Wednesday, 12 April 2017

JUAL TANAH BUMIPUTRA PULAU PINANG SPRM TANGKAP TAIKUN HUNZA GROUP PROKSI LIM GUAN ENG!

Hubungan Dato' Seri Khor Teng Tong Pemilik Hunza Group dengan
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang
bukan lagi rahsia

1. Susulan penahanan Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza  pemegang ama­nah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad oleh SPRM 31 Mac lalu berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan kedudukan untuk menerima rasuah telah membuka jalan kepada penahanan sahabat baik dan proksi Lim Guan Eng pemilik Hunza Properties Berhad (Hunza Group) dan anaknya Datuk Khor Siang Gin Pengarah Urusan Hunza Properties Berhad. 


Akhirnya mereka dikandangkan oleh SPRM. Mereka ingat kekayaan dan wang boleh membeli semua orang?





2. Dato' Syed Mohamad Syed Murtaza  pemegang ama­nah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad menjual ta­nah milik anak syarikat Yayasan Bumiputra Pulau Pinang kepada Hunza Group yang beliau mempunyai kepentingan dengan harga lebih murah daripada asal tanpa  melalui persetujuan Ahli Lembaga Pengarah lain. Syed Mohamad disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan. Tindakan Syed Mohamad telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik Bumiputra Pulau Pinang itu sejak beberapa tahun lalu. Jika Yayasan Bumiputra Pulau Pinang dibawah kawalan kerajaan negeri apakah Lim Guan Eng mengarahkan Dato' Syed menjual tanah itu kepada Dato' Seri Khor Teng Tong?




Siapa Syed Dato' Syed Mohamad Syed Murtaza 

dan apa hubungannya dengan Dato' Seri Khor Teng Tong Proksi Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang?

3. Dato' Syed Mohamad selain pemegang amanah kepada Yayasan Bumiputra Pulau Pinang beliau mempunyai banyak jawatan dalam syarikat dan GLC negeri Pulau Pinang. Selain Pengerusi  Penang Port Sdn. Bhd beliau juga ahli lembaga pengarah di Penang Tourist Centre Berhad, pernah sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBA Holdings Berhad milik kerajaan negeri Pulau Pinang. Hubungan rapatnya dengan Khor Teng Tong Pengerusi Hunza Group menjadikan beliau rapat dengan Lim Guan Eng.



4. Perkara yang memerangkapkan Syed Mohamad dengan kepentingan menjual tanah Yayasan Bumiputra Pulau Pinang ialah beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Hunza Group. Malah pernah dilantik sebagai Pengerusi Hunza Consolidation Berhad dan Hunza Fresh Energy Sdn Bhd. Hubungan rapatnya dengan Khor Teng Tong sehingga kini Syed Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Master Pack Group Berhad yang mana Dato' Seri Khor Teng Tong adalah ahli lembaga pengarah dan pemilik sahamnya. Pendek kata Dato' Syed Mohamad Syed Murtaza adalah PROKSI kepada sahabat baik Lim Guan Eng, Khor Teng Tong ini. 



5. Paling penting Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad yang Dato' Syed Mohamad sebagai Lembaga Pengarahnya mempunyai 6.45% saham Hunza Properties Berhad.  Maka tidak mungkin tiada kepentingan dalam penjualan tanah bumiputra itu. Projek Hartanah Hunza Group banyak di sekitar Pulau Pinang termasuk di Bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah. 

Dato' Seri Khor Tong Teng Proksi Lim Guan Eng

6. Bukan lagi rahsia hubungan Lim Guan Eng dengan Khor Teng Tong. Membiayai pilihan raya untuk Lim Guan Eng dan DAP. Mengikut laporan tahun 2017 sahaja kira-kira RM 13bilion projek bakal dilaksanakan oleh Hunza Group di Pulau Pinang.  Begitu sayang Lim Guan Eng dengan Khor Teng Tong. Tanah bukan masalah untuknya. Gurney Paragon Mall ( Gurney Drive) dibina RM475juta dirasmikan oleh Lim Guan Eng tahun 2013.


Begitu akrab Betty Chew dengan Datuk Daisy Ooi Group MD Hunza Properties
7. Malah dikatakan ketika kes rasuah Lim Guan Eng tahun lalu Hunza Group turut menyumbang wang jaminan terhadap Lim Guan Eng. Apakah kali ini Lim Guan Eng akan membantu sahabatnya Khor Teng Tong dari didakwa di mahkamah? Apakah Dato' Syed Mohamad yang menerima rasuah dari penjualan tanah akan membiarkan dirinya menerima hukuman berseorangan atau terus mengheret taikun besar Hunza Group ini?



8. Nampaknya selepas Lim Guan Eng, Phang Li Khoon bakal dihukum bersalah kerana rasuah satu persatu proksi Lim Guan Eng bakal dikutip oleh SPRM. Selepas Dato' Seri Khor Teng Tong dan anaknya siapa selepas ini?  Agak-agak dua Tan Sri yang disebut satu ketika kerana rasuah dan lari cukai itu melibatkan proksi Lim Guan Eng? Elok Tan Sri Tan Kok Ping taikun  judi dan orang kuat Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang bersiap sedia!

Tahniah SPRM! teruskan memburu.


Captain M
12 April 2017


3 comments:

  1. Tu dia..hal kat Penang
    Kat Selangor bila pulak...
    Hal.Shafeii bedal..entah bila..
    Tak pelah yang salah tetap akan diburu

    ReplyDelete
  2. Orng Penang bangang mana nk percaya kerajaan penang skarang. Yg duk sokong tu samada xpnah tggl di penang atau tak mahu membaca kezaliman kerajaan negeri terhadap tanah milik bumiputra. Yg diorang tau nk bangkang Ruu355. Bangang punya lembu2 pakatan.

    ReplyDelete
  3. Pembohongan paling terang skali konon lepas ambik alih kuasa dr BN, pakatan nk mansuhkan tol jambatan. mangkuk punya cauvinis.

    ReplyDelete