Thursday, 27 April 2017

SURAT FELDA DIDEDAHKAN! BUKTI KERAJAAN SELANGOR GAGALKAN PROJEK PERUMAHAN FELDA SOEHARTO DAN SABOTAJ PPR SUBANG




1. Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat pimpinan PKR tidak pernah ikhlas dalam menyediakan perumahan dan kemudahan kepada rakyat. 23 April lalu Azmin Ali MB Selangor berkata jika Kerajaan Persekutuan mahu mengambil alih pengurusan bangunan PPR Subang 1 Kerajaan Persekutuan perlu membayar RM 60 juta yang dibelanjakan Kerajaan Negeri selama 16 tahun bagi membiayai kerja penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1


2. Tan Sri Noh Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyelar sikap Azmin dan Kerajaan Negeri Selangor ini. Apakah mereka lupa Kerajaan Persekutuan telah membina projek PPR itu lebih RM 100 juta di atas tanah kerajaan sendiri sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri pada tahun 2001. Malah pada tahun 2009 Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih RM20 juta untuk membaiki PPR itu, RM6 juta pada tahun 2017 dan tambahan RM16 juta lagi untuk menggantikan lif yang telah rosak. Meminta RM60 juta sangat tidak munasabah untuk membantu rakyat di kawasan itu. Nampak tak cara Azmin dan kerajaan Pakatan di Selangor? Sikap Kerajaan Selangor ini bukan baru.

Projek Perumahan Di Felda Soeharto Tergendala Angkara Kerajaan Selangor

3. Rakyat Selangor khususnya di Parlimen Hulu Selangor pasti amat mengingati pengumuman bersejarah YAB Perdana Menteri pada April 2010 untuk projek perumahan Generasi kedua Felda di Kampung Felda Soeharto melibatkan lebih 200 unit rumah di atas tapak seluas 12 hektar sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


4. Pada 6 Januari 2012, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri pernah meluahkan rasa kecewa dan terkilannya atas sikap Kerajaan Selangor yang tidak mengutamakan rakyat untuk memiliki kediaman lebih selesa dan lebih murah. Kata YAB PM;

"Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda, tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai sekarang.

5. Begitulah sikap kerajaan Selangor menolak permohonan itu semata-mata atas tujuan politik kerana ia tidak mahu melihat keuntungan kepada BN biarpun projek itu adalah untuk kepentingan golongan generasi kedua Felda.

6. Para penyokong pakatan menggunakan isu Perumahan Felda Generasi Kedua Kg Soeharto sebagai kegagalan BN melaksanakan projek itu. Malah Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dari PKR ketika itu (2012) menggunakan alasan kononnya tiada permohonan kecuali permohonan melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar



7. Hakikatnya kronologi Felda menunjukkan Felda berusaha sebaik mungkin agar projek perumahan ini berjaya dilaksanakan. 


8. Tindakan Felda memohon Pelupusan secara Pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara seluas 14.65 hektar di Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor bagi tapak kediaman mengikuti prosedur pengambilan tanah termasuk pematuhan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1986 bagi tanah yang diwartakan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok)1960.
"Jabatan Peguam Negara telah menyatakan bahawa bagi tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah seksyen 4 Akta yang berkenaan, tindakan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 akan hanya boleh diambil setelah kawasan tersebut ataupun bahagian yang terlibat dengan pengambilan tanah DIBATALKAN dahulu sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah seksyen 44 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960". Boleh baca



9. Namun Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor MMK ke 27/2011 melalui Kertas Exco MTES No2/21/2011 sebagaimana surat penolakan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Bil (80dlm PTUS 2C/04/246/122010 bertarikh 19.9.2011. Ia bukti Kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan PKR enggan meluluskan projek-projek perumahan di kawasan Felda di Hulu Selangor. Ia bukan Salah Kerajaan Persekutuan!






10. Seksyen 204E memperuntukkan bahawa kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan ialah di atas budi bicara Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ini bermakna jika Pihak Berkuasa Negeri membuat keputusan untuk menolak sesuatu permohonan, keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Lantaran itu projek Perumahan Felda Soeharto tidak dapat dilaksanakan hingga sekarang.


11. Kerajaan Selangor dipimpin oleh Azmin Ali pastinya akan meneruskan apa sahaja usaha untuk menggagalkan projek BN di Negeri Selangor. Jika kuasa itu melibatkan pemilikan tanah dan kebenaran merancang pihak berkuasa tempatan pastinya itu makanan mereka untuk mendera musuh mereka. Yang jadi mangsa ialah rakyat Selangor.


Captain M
27 April 2017


5 comments:

  1. Nasib lah rakyat Selangor.. Mampu tgok jer rumah.. Nak beli mmg tak mampu..bila kerajaan pusat nak tolong.. Dgn pantas kerajaan negari cantas...tahniah kepada rakyat Selangor sbb bodoh pilih pemimpin

    ReplyDelete
  2. Felda akan cari jalan lain- Shahrir

    http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/felda-akan-cari-jalan-shahrir-1.666738

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Selangor halang

    http://www.feldavoice.com/2017/04/27/projek-perumahan-felda-soeharto-gagal-terlaksana-kerana-tidak-diluluskan-oleh-kerajaan-selangor/

    ReplyDelete
  4. Negeri pentadbiran pendosa PKR Dan
    Sekutunya..Macam Pakai undang2 koboi..
    Utamakan binaan rumah urut. Premis judi,& pelacor tumbuh Macam cendawan Lepas ujan..

    ReplyDelete
  5. Negeri pentadbiran pendosa PKR Dan
    Sekutunya..Macam Pakai undang2 koboi..
    Utamakan binaan rumah urut. Premis judi,& pelacor tumbuh Macam cendawan Lepas ujan..

    ReplyDelete

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI