Friday, 17 March 2017

ISTERI LIM GUAN ENG DALAM DEWAN PERNIAGAAN CINA DIPILIH RAKYAT? KENAPA DAP MARAH ROSMAH PENAUNG PERMATA?



1. Panas Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila Datuk Rizal Mansur mendakwa Setiausaha Agung DAP itu dilantik sebagai pengerusi eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang walaupun bukan seorang pakar pengurusan air. 

2. Apa salahnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah selaku Yang di-Pertua kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia (BAKTI) menjadi Penaung Permata? Tugas-tugas BAKTI juga adalah sebahagian tugas rasmi Isteri Perdana Menteri. Tidaklah menjadi kesalahan untuk menjadi Penaung Permata. Tugas penaung tidak punya kuasa eksekutif sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang membolot semua perkara.


3. Ternyata walaupun Lim Guan Eng punya kes dibicarakan di mahkamah kerana rasuah, Lim Guan Eng tetap tidak mahu meletak jawatan apatah lagi bercuti. Tidak ada satupun ADUN-ADUN DAP yang layak menggantikan Lim Guan Eng malah melantik mereka mempengerusikan GLC negeri pun tidak layak. Begitu sekali Lim Guan Eng perlekehkan Adun DAP berasal dari Pulau Pinang. 

4. Tapi macam biasa Lim Guan Eng sentiasa sentap. Katanya beliau tidak harus dibandingkan dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jawatan yang dipegangnya. Hal ini kerana beliau dipilih oleh rakyat, manakala Rosmah sebaliknya. 
“Saya pegang jawatan kerana saya Ketua Menteri dan jawatan Ketua Menteri dipilih oleh rakyat.  
“Rosmah tidak dipilih oleh rakyat, beliau bukan wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan. 





5. Mungkin Lim Guan Eng terlupa pada tahun 2015, isterinya Betty Chew dilantik oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu. Hanya kerana kontroversi, Betty Chew menarik diri daripada menganggotai organisasi tersebut. Coverlah konon! 



6. Persoalannya adakah tugas isteri Ketua Menteri, Betty Chew untuk menjadi AJK PCCC terutama menjaga hal pembangunan, pembinaan dan pengurusan hartanah ketika itu? Adakah kerana mahu mengawal projek jualan tanah dan hartanah Pulau Pinang yang dijual berbilion ringgit di Pulau Pinang?

7. Tugas sebagai AJK PCCC itu dipilih oleh rakyat ke? Tak mungkin PCCC melantik tanpa tiada sebab kepentingan!



8. Umum mengetahui kunci kekuatan Lim Guan Eng dalam ekonomi Pulau Pinang ialah Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun. Kini Datuk Seri Choot Ewe Seng sebagai Presiden PCCC sejak tahun 2012. Tan Sri Tan Kok Ping dilantik sebagai Penasihat Eksekutif PCCC 


9. Jun 2016 tahun lalu ketika jaminan RM1 juta kes Lim Guan Eng puak-puak Tan Sri Tan Kok Ping inilah yang membayar wang jaminan Lim Guan Eng. Ahli Kongsi Gelap macam Tan Kok Ping hanya perlu berdehem untuk semua syarikat yang pernah berurusan Lim Guan Eng menolongnya. 


10. Phang Li Khoon pemilik banglo Guan Eng sahabat baik Betty Chew juga adalah jawatankuasa dalam PCCC. Malah Firma guaman penjualan rumah Banglo Phang Li Khoon turut dikaitkan dengan Betty Chew. 


9. 27 Mac 2017 adalah tarikh perbicaraan rasuah Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon. Makin dekat bicara makin cuak Lim Guan Eng 








Captain M
17 Mac 2017

1 comment: