1. Zuraida Kamaruddin MP Ampang yang sempat hadir kes perbicaraan pertama Adam Rosly, Ketua AMK PKR Ampang, Adam Rosly menghadapi enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memberi komen bongkak 6 pertuduhan yang dikenakan kepada Adam.
2. Zuraida jangan lupa SPRM sendiri memberi jaminan siasatan terhadap Adam akan diteruskan berkaitan kesalahan dibawah ASPRM 2009 dan AMLATFAPUAA 2001Jadi Zuraida jangan fikir 6 kes ini sahaja yang akan dihadapi Adam. Banyak lagi yang perlu disiasat khususnya sumber kekayaan Adam yang tidak sepadan pendapatan termasuk hubungan Adam dengan Zuraida dan Azmin Ali. Ini satu permulaan buat Adam dan Zuraida. Jadi jangan berlagak buat Mak Lampir!
Kredit infografik: 1Peluru |
3. Ada perkara menarik dari 6 pertuduhan Adam. Pernyataan dan dokumen PALSU sejak siasatan 10 dan 22 Februari membawa kepada pertuduhan mengikut Seksyen 32 (8) dan 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA ) 2001 iaitu penipuan Adam menggunakan dokumen pinjaman Ah Long.
4. Sejak Adam disiasat SPRM Adam berbohong kepada SPRM berhubung sumber pendapatannya sehingga mampu membeli rumah Banglo Disneyland RM1.2 juta di Kampung Melayu, Ampang secara tunai. Kenyataan pada 10 Februari dan 22 Februari berbeza. Secara ringkasnya seperti berikut;
10 Februari 2017
- Pinjaman berjumlah RM400,000, dari Ahlong Tan Hang Yuan “Ahlong Leo”.
- RM100,000 daripada Ahlong Ben
- RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek
- RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
- RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.
22 Februari 2017
5. Bagaimanapun siasatan pada 22 Februari Adam mengubah kenyataannya untuk menutup kelemahan dari siasatan kali pertama. Seperti berikut;
5. Bagaimanapun siasatan pada 22 Februari Adam mengubah kenyataannya untuk menutup kelemahan dari siasatan kali pertama. Seperti berikut;
- RM555,165 daripada Ah long Leo untuk tempoh dua tahun, bersekali dokumen menyokong pengakuannya, 16 kali pembayaran, 13 transaksi, 3 kali pembayaran tunai. Semuanya dokumen palsu untuk menipu SPRM.
- 2 Baucar tunai Adam atas nama syarikat Gegas Mentari Holding Sdn Bhd.
- Adam Rosly sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.
- RM80,000 pinjam dari nenek
- RM500,000 Hasil jual kereta
6. Lihat cara Adam menipu SPRM. Benarkah ibu mentuanya yang tinggal di alamat No.5 Jalan 4 Lembah Jaya Utara Ampang Selangor mempunyai wang sebanyak itu? Begitu juga nenek Adam yang kini meninggal dunia. Persoalan lain siapa Ahlong Leo yang begitu bermurah hati memberi pinjam kepada Adam sehingga RM555,165k itu? Siapa Ahlong Ben yang hilang dalam senarai? Apa hubungannya dengan Adam? Apa kriteria Ahlong meluluskan pinjaman kepada Adam? gaji tinggi atau dokumen yang menyokong pinjaman Adam kukuh? Jika sekalipun pinjaman sudah dibayar RM302,050 tak mungkin Adam tidak membayar bunga dari Ahlong yang biasanya dikenakan dalam 5% hingga 10%. Dari mana Adam memperolehi wang membayar wang Ahlong itu? Begitu banyak persoalan jika ia benar.
7. Adam tidak mungkin dapat memalsukan dokumen pinjaman daripada Ahlong tanpa berpakat dengan Ahlong. Jadi Ah long Leo adalah satu kuncinya untuk menyediakan baucer atau dokumen palsu bagi mengesahkan Adam mendapat pinjaman wal hal itu adalah wang Adam sendiri. Jika benar Adam membuat pinjaman kepada Ah long maka adalah adalah benar desas-desus selama ini Zuraida Kamaruddin, Adam Rosly dan Azmin Ali melindungi melindungi rangkaian ketua-ketua 'Ahlong' dan taukeh judi di Ampang juga di Selangor selama ini.
Artikel berkaitan Zuraida melindungi taukeh judi dan Ah long boleh dibaca:
PUKUL PEMANDU LORI AKIBAT AZMIN MB SELANGOR DAN ZURAIDA AMPANG LINDUNGI TAUKEH JUDI HARAM DI AMPANG?
Captain M
21 April 2017
Parti kesipuan Rakyat
ReplyDeletePatutlah..kawasan ampang ni bersepah banner Ah long.. Hari ni..buang..esok muncul.lagi..maklumlah orang kuatnya nenek lampir zuraidah ada belakang..ah long..baru faham...
ReplyDelete