Thursday, 13 April 2017

LEBIH RM5 JUTA HARTA ADAM DAN ZURAIDA BAKAL DIBEKU SPRM PUNCA ZURAIDA DISINGKIR AZMIN?



1. Malam ini Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang pasti tidak boleh tidur apabila orang kanan kesayangannya Adam Rosly Ketua AMK Ampang memberi keterangan kepada  SPRM untuk kali ketiga.Sebelum ini pada 10 dan 22 Februari lalu. Hari ini juga Adam Rosly digari dan ditahan oleh SPRM.  Apa yang merisaukan Zuraida jika apa yang dikenakan kepada Adam bukan setakat Akta SPRM 2009 tetapi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).



Zuraida bimbang apa akan terjadi dengan hasil projek-projek
 PBT di Selangor yang  beliau monopoli bersama Adam Rosly. Jika dibekukan bagaimana? Atau adakah Zuraida dan Adam sempat memindakannya ke tempat lain wang-wang simpanan serta penama aset?


2. Adam Rosly berumur 28 tahun menjadi jutawan kerana hasil projek Zuraida Kamaruddin untuk PBT dan juga lesen pasir yang diberi oleh Azmin Ali kepada Adam. Di bawah AMLA 2001 pastinya aset-aset dan akaun Adam dibekukan. Perkara ini yang merisaukan Zuraida kerana aset miliknya atas nama Adam bakal berkubur!. Adam ketika memberi keterangan kepada SPRM sebelum ini ternyata memberikan maklumat PALSU mengenai sumber pendapatannya. Aset serta simpanan akaun yang dimilikinya tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai seorang ahli perniagaan pada syarikat-syarikat yang gagal dan tidak mempunyai 'turnover' yang baik. Jadi dari mana wang yang diperolehi Adam?

3. Adam Rosly kini ditahan 24 jam dan esok (14 April -Jumaat) Adam akan ditahan reman beberapa minggu. Impian Adam untuk memakai baju lokap SPRM (oren) tercapai. Adam bakal didakwa kerana menipu berkaitan sumber pendapatan dan harta. Adam Rosly dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram (money laundering) berkaitan hasil haram dari perbuatan rasuah.

Mampukah Zuraida tidur nyenyak? Katanya Zuraida malam ini menyembunyikan segala dokumen berkaitan serta bukti-bukti yang mengaitkan dirinya
dengan Adam Rosly.

4. Sikap bongkak dan sombong Adam Rosly kaya dalam usia muda selain pendidikan rendah mendedahkan dirinya kepada rasa ingin tahu netizen. Kaya tapi bodoh!. Jawapan dalam sidang media seperti jual nasi lemak dari kecil dan perniagaannya adalah rahsia kerana terlalu peribadi membuka ruang siasatan SPRM. Syarikat atas namanya kurang pendapatan tahunan tetapi harta berjuta sudah tentu mengundang keraguan besar. Tentunya ia dari hasil rasuah dan wang haram!. Belum dikira lagi hartanah lain yang Adam miliki dianggarkan lebih RM 5 juta. Dahsyat anak muda PKR!

5. Captain M selain menerima maklumat dari laporan serbuan Datuk Jamal Yunus menggunakan helicopter serta laporan pelbagai pihak kepada SPRM sebelum ini turut mendedahkan dua pemilikan rumah Adam Rosly di Putrajaya dan Ampang Saujana termasuk beberapa kereta mewah Adam bukan atas namanya tetapi nama 'taukeh' cina. Hanya satu Range Rover Evogue atas nama isterinya. Apa hubungan Adam Rosly dengan taukeh-taukeh itu?



[Artikel Berkaitan:] 





Isteri Adam Rosly hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Dari mana
pendapatan untuk membeli kenderaan
 mewah Range Rover Evogue ini? 
6. Paling mengejutkan dalam sidang medianya pada 18 November 2016 Adam yang begitu berbangga dalam Instagramnya menunjukkan 2 rumahnya di Putrajaya dan Ampang tiba-tiba menafikan itu rumahnya dan mencabar Netizen membuktikan rumah itu miliknya!.





7. Kita akan melihat kesetiaan Adam Rosly kepada tuannya seperti Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali MB Selangor. Apakah Adam akan menanggung kesalahan bersendirian atau akan 'memetik' sekali Zuraida Mak Lampir dan pihak-pihak yang terlibat. Sama-sama tunggu! 

Apakah nama Azmin Ali tidak akan diseret?

8. Apapun tahniah kepada SPRM yang bertindak tegas!. Mereka Langsi Lu kasi jadi! Netizen kata sila siasat maka SPRM siasat dan bertindak. Masa pemimpin BN didakwa kamu bersorak! sekarang masa pemimpin pembangkang didakwa kamu diam membisu. Percayalah Rafizi Ramli dan Tian Chua Naib Presiden PKR sedang bertepuk tangan bila 'macai' Zuraida dan Azmin dikandangkan SPRM. 


Captain M
13 April 2017

6 comments:

  1. Habislah ADAM dan Zuraida. Berlagak. Terimalah akibat!

    ReplyDelete
  2. Dah.cakp..belum kena tahan Sprm tak semestinya pihak pembangkang ni bersih..cuma belun diizinkan Allah..tapi klau dah diizinkan nak lari ke lubang cacing pun dah tak boleh..berlagak bongkak menujuk nunjuk di insta kemewahan dari sumber yng diragui..mmg kenalah..

    ReplyDelete
  3. Dia lupa kot ....semua tu dari Allah

    ReplyDelete
  4. dia cabar sprm ....dan kena

    ReplyDelete
  5. Dah 3 minggu dah, mana ada pegawai KKLW ditangkap olih SPRM. Terbukti spin saja lebih. Apa kata kalau blog ini ditukar mama CAPTAIN SPIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar. biarkan adam dan Khor Teng Tong DAP dulu. kita nantikan sama-sama pasti ada. makan pop corn dulu. Apakah cerita Adam ini satu SPIN? kini dia ditahan reman.nanti kalau kena Jamil halo Captain ya.

      Delete