1. Ketika Adam menerima 6 pertuduhan di mahkamah kerana keterangan dan dokumen palsu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata pertuduhan yang dikenakan ke atas Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Adam Rosly sebagai tidak munasabah. Katanya
"Pertuduhan-pertuduhan tadi dikenakan atas Akta AMLATFPUAA 2001, itu tidak selaras dan tidak munasabah untuk dituduh di bawah AMLATFPUAA atau Anti Pengganas. Kita dan keluarga Adam akan usahakan untuk ikat jamin saudara Adam dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Sivil sebab pertuduhan yang diberi tidak setimpal dengan tuduhan (yang dibuat SPRM) sebelum ini," - Zuraida Kamarudin
2. Zuraida lupa kes Adam sebagai "Tip of the Iceberg' permulaan kepada pertuduhan terhadap Adam dan menyiasat sumber haram yang diperolehi Adam. Banyak lagi yang bakal dikorek mengenai Adam. Rumah-rumahnya, syarikat dan kenderaan mewahnya. Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib pada mulanya menawarkan RM400,000 sekiranya mahkamah mempertimbangkan untuk memberikan jaminan. Bagaimanapun Peguam Adam, Ahmad Zaidi Zainal memohon jumlah jaminan sebanyak RM150,000 kesalahan yang dilakukan tidak serius selain mempunyai pendapatan yang tidak seberapa. Mahkamah menetapkan RM300,000 sebagai jaminan dan passport dirampas.
3. Sebelum ini Rumah Disneyland Ampang Adam disita SPRM termasuk 5 buah kereta mewah milik Adam antaranya adalah Toyota Vellfire, Mercedez Benz C200, BMW 5 Series, Mini Cooper dan Audi A6, Sejumlah RM212,461.41 melibatkan lapan akaun, iaitu empat akaun Adam dan empat akaun isterinya, turut dibekukan.
4. Persoalannya dari mana wang jaminan RM300,000 itu diperolehi oleh isteri Adam, Puteri Balqis Omar? Menurut sumber nama penjamin ialah Isteri Adam yang kononnya mendapat wang saat akhir dari ahli keluarga dan penyokongnya. Semua ini gimik sahaja. Sebenarnya Adam dan Puteri Balqis mempunyai simpanan lain di luar yang disimpan oleh proksi-proksi Adam. Tidak mungkin para keluarga dan penyokong sempat menyerahkan wang jaminan sehingga jam 5.30 petang untuk jumlah RM300ribu itu. Wang itu sebenarnya telah disediakan awal.
5. Menurut sumber Puteri Balqis Omar menyediakan RM200,000 dan Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang telah menyediakan RM100,000. Zuraida walaupun menafi Adam pegawainya pasti akan menolong Adam. Dari mana Zuraida mengumpul duit sebanyak itu kalau bukan sebab rasuah bersama Adam. Mungkinkah juga ketua-ketua Ahlong dan taukeh judi turut sama membantu Puteri Balqis dan Zuraida Kamaruddin?
6. Seksyen 32 (8) dan 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA ) 2001, Adam berdepan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM 3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Apapun sebutan kes pada 25 Mei 2017 mari kita lihat apa episod seterusnya siasatan SPRM mengenai harta-harta Adam Rosly. Zuraida jangan berlagak seolah-olah dia tak terlibat. Ini baru 6 pertuduhan!
Captain M
22 April 2017
Kenapa tak tanya dari mana Latif Bandit EXCO Johor dapat RM 1juta untuk wang jaminannya
ReplyDeletepergi semak latar belakang latif bandi. Dia kaya sebelum jadi YB lagi. syarikat milik bapa dia bandi bina sdn bhd pun dah berjuta dapat projek kerajaan sebelum jadi exco lagi. apa dia nak heran 2 juta. Latif bandi membina kekayaan sejak zaman bapa dia lagi. sehingga anaknya mewarisi ketika dia dilantik exco. Adam? baru dua tahun ikut zuraida. kahkahkahakah dah kaya menyamun
ReplyDeletesiasat jangan lepas jika ada bukti...ckp mereka nie macam mereka nie Suci....tapi sebaliknya penoh mencurigakan..
ReplyDeleteApa cerita rumah Putrajaya? Kereta2 mewah yg dijual dapat sumber kewangan dari mana. Isteri, mak mertua, nenek dpt sumber kewangan dari mana?
ReplyDelete