksanakan. Bersalah atau tidak ditentukan kemudian melalui perbicaraan yang adil. Kes rasuah yang berlaku di KKLW mempunyai rangkaian. Ia tidka mungkin dilakukan bersendirian. 


7. Netizen amat yakin SPRM akan melaksanakan tugas sebaiknya dibawah Kepimpinan Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM yang begitu tegas sekarang. Ini bukan zaman Abu Kassim yang Shafie Apdal kenali. Gelombang Revolusi SPRM yang dilancarkan KP SPRM pada 30 Mac lalu pasti bakal menggerukan pelaku rasuah dan salah guna kuasa. Ayuh SPRM! gegarkan!

Artikel Lain berkaitan:

BUKTI BARU! SONGLAP DANA RM3.3B, SHAFIE APDAL 'KAYAKAN' PEGAWAI KKLW UNTUK BERI PROJEK KEPADA PROKSINYA ?


Captain M
2 April 2017



3 comments:

  1. tangkap dan dedahkan. ramai yang hendak tahu. kali ini harap Shafie ditangkap

    ReplyDelete
  2. Kesian orang Sabah..patutlah mereka ingat kerajaan pusat pinggirkan mereka.. Padahal bekas menteri dari sabah ni yang tak amanah..dan tidak jujur patutlah asyik2 gagal jer projek yang sepatutnya beri manfaat kepada rakyat sabah tak kesampaian

    ReplyDelete
  3. Erm...yala...tangkap juga org kaya dalam umno bn tu...nda padan dengan gred juga yg lain..ada belum bergred sdh kaya..

    ReplyDelete