Sunday, 30 April 2017

AZMIN BAKAL TUMBANG DENGAN HELICOPTER JAMAL ATAU KRISIS KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR?



1. Dato' Sri Jamal Yunos sekali lagi melakukan kaedah sama mengunjungi kawasan Paya Indah Wetlands dan 28 April lalu melakukan tinjauan dari udara dengan helicopter.  Kaedah ini seperti apa yang dilakukan terhadap Adam Rosly dengan melakukan kunjungan ke rumah Disneyland Ampang milik Adam Rosly disusuli dengan Helicopter membawa kepada pertuduhan Adam rasuah Adam di mahkamah 21 April lalu.




Berita TV3 yang menunjukkan lawatan Dato' Sri Jamal di Paya Indah Wetlands 28 April 2017. Mendedahkan projek Gamuda RM30bilion dengan komisen 10 peratus


2. Kini mampukah kaedah yang sama akan menumbang atau menurunkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Kisah Paya Indah Wetlands pernah dibawa oleh CheGuBard atau Badrulhisham tahun lalu yang mendapat liputan meluas media mengenainya sehinggalah penglibatan syarikat taikun Gamuda Berhad yang membeli tanah Lot 68054 di Paya Indah Wetlands yang juga dikaitkan dengan penjualan SPLASH anak syarikat Gamuda.

3. Apa yang Jamal tunjukkan dari lawatan dan tinjauan dari udara adalah contoh fizikal kemusnahan alam sekitar kawasan yang berdekatan diwartakan sebagai kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar. 


Siapa luluskan lesen kapal korek?
4. Lawatan itu turut memperlihatkan beberapa jentera berat sedang giat melakukan kerja-kerja penambakan tanah di kawasan paya berkenaan dan ia menyebabkan kawasan hijau semakin berkurangan. Selain itu, tinjauan udara itu juga mendapati terdapat sebuah kapal korek sedang beroperasi di kawasan paya berkenaan.

5. Itu yang nampak fizikal tetapi yang harus terus dibongkar ialah tentang projek yang bakal dilaksanakan oleh Gamuda Berhad di tanah Lot 68054 Paya Indah Wetlands yang pernah dibongkar sebelum ini khususnya kelulusan perlingkungan semula tanah di Paya Indah Wetlands dari status pertanian kepada Kediaman. Perkara ini pernah dibangkit dalam blog Captain M sebelum ini;








Video ini memberi gambaran tentang Gamuda Berhad, Azmin Ali dan 
Paya Indah Wetlands


Infografik-infografik ini mengingatkan kita Skandal Tanah Paya Indah Wetlands 68054










Isu Paya Indah Wetlands turut dibawa dalam Dewan Rakyat

Kepentingan Azmin Ali

6. Satu perkara yang SPRM boleh mulakan siasatan ialah jawatankuasa-jawatankuasa dari jabatan yang meluluskan hal-hal teknikal pengesanan Zoning Gunatanah, kertas Exco, pejabat tanah dan PBT. Mengapa dahulu sukar diluluskan termasuk dari Jabatan Alam Sekitar. Mengapa ketika tanah dimiliki Salak Land tidak pernah diluluskan status pertukaran tanah? mengapa apabila tanah bertukar milik kepada Gamuda Berhad semuanya menjadi mudah? Malah urusan pembelian syarikat air di Selangor hanya SPLASH belum selesai hingga kini yang meminta RM2.7bilion. Meragukan!

Mampukah Azmin tumbang dengan helicopter Jamal? atau Azmin sedang  menghitung kerajaan Selangornya yang bakal bubar tak lama lagi kerana terputusnya hubungan dengan PAS. 


Captain M
30 April 2017

1 comment: