Wednesday, 8 March 2017

NGO LAPOR SPRM RASUAH SHAFIE APDAL PROJEK PAIP PULAU GAYA HAMPIR RM100 JUTA GAGAL MANA KENYATAAN MEDIA SPRM?




1. 2 Februari lalu Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) diketuai oleh Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai rasuah dan salah laku Shafie Apdal.



Kredit Video: Suara TV

2. Hari ini sekali lagi GAUM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Artikel yang dirujuk adalah dari Captain M 



3. Datuk Zulkarnain Mahdar mendesak SPRM menyiasat apa yang ditulis dalam blog 'Captain M The Great Soldier' bagi penyalahgunaan dana dalam projek tersebut yang tendernya dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Malah projek bernilai RM100 juta tersebut yang bermula pada Disember 2011 dan sepatutnya siap pada September 2015 masih bermasalah dan bekalan air gagal disambungkan kepada penduduk yang disasarkan. Dengan peruntukan sebanyak itu, Rakyat ingin tahu kenapa ia gagal. Beliau memohon agar SPRM menyiasat dan PAC memanggil Shafie Apdal berhubung kes itu. 


PAC SIASAT! PASTI SPRM JUGA AKAN SIASAT

4. Media yang menyiarkan berita ini ialah :


5. Sebenarnya himpunan rasuah Shafie Apdal boleh dibaca di sini ;



Persoalannya mana Kenyataan Media Rasmi SPRM?

6. Laporan rasuah Shafie Apdal oleh GAUM ini dilakukan hari ini. Dalam tempoh 24 jam ini belum ada lagi kenyataan media dari SPRM mengesahkan menerima laporan Rasuah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Pulau Gaya atau Sabah? Belum ada lagi terma "Bekas Menteri" "Ahli Parlimen Sabah" dan "Presiden semua parti tempatan Sabah". Ada sesiapa nampak sebagaimana yang dilakukan terhadap laporan kepada Tan Sri Annuar Musa?sebagaimana mana contoh di bawah?

Tiada pula cara seperti ini dilakukan oleh SPRM. Tertunggu-tunggu juga jika perkara sama dilakukan. SOPnya memang begitu? UMNO BN, Pemimpin Kerajaan & penjawat awam perlu tapi kalau pembangkang tidak perlu?

7. Kita berharap jika Datuk Rohaizad Yaakub masih Pengarah Komunikasi Strategik SPRM mohon tukarlah. Cukup-cukuplah. Tengoklah dia memilih-milih kenyataan media yang perlu dia lakukan. Lagipun dia memang pro pembangkang sejak dahulu. Sentiasa bias. Buat apa simpan lama.



8. SPRM berkampung di Johor saja nampaknya bila pula isu Selangor seperti SMUE dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) hendak memulakan siasatan? Sudah berbuih Dato' Sri Jamal Yunos tu nampak dalam sidang media dan turun naik bangunan SPRM. Tak mungkin tiada langsung kesalahan dari Pengurus Besar Yawas yang MUFLIS!. Paling tidak pun buka kertas siasatan.


Captain M
8 Mac 2017

2 comments:

  1. untung shafie apdal. keturunan kenyang sampai mati

    ReplyDelete
  2. Itu semua bukan rasuah tetapi derma untuk menegakan Islam dan melawan DAP

    ReplyDelete