1. Azmin Ali dan rasuah tidak boleh dipisahkan. Sejak beliau berkhidmat bersama Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1995 siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (Kini SPRM) sudah dilakukan terhadap beliau dan isterinya Shamsidar Taharin. Namun oleh kerana Anwar Ibrahim mengarahkan kes itu ditutup maka Azmin Ali terselamat.
Siasatan terhadap Azmin Ali dan Shamsidar bukan baru. Kedudukan Shamsidar sebagai isteri Azmin pasti banyak memberi kelebihan kepada keluarga Azmin dan adik-beradik Shamsidar |
2. Kini Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang berkuasa. Tugasnya ialah membelanjakan Rezab Selangor yang dikumpul oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini. Tidak ada pencapaian membanggakan Azmin Ali. Selaku budak Anwar Ibrahim tugas beliau ialah terus "merembat" untuk keluarga proksi dan pegawai kepercayaannya.
[Baca di sini:]
i. RAHSIA AZMIN TERBONGKAR LAGI, PEGAWAI KHAS MB SELANGOR LEBIH KAYA RAYA DARI ADAM ROSLY AMPANG
ii. AZMIN TERPAKSA MENIPU UNTUK 'DIVERT' ISU RASUAH PEGAWAI KHAS DAN PROKSINYA ADAM ROSLY DISIASAT SPRM!
iii. TERBONGKAR! AZMIN KERAHKAN ADAM ROSLY DAN BUDAK HILMAN YANG KAYA PROJEK SELANGOR PERTAHANKANNYA DARI DEMO JAMAL YUNOS?
3. Begitu banyak yang berlaku di zaman Azmin Ali dari penukaran status lot tanah 68054 Paya Indah Wetlands, balak Selangor, penjualan SPLASH, DEIG, pintu gerbang dan kini Dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Shamsidar, anak dan keluarga dapat projek
dan tanah Selangor?
4. Anda boleh bayangkan jika Hilman Idham pegawai khas Azmin Ali dan juga Adam Rosly boleh kaya raya kerana Azmin apakah anak, adik-beradik Shamsidar atau keluarga lain tak kaya? Anak saudara Azmin dipanggil 'boy' pun sudah bertukar kereta kepada Jaguar. Anak-anak gaya mewah, 'clubbing' setiap malam malah bercuti dengan jet ke London sebelum emak Azmin meninggal dunia. Adik beradik Shamsidar dikhabarkan sudah memiliki tanah-tanah Selangor. Tidak hairan adik-beradik Shamsidar bertambah kaya-raya. Shamsidar sudah menjadi penentu kepada siapa projek Selangor boleh diberi. Besar pengaruh Shamsidar sekarang!
5. Kenderaan mewah yang dimiliki Azmin Ali pun didapati atas nama syarikat dan abang Shamsidar. Semakan menunjukkan hanya dua kenderaan sahaja atas namanya. Kenderaan Toyota Camry 2.5V bernombor BBM3 pernah menjadi isu berhubung status nombor itu satu ketika. BBM3 adalah nombor kereta BMW 325i yang pernah disiasat SPRM suatu ketika. Nombor ini dipindahkan kepada Toyota Camry. Setakat ini dalam rekod terbaru BBM3 masih belum dipindahkan ke kenderaan lain.
6. Netizen pernah kecoh tentang dakwaan Azmin Ali memiliki Ferrari F430 Scuderia berharga RM1.9 juta. Sumber memaklumkan kereta Ferrari ini bernombor AL14. Semakan mendapati AL14 didaftarkan atas nama Jamil Taharin abang Shamsidar. Tidak mungkin keluarga Shamsidar kaya-raya melainkan dakwaan sebelum ini Shamsidar memiliki berjuta saham dan harta. Namun mengejutkan AL14 tidak didaftarkan atas Ferrari tetapi kenderaan lain. Ini satu penipuan sama ada kenderaan klon atau lari dari membayar cukai. Apatah lagi didakwa sindiket sedemikian pernah berleluasa di Negeri Perak.
7. Satu lagi kenderaan mewah yang biasa digunakan Azmin Ali sering kelihatan di rumah Azmin Ali ialah sebuah Range Rover Sport V8 Supercharge. Didaftarkan atas nama sebuah syarikat iaitu Softbox Sdn Bhd beralamat di No 6-1 Jalan 3/4A Desa Melawati Kuala Lumpur. Apa hubungan Azmin Ali dan Shamsidar Taharin dengan syarikat Multimedia ini? [Kita perincikan kemudian].
Dapat projek kementerian |
8. Azmin Ali juga memiliki kenderaan Toyota Vellfire nombor pendaftaran WRJ8383. Semakan menunjukkan ia didaftar atas nama Syarikat Qaswa Auto Sdn Bhd dimiliki keluarga Azmin Ali. Dari mana mereka sumber kekayaan ini? Azmin dahulu hanya seorang bekas penjawat awam dan Ahli Parlimen Gombak. Hanya sekarang sebagai Menteri Besar.
9. Ingat Farhash Wafa Salvador? bekas Presiden Anwar Ibrahim Club UK yang dikaitkan sebagai jambu Anwar. Seorang yang sado dan dilantik sebagai Pegawai Khas Anwar. Azmin Ali pernah melantik beliau sebagai Pengarah Urusan Qaswa Auto Sdn Bhd atas arahan Anwar Ibrahim.
10. Sumber pejabat Wan Azizah berkata wujud semacam kartel monopoli projek di pejabat Menteri Besar Selangor sekarang. Terdiri dari anak-anak muda seperti Hilman Idham yang dibentuk oleh Azmin. ia turut melibatkan keluarga Azmin Ali. Tidak mungkin Adam Rosly (AMK Ampang), Zainol Abidin Mohamed (AMK Gombak) dan Hilman Idham kaya raya mendadak.
11. Selepas Adam Rosly dipanggil SPRM, ada baiknya SPRM memanggil Hilman Idham, Zainol Abidin Mohamed dan ahli keluarga Azmin Ali yang disyaki kaya luar biasa. Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang yang juga berkuasa terhadap semua Projek PBT Selangor juga wajar disiasat. Setakat ini Hilman hanya membuat kenyataan sendiri SPRM menutup kesnya.
#RasuahAZMINMBSelangor
#sokongSPRMsiasatAzmin
Captain M
22 Mac 2017
Azmin dan shamsidar dua nama yang kini kembali muncul bersama. Shamsidar ni memang kaya. Punya saham. Adik-beradik dapat macam-macam. Harta Azmin dan Shamsidar banyak dipindahkan atas nama mereka.Moga kebenaran muncul jua.
ReplyDeleteYeay.tq tq.lol..sick fuck
ReplyDeleteHarta yang haram tak berkat...dah lama tahu dari ummi hafilda..samsidar ni dikongsi dgn nuar peliwat..waktu jadi menteri kewangan... Mana tak banyak duit..biarlah..mereka rasa hidup atas duit yang tak berkat tu boleh buat mereka bahgia.. Lantaklah..ingat..Allah sentiasa melihat dan memerhati..kalau ada kes..sprm..tak boleh diam jer..kan...
ReplyDeletekaya sendiri saja macam mcam boleh beli cuba beli tempat katneraka ada kosong kut
ReplyDeleteCaptain M, bodoh lah kau ni. Apa nak jadi lah masyarakat and poilitk fitnah Kat Negara ni, Al14 tu Alia bini Jamil and Ada run continental car workshop Kat Desa Melawati, dah dekat 20 tahun. Ferrari tu been there since at least 15 years ago with Jamil. Model pun salah, nak fitnah pun bagi lah intelligent sket, insulting le buat cerita Kat org kampung pun kedai kopi pun dah tak nak dgr cerita2 berbayar mcm ni. You are sick man
ReplyDeletekenapa tulis kt blog je? tak report polis dan sprm ke?
ReplyDeleteazmin kn pembangkang, konfirm2 laju je kena cekup ni
tapi tak de la pulak