Saturday 29 April 2017

THE TOP@KOMTAR 4 BULAN BEROPERASI SECARA HARAM GADAI NYAWA RAKYAT, UNTUNG PROKSI LIM GUAN ENG DIUTAMAKAN


The Top@Komtar 18 Disember 2016 dilancarkan sejak 18 Disember 2016. Sejak itu beberapa bahagian projek pengubahsuaian The Top@Komtar belum mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). OWG sangat kebal. Apa saja yang Dato' Sri Richard Koh pengasas OWG minta DILULUSKAN Lim Guan Eng. Termasuk mengutip hasil tanpa CCC. Selanjutnya didalam

SIRI 1

1. 4 tahun lalu, 1 Mei 2013 media rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Buletin Mutiara mengumumkan Kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang dikatakan siap menjelang tahun 2015. Ini termasuk kerjakerja pembinaan termasuk lif lingkaran luar KOMTAR yang bakal menjadi produk tarikan terbaharu menghubungkan Tingkat 5 ke puncak (Tingkat 65); pembinaan semula premis restoran bertaraf antarabangsa (sky dining) di Tingkat 59 dan Tingkat 60; menaiktaraf empat lif sedia ada dalam bangunan KOMTAR, pembinaan Dewan Bankuet (Tingkat 5), arked membeli-belah (Tingkat 5) dan eskalator di tangga utama ke Tingkat 5.

2. Lim Guan Eng mengumumkan  Syarikat World Equipment Sdn. Bhd. (WESB) anak syarikat Only World Group (OWG) milik sahabat baiknya Dato' Sri Richard Koh yang kononnya menang tender terbuka. Angka yang dilaporkan berbeza-beza dari RM 40 juta hinggalah kini RM 200 juta.

3. Isu Komtar pernah juga dibawa dalam Sidang Dun Pulau Pinang pada  Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN ke-13, 13 Disember 2013 yang menjelaskan tentang keselamatan bangunan Komtar dan kerja-kerja penaiktarafan tidak meliputi projek di bawah ‘RFP for Revitalisation of KOMTAR Building’ kerana senarai itu adalah khusus untuk kerja-kerja kontrak sahaja sebagaimana sebelum ini diberi kepada anak syarikat World Equipment Sdn Bhd (WESB). RM40 juta pelaburan OWG untuk kerja-kerja itu.

4. Sekali lagi ketika Ucapan Penggulungan Lim Guan Eng, Persidangan DUN Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN ke-13, 14 November 2014 isu Komtar dijelaskan oleh Lim Guan Eng mengumumkan Only World Group Holdings Berhad (OWG) akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan penyenaraian rasmi ialah pada 18 Disember 2014. Pelaksanaan projek pengubahsuaian dan penaiktarafan KOMTAR dijalankan melalui anak syarikat Kumpulan OWG iaitu Magnificent Empire Sdn. Bhd. (MESB) dengan pelaburan awal sebanyak RM40 juta. Tempoh 30 bulan diberikan untuk OWG menyiapkan keseluruhan komponen dalam projek ini dan tempoh tersebut juga merupakan rent-free period (berdasarkan timeline asal dalam Perjanjian, tempoh tersebut ialah dari 19 Disember 2012 sehingga 18 Jun 2015) selain OWG mengemukakan cadangan untuk menambah satu lagi aras di atas helipad, iaitu sebagai Aras 66. Cadangan ini telah diluluskan oleh pihak PDC.

5. Siapapun anak syarikat OWG dia tetap milik OWG. Bermula dengan pelaburan RM40 juta kini sehingga RM200 juta, OWG milik Dato' Sri Richard ini bukan calang-calang kawan Lim Guan Eng. Dia juga setaraf Tan Sri Tan Kok Ping dan Khor Teng Tong (Hunza Group). 20 Januari 2016 The Star melaporkan OWG menyiapkan projek pemulihan KOMTAR RM180 juta. 

Only World Group adalah juga syarikat yang menguruskan taman tema air di laut 'Wet World Wild' di Batu Ferringhi yang kini sudah henti operasi.
Menjadi isu satu ketika. Sila Klik

6. Ketika Lim Guan Eng memberi ucapan sempena majlis perasmian The Top@Komtar 18 Disember 2016 (Ahad) tahun lalu Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Richard Koh dan Dato' Jean Koh (Isterinya) kerana melabur RM200 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian KOMTAR. 

7. Projek pengubahsuaian atau rejuvenasi Komtar ini pasti projek yang menguntungkan sehingga diswastakan Lim Guan Eng kepada Only World Group secara 'konsesi' selama 60 tahun sebagai balasan melaksanakan projek rejuvenasi KOMTAR mengikut budi bicara OWG. Tidak hairanlah kos pelaburan ini bertambah sehingga RM200 juta sebagaimana diumumkan Lim Guan Eng.



THE TOP@KOMTAR Tiada Sijil Perakuan Siap & Pematuhan ( Certificate of Completion and Compliance- CCC) selama 4 bulan sejak dirasmikan

8. Sumber dalaman memaklumkan sejak THE TOP @KOMTAR dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia dan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang Lim sejak 18 Dis 2016 lalu semua urusniaga sejak itu di THE TOP @KOMTAR berjalan tanpa ada Certificate of Completion and Compliance (CCC). Semuanya berjalan secara haram.


9. Bolehkah kita dapat bayangkan jika berlaku apa-apa kecelakaan di THE TOP @KOMTAR yang belum ada Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC)? Apa Dato' Sri Richard pemilik OWG ini kisah kerana beliau rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang maka semua pihak seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penang Development Corporation (PDC) dan lain-lain jabatan di tangan Lim Guan Eng. Dehem saja mereka takut.

10. Walaupun dikatakan fasa 1 (Aras 5 sehingga Outlet Marrybrown, dan fasa 2 (Aras 65-68; Restaurant Coco Cabana/ Skywalk baru saja diberi CCC selepas 3 bulan beroperasi secara haram (walaupun bayaran mahal), paling menakutkan ialah kawasan tarikan awam Taman Komtar (Fasa 3), pawagam dome 7 dimensi, Taman Tema Dunia Jurasik serta kemudahan lain di Aras 5 yang belum ada CCC hingga kini dan terus dibuka kepada awam sejak 18 Disember 2016. Bilakah agaknya CCC untuk Fasa 3 akan dikeluarkan? adakah selepas pelancaran Penang Tower Club pada bulan Mei 2017 nanti? [Captain M akan dedahkan bukti dokumen tanpa CCC ini kemudian dalam Siri 2]

11. Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat mendedahkan kali terakhir pemeriksaan dibuat didapati Aras 5 (TAMAN TEMA KOMTAR) TIDAK DILULUSKAN kerana binaan yang tidak memenuhi aspek keselamatan untuk orang awam. Ini sangat berbahaya kepada keselamatan pengunjung yang datang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. 

12. Isunya mengapa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dan sahabatnya Dato' Sri Richard Koh pengasas OWG ini berani membuka THE TOP@KOMTAR tanpa menunggu semua CCC dikeluarkan terlebih dahulu? Tidakkah OWG telah menjalankan perniagaan haram sejak 4 bulan lalu dengan mengutip wang rakyat? Mengapa MBPP dan PDC membenarkan premis ini dibuka kepada orang ramai apabila mereka tahu bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa surat kelulusan atau CCC? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat PDC, MBPP, JBPM dan lain-lain pihak yang terlibat.

13. Kementerian Sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan juga perlu memantau perkara ini memandangkan garis panduan CCC dikeluarkan oleh JKT.

14. Isu keretakan lantai di Aras 21, Pejabat Tanah & Galian (PTG) KOMTAR pernah menjadi isu pada tahun 2013 akibat masalah 'overloading' dokumen-dokumen milik PTG sebagai punca keretakan. Walaupun ia bukan kerosakan 'superstructure' kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya berjaga-jaga apatah lagi THE TOP@KOMTAR dibuka pada awam sehingga belum ada Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). Walaupun ia 4 bulan tetapi ia menunjukkan Lim Guan Eng, PDC, MBPP dan OWG memandang ringan kepada aspek keselamatan rakyat dan peraturan sedia ada. Keuntungan diutamakan, nyawa rakyat diabaikan. Lim Guan Eng mesti menjelaskan perkara ini kepada rakyat!

Nota: Ada yang beritahu Dato' Sri Richard Koh mengganggap kakitangannya sebagai 'SHIT' dan rasis. Cuti perayaan bagi umat Islam tidak diiktiraf. Malah kontraktor atau sub kontraktor yang OWG lantik tidak dibayar. 

Captain M
29 April 2017

5 comments:

  1. Caj pelancongan tdk masuk akal. tapi tiada sijil CCC. Naya kalau Aras 5 runtuh bagaimana?

    http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/caj-pusat-pelancongan-tidak-masuk-akal-1.432837

    ReplyDelete
  2. Lim Guan Eng Double standard. Ketika kes papan tanda UMNO dia arah roboh. INi CF pun tak ada dia kata ok

    ReplyDelete
  3. Audrian Len Bubat30 April 2017 at 08:21

    Pulau Pinang bermegah mengamalkan policy CAT(Consistency, Accountability & Transparency).
    Jika perkara CF (Certificate of Fitness)yang diutarakan ini benar, sahlah keadaan "indah khabar dari rupa". Kerana Pakatan pembangkang menang di Pulau Pinang ertinya majoriti pengundi sudah tertipu dengan janji-janji manis Kerajaan Pembangkang yang diketuai DAP. Nampaknya kaedah T -"Transparency" rupanya T -"TipuUsee"

    BN akan menang dalam PRU 14 yang akan datang. Cheers!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas sebab sebab keselamatan pemberi maklumat kita akan dedahkan kemudian.Bukti rekod dokumen bangunan Komtar tanpa CC 4 bulan lalu kita masih pegang.

      Delete
  4. Cina dap memang celaka

    ReplyDelete