Sunday, 23 April 2017

SELEPAS ADAM ROSLY KINI RADAR SPRM KEPADA SHAFIE APDAL DALAM SKANDAL MARA INC & KKLW?


[Pemburuan Adam Rosly sejak setahun lalu kini sudah ke peringkat pendakwaan mahkamah. Jadi kita berehat dahulu untuk Adam. Kita mulakan langkah dengan Shafie Apdal] 

1. Pemburuan yang belum berakhir ialah Dato' Seri Shafie Apdal Bekas Menteri KKLW yang kini menjadi Presiden Parti Warisan Sabah. Sikap bongkaknya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) dan siri jelajahnya di daerah di Sabah menuduh kerajaan dengan pelbagai isu sangat menjengkelkan. 

2. Secara logiknya mana ada Menteri ketika berkuasa (Akta Fungsi Menteri & Akta Kontrak) tidak terlibat dalam sesuatu urusan. Kuasa Menteri sangat jelas. Jadi tak perlu Shafie Apdal berlakon seolah-olah bersedia untuk disiasat. Sebenarnya Shafie Apdal lebih suka dan berdoa SPRM tidak memanggilnya. Di Malaysia dipanggil SPRM salah atau tidak rakyat memberi persepsi buruk. 



3. Jadi kesediaan Shafie Apdal untuk disiasat SPRM berhubung isu pembelian sebuah hartanah oleh anak syarikat Mara Inc di Melbourne adalah untuk menyedapkan hatinya. Sama ada kes Skandal Mara Inc ini didahulukan atau mana-mana projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) KKLW lambat laun Shafie Apdal dan geng-geng kaki rasuahnya pasti ditangkap jua.

30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Masing-masing diikat jamin RM10,000.
4. Baru-baru ini SPRM mengesahkan mendapat maklumat baru mengenai siasatan kes Skandal Mara Inc di Australia. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki 19 April lalu berkata pihaknya telah memanggil 24 individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia. Siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah.


5. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad turut berkata akan memanggil individu terlibat Skandal Mara Inc mengikut keperluan siasatan termasuk bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal.

[Kisah Skandal Mara Inc boleh di baca dalam artikel Captain M sebelum ini]


6. SPRM kembali memasang radar di KKLW apabila sumber menyatakan pegawai SPRM mengambil beberapa dokumen di pejabat KKLW pada 20 April lalu. Pastinya pegawai-pegawai zaman Shafie Apdal tidak senang duduk bulan ini. Kita percaya jika pegawai lama KKLW seperti Hartaty Rahmat yang didedahkan sebelum ini ditahan SPRM banyak perkara akan terjawab di KKLW berhubung projek projek KKLW seperti BALB, BELB dan JALB. Berbilion ringgit peruntukan mereka uruskan.

Tidak kurang hebatnya ialah isu jualan tanah RISDA Artikel berkaitan;

Captain M
23 April 2017

6 comments:

  1. ikan besar pulak..Bagus SPRM tabik !

    ReplyDelete
  2. Kaya basil pakatan dgn KRONI2nya..so
    mmg wajib disiasat..

    ReplyDelete
  3. Skandal MARA Inc libatkan Apdal ?
    ramailah nanti yg Pakai Baju orange..

    ReplyDelete
  4. Camtu berkubur parti WARISAN bila
    SA terlibat..KARMA SUDAH MARI...

    ReplyDelete
  5. Padanlah dia banyak duit..lawan taukey
    Plak tu..inilah balasan org yg lupa diri..

    ReplyDelete