Monday 20 March 2017

ISTERI LIM GUAN ENG BUKAN SAHAJA DI PCCC TAPI PENGARAH SYARIKAT BERSAMA PHANG LI KHOON PEMILIK BANGLO MURAH. HEBAT!



1. Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.

2.  Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?





3. Hari ini Lim Guan Eng mungkin sedang bergembira kerana Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung 27 Mac ini ditangguhkan bagi menunggu keputusan rayuan pihak pembelaan untuk mencabar keputusan yang mengisythiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah. Lim Guan Eng takut berhadapan dengan kesnya maka beliau sengaja melengahkan kes dengan segala cara.

4. Tapi senyuman Lim Guan Eng diganggu dengan terdedahnya dokumen baru Betty Chew isterinya adalah rakan niaga kepada Phang Li Khoon penjual banglo rumah murahnya. Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Apa agaknya kepentingan Betty Chew dengan Phang Li Khoon yang juga rakan seangkatannya sebelum ini dalam PCCC. 




5. Apakah ini tujuan sebenar Betty Chew dalam PCCC dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah untuk menguasai ketika projek hartanah di Pulau Pinang? Begitu mudah bersama Phang Li Khoon sebagai Pengarah syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. 

6. Sememangnya sangat jelas ada 'Conflict of Interest' di situ iaitu suaminya sebagai Ketua Menteri dan Exco Hal Ehwal Tanah yang juga terlibat dalam urusan pembelian banglo Phang Li Khoon serta meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd milik Phang Li Khoon. 

7. Kerana kepentingan inilah Lim Guan Eng dituduh dengan 2 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). 

8. Lim Guan Eng sudah pening bertambah pening. YB Yeo Bee Yin yang berlagak pandai akhirnya jadi "senjata makan tuan'. Menjolok sarang tebuan akhirnya sendiri merana!.




3 comments:

  1. Orang suka fitnah DAP. Nanti masuk neraka.

    ReplyDelete
  2. AKU SOKONG LIM GUAN ENG..SEMUA NYA FITNAH BELAKA....

    ReplyDelete