Thursday, 29 December 2016

SIAPA BONGKAR RAHSIA BESAR KAKI "CLUBBING" KETUA ARMADA PPBM TERLIBAT SKANDAL SEKS?

Sumber gambar: Media sosial- Dengan tercetusnya kisah Syed Saddiq kembali bermakna lengkaplah sudah Skandal Presiden, Srikandi dan  Ketua Armada. Betapa bersihnya pemimpin PPBM. Khairuddin dan Anina mahu Muhyiddin membersihkan nama Presiden. Rakyat mahu tahu!

1. Sehari selepas Anina berkata punya kunci dan hanya TEKAN BUTANG dia mampu merosakkan semuanya "..saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua..."

2. Masih ingat dengan kisah Syed Saddiq Clubbing ketika kecoh menjawab isu "Clubbing' satu ketika sehingga beliau terpaksa mengaku ya beliau memang gemar berkunjung ke Clubbing khususnya ketika berada di luar negara dalam pertandingan debat. Ia bukan sahaja berlaku di Filipina malah di Jerman juga.  Apakah isu clubbing itu punya cerita belakang tabir yang tersembunyi? Ada cerita lain kita tidak ketahui?

Ketua Armada PPBM yang hebat! Yang inikah bakal menjadi ikutan?


3. Kini kira-kira 18 jam lalu satu page FB North Borneo Paparazzi memuat turun print screen Skandal Ketua Armada PPBM. Berkisar kepada pendedahan Haiyan Ugba mantan Pembantu Anina Saadudin dalam Facebooknya yang memaparkan perbualan mesej seseorang yang menyebut nama Syed Saddiq juga Mohd Rafiq  Naizamohideen 







4.  Bagaimanapun perkongsian pendedahan ini oleh sebuah akaun Facebook bernama ‘Hafizi Harris‘ telah mempercepatkan viral kisah inbox rahsia itu ke dalam media sosial. 

Asas posting ini lalah satu pertanyaan dan pencerahan agar SYED SADDIQ memberi jawapan

Menjadi perdebatan panjang dalam facebook Hafizi

5. Bukan hanya Hafizi Haris sahaja yang berkongsi posting page North Borneo Paparazi itu. 



6. Perkongsian portal TV14 dengan tajuk MUNCUL PULA SKANDAL “BLOW THE HORN” PEMIMPIN PPBM? mempercepatkan lagi penyebaran berita mengenai Syed Saddiq Ketua Armada PPBM ini. 



7. Rentetan itu Haiyan Ugba individu yang dikatakan memuat turun status itu membuat penafian BAHAWA BUKAN DIA yang menulis kenyataan facebook itu. Haiyan juga membuat laporan polis agar siasatan dilakukan segera. 



Laporan polis Haiyan Ugba

6. Dalam satu respon Syed Saddiq di Facebooknya  "Dalam dunia Politik, terdapat banyak manusia jijik yang hanya berani untuk melemparkan fitnah sambil berselindung disebalik Haiyan Ugba akan buat laporan polis"



7.  Apapun yang berlaku sekalipun penafian itu dilakukan oleh Haiyan Ugba dalam posting Facebooknya paling utama ialah pendedahan mesej rahsia itu yang memaparkan gambar serta pengakuan dalam perbualan itu. Isu yang penting ialah kebenaran perbualan inbox rahsia itu ketika clubbing. Boleh jadi ada pihak yang hanya mahu menggunakan nama Haiyan Ugba memandangkan beliau sudah terkenal lebih awal dan dengan menumpang nama Haiyan maka lebih cepat ia tersebar. Tujuan utamanya adalah viral yang cepat dan pantas!

8. Syed Saddiq sepatutnya sekali lagi memberi penjelasan bahawa individu atau kumpulan orang dalam gambar bukanlah dia atau rakan-rakannya SKANDAL “BLOW THE HORN" itu bukanlah dia!. kENAPA PERLU TERTUMPU PADA PENYEBARNYA?  

9. Sudah tentu mesej itu sedang berlegar di media sosial melalui beberapa individu. Jika tidak disebar atas nama Haiyan tentunya atas orang lain. Ini mencerminkan moral dan akhlak pemimpin PPBM. Betapa buruknya mereka sehingga terpaksa menerima Pemuda kaki "Clubbing" Presiden Skandal isteri orang dan Ketua Srikandi "Kaki Seks". 

10. Atau Syed Saddiq memberi respon betapa seperti ada perebutan kuasa dan pangkat dalam PPBM. Bukan sahaja Presiden dengan Timbalan, Ketua Srikandi dan juga Ketua Armada yang sekarang punya persaingan dengan Mohd Rafiq Naizamohideen. Bukankah polemik itu telah ada sekarang?

11. Lebih tepat PPBM memang sedang dalam masalah. Apakah Anina Saadudin sedang membuka kunci perlahan atau sedang menekan BUTANG KUNCI mana-mana yang dia ada? Sama-sama menanti.


Wednesday, 28 December 2016

VIDEO PENDEDAHAN KENAPA ANINA DIPECAT & SERANGAN TERBARU ANINA KEPADA MUHYIDDIN SELEPAS DIPECAT



1. Selepas dipecat Anina meneruskan kontroversi menyerang Tan Sri Muhyiddin. Sebelum ini Datuk Seri Khairuddin orang kepercayaan Tun M menggesa Muhyiddin membersihkan namanya skandal dengan isteri orang. Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu. 



2. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November dan dipecat 25 Disember lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya

3. Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan. Ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara pemecatannya  kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden. 


"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," katanya.
4. Pendedahan Skandal Seks Anina adalah faktor besar pemecatan Anina namun tidak disangkal sikap Anina yang suka mendabik dada, sombong dan mahu menentang Mukhriz dibelakang tabir mempercepatkan lagi pemecatan itu. Bagi Mukhriz tentu ini peluangnya untuk meranapkan Anina yang bercita-cita besar sebagai Ahli Parlimen Langkawi. Pendedahan audio dan video kesombongan Anina seperti video di atas mula tersebar siapa Anina sebenarnya.

5. Perang Anina terhadap Muhyiddin dan Mukhriz mungkin akan lebih menarik lagi selepas ini.


Tuesday, 27 December 2016

BARU "ROUND 1" BELUM 4 KALI PANCUT, SKANDAL ANINA SUDAH MULA MERUNTUHKAN PPBM- SYABAS ANINA!



1. Tiga bulan parti PPBM atau kurang 100 hari didaftarkan Skandal Anina menampakkan kesan keruntuhan awal PPBM. Seperti kata Anina "hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,"



2. Bermula dengan permainan layaran perbualan seks whatapps Anina, pancutan 4 kali (jadi tagline), beberapa audio seks Anina, info grafik Anina dan satu gambar menampakkan Anina serta belakangnya di sebuah hotel. Pemberitaan kecoh dari blog masuk ke portal seterusnya pick up media cetak Sinar Harian akhirnya merebak dengan cepat. Musuh-musuh Anina yang pernah Anina Peralatkan guna duit membayar rumah, kereta dan perbelanjaan Anina sebaiknya digunakan. Pengakuan Toyboy dan kaki seks oleh Haiyan Uqba Pembantu Khasnya menambahkan kepercayaan rakyat. Kenyataan Facebook dan komen para mantan Pembantu Anina sangat berkesan sekali memberi tekanan kepada Anina dan pucuk pimpinan PPBM. Pemain-pemain blog dan media sosial memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang mereka dapat dari pelbagai sumber. Mereka adalah pejuang sebenar Anina tumbang!


Siapa TOYBOY?

Sumber Gambar: media sosial

SUMBER GAMBAR: MEDIA SOSIAL- Mempercepatkan polemik dan viral Anina ialah kebencian bekas pegawai dan rakannya. Yang pernah guna wang bayar rumah, kereta, belanja dll atas faktor janji Anina nanti jika beliau
mendapat jawatan penting. Akhirnya semua mereka ditinggalkan. Toyboy Anina masih ikut ke?

3. 'Setting' serupa itu menghasilkan impak yang besar, persepsi yang melebar masuk ke kampung-kampung hingga ke Langkawi kawasan tempat kelahiran Anina juga desakan pada pucuk pimpinan tertinggi parti. Anina buruk dengan Skandal Seks. Kelemahan Anina terbesar ialah menjawab skandalnya selepas paparan blog menggunakan Facebook sebagai Skandal Seks Adalah Lumrah orang politik tanpa penafian serta Laporan Polis sebagai fitnah terhadapnya. 

Sebelum ini tiada satu media cetak yang pick up isu Anina. Hanya bermain di media sosial sahaja. Sinar Harian pembuka kepada isu ini lebih meluas. Malah para mantan pegawai Anina dan musuh Anina dalam PPBM mengunakan Artikel sinar sebagai serangan bertubi-tubi pada Anina. Isu sebegini pasti merosakkan Srikandi PPBM. Pilihan yang ada ialah pastinya Tun Mahathir dan Muhyiddin menyemak bukti-bukti termasuk rakaman video Anina yang sudah terkeluar dan yang belum terkeluar. Tentunya beri kesan jika ROUND 2 berlaku. Kesan buruk kepada PPBM pasti sangat berat. Langkah terbaik menyingkir Anina secara teknikal

4. Mana mungkin Anina sebelum dilantik Ketua Srikandi dilihat sebagai seorang yang lantang mengkritik PM, menyaman Presiden UMNO di mahkamah malah mentalqinkan Najib di Langkawi menjadi kecut membuat laporan polis menepis Skandal seksnya. Jadi fikiran rakyat amat mudah bertumpu benarlah dakwaan itu.

5. Nampaknya belum pun Round 2 Anina dan PPBM runtuh. Baru Round 1, Mereka akhirnya ditunjukkan satu persepsi rakyat betapa parti baru itu caca marba, berebut kuasa, mengaku pemimpin PPBM tiada kualiti, kaki pau, kaki skandal seks, rasuah politik dan segala macam lagi. 

6. Sedangkan bukti lain untuk Round 2 iaitu beberapa video dan audio serta gambar masih belum lagi dipaparkan di media sosial. Nampaknya biarlah ia disimpan menunggu PRU14 nanti. Pasti menarik kalau-kalau Anina menjadi calon Langkawi. Namun nampaknya Mukhriz Mahathir yang mengintai ruang di Langkawi lebih bijak dari Anina. Beliau membiarkan Anina ditikam oleh persepsi rakyat di Langkawi.  


7. Sudah dijangka Skandal Seks Anina bakal mengorek semula kisah skandal Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee Siew Yee isteri Stanley Clement Augustin seorang peguam dan bekas timbalan pendakwa raya apabila Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal kerana memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu kelihatan adil bersih dan saksama. Katanya Muhyiddin tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya.

“Jika Skandal Seks Anina Ketua Srikandi PPBM viral di media sosial; rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan tuduhan kes skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dulu,” - Khairuddin. 

8. Kisah Skandal Muhyiddin lebih jelas kerana berdasarkan akuan berkanun (SD) yang ditandatangani  memperincikan tindakan seksual fizikal oleh suami Nika Gee. SD itu juga telah diakui secara rasmi ke dalam mahkamah dalam kes perceraian mereka juga. Huraian yang terperinci seperti dalam portal Malaysia-today.net. Tentunya suami Nika Gee seorang peguam berhati kental untuk mendedahkan rasa malu kes melibatkan isterinya ini.





9. Skandal Seks Anina dan Muhyiddin berbeza tetapi ada satu persamaan iaitu kedua-duanya Anina dan Muhyiddin tidak menafi skandal mereka tetapi menjawab dalam Facebook secara berbunga-bunga sebagai tuduhan. Anina tidak melaporkan kepada polis atau menyaman pembantunya yang melabelkannya sebagai kaki seks dan punya Toyboy. Begitu juga Muhyiddin tidak melaporkan kepada PDRM atau menyaman Raja Petra juga pembuat SD suami Nika Gee Stanley Clement Augustin. Mengapa? takut dan benar?

10. Ternyata hanya satu cuitan pada PPBM yang kurang 100 hari itu sudah bergoncang. Lebih santai UMNO dan BN hanya makan pop corn menonton drama PPBM dan Khairuddin. Elok Mahathir mengambil kira pegawai saranan pegawai kesayangannya Khairuddin;

“Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku,”  
“Majlis tertinggi parti mesti mengambil pendekatan tegas ke arah membersihkan imej parti yang semakin tercalar kebelakangan ini,”
Amacam PPBM Muhyiddin kena turun? Belum pancut 4 kali dah makin melemah!

Sumber gambar: Media sosial- Namun adakah kisah Anina akan terhenti selepas Anina digugurkan? atau ada lagi yang menarik?

Saturday, 24 December 2016

KERAJAAN PUSAT SEPATUTNYA MERAMPAS SPLASH & PENGURUSAN AIR SELANGOR BUKAN BAGI MUKA PADA AZMIN


Menteri patut mencabar Azmin Sekarang. Tarikh ambilalih Splash tamat Oktober lalu malah sudah menghampiri hujung tahun 2016.  Dah hilang telur ke Menteri ni. Kalau Azmin boleh guna kuasa mengapa Kerajaan Pusat tidak bertegas menggunakan kuasa?

1. Walaupun hampir RM1billion Azmin Ali belanjakan untuk Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masalah air di Selangor dan Lembah Kelang pasti tidak akan selesai.

2. Pada 12 September 2014 Kerajaan Persekutuan dan Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sebuah entiti baharu yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi. Sejumlah RM 9.13bilion dimuktamadkan

3. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).

4. Manakala Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyediakan peruntukan RM1.68 bilion bagi memudah cara pengambilalihan syarikat konsesi iaitu SYABAS, PNSB dan ABASS oleh Air Selangor Sdn Bhd selaras dengan MoU dan HoA Air Selangor. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan memindah milik aset air kepada PAAB secara pegangan pajakan selama 45 tahun dengan jumlah peruntukan yang sama.

5. PAAB juga akan mengambil alih liabiliti syarikat konsesi dan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS dan PNSB yang dianggarkan berjumlah RM7.45 bilion. 

6. Kemudian, PAAB akan memajakkan aset air yang sudah diambil alih kepada Air Selangor yang akan membayar sewa pajakan kepada PAAB pada kadar yang akan dirundingkan kedua-dua pihak dan dimeterai melalui Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Pajakan.

7. Air Selangor Sdn Bhd pula akan diberikan lesen perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA (Akta 655) bagi membolehkannya menjalankan aktiviti merawat dan mengagih air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Tetapi apa terjadi? SPLASH tidak berjaya di ambil alih!


Selagi ada kepentingan selagi itulah masalah air Selangor tidak akan selesai

8. Sehingga tarikh akhir tamat 7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Malah sehingga kini nampaknya polemik itu berpanjangan. Kisah kepentingan Azmin dan Splash yang dijual RM250.6 juta menjadi RM2.7Bilion boleh dibaca di sini. Klik 1, klik 2, Klik 3

9. Pada Mei lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dilaporkan bernada keras sebagai berkata bahawa kerajaan pusat mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016. Sesuatu yang Azmin Ali takuti.

10. Namun Maximus menjadi lemah lembut dengan berkata Kerajaan Selangor perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," kata Ongkili. Kerajaan Pusat sepatutnya sekarang merampas dan ambil alih menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006).



11. Sehingga ke hari ini pengambilalihan Splash dari Gamuda terus melalui jalan buntu. Azmin menjadi bingung kerana pembayaran RM2.7b kepada Splash bakal menjadi isu. Komisen RM400 juta kepada PKR sekiranya urusniaga itu diteruskan dan RM 200 juta lagi diberikan diberikan kepada Anwar secara peribadi untuk gerakan politiknya terdedah. Azmin menjadi bingung sama ada ikut bosnya dalam penjara atau membiarkan sahaja!




12. Lihat sahaja keangkuhan Azmin Ali. Masalah air Selangor dan Lembah Kelang parah dia masih berpolemik dalam menyelesaikan masalah air. TNB selenggara 16 jam pun masalah air boleh tergendala selama 6 hari. Jika tiada tekanan rakyat rasanya isu ini akan lebih berlarutan. Malah rakyat yang menentangnya diugut dan perniagaan disita. Kerajaan pusat sepatutnya bertegas dengan mamat bernama Azmin Ali ini. Masalah air tidak selesai sehingga tarikh yang ditetapkan. Masalah ini akan berlarutan selagi SPLASH tidak berjaya diambil alih. 

Masalah bermula dari Kerajaan Negeri tapi rakyat protes dianggap lebih bodoh
dari haiwan 


13. Kesungguhan kerajaan Pusat menyelesaikan pertikaian pengurusan air sehingga menyuntik dana kepada kerajaan negeri malah meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) adalah bukti keseriusan kerajaan Pusat mengutamakan kebajikan rakyat dalam isu air. Malah Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Projek LRAL2 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Datuk Menteri Besar Selangor terus memantau perkembangan projek LRAL2. Tapi Selangor isu Splash pun tidak selesai!!!

Apapun isu Tuala Jamal telah mempercepatkan penyebaran betapa Selangor tiada air!

Captain M
24 Disember 2016

Wednesday, 21 December 2016

KONTRAK BIOMETRIK ANAK MENANTU MUHYIDDIN BAKAL DIBATALKAN?




1. 16 Disember lalu Kerajaan memberi kata dua kepada pihak pembekal biometrik agar memperbaiki sistem biometrik di pintu-pintu masuk negara mengikut spesifikasi yang ditetapkan jika tidak mahu perkhidmatan mereka dibatalkan. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam soal itu kerana perkhidmatan terbaik seharusnya diberikan untuk rakyat.

“Walaupun Jabatan Imigresen sedar perkara ini berlaku dan berusaha memperbaiki dari semasa ke semasa tetapi kami telah sampai ke tahap ditolak ke dinding yang mana kita tidak boleh terima lagi perkhidmatan yang dilakukan oleh pihak pembekal berkenaan"



2. Captain M pernah mendedahkan isu ini pada 11 Oktober lalu dalam entri MUHYIDDIN BUKAN SAJA SAPU RM4BILION #BESTARINET YTL TETAPI BOLOT JUGA 'BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA KEPADA MENANTUNYA? DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI?. Kata dua TPM kepada syarikat pembekal iaitu Nexbis Sdn Bhd pasti menggusarkan syarikat itu. tan Sri Muhyiddin dan menantunya mungkin masih bergoyang kaki kerana sudah menerima komisen dari projek itu.


3. Pada tahun 2011 kerajaan telah meluluskan kontrak Biometrik secara konsesi kepada Nexbis Sdn Bhd selama 12 tahun hingga 2023 (Bermakna baki kontrak dalam 7 tahun). Dokumen RAHSIA Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing-Pendatang Asing Tanpa Izin mengesahkan syarikat Nexbis Sdn Bhd sebagai syarikat yang diperakukan. Anda boleh melihat sendiri bagaimana Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet meluluskan kertas kabinet untuk manfaat menantunya. Nexbis Sdn Bhd dibayar hampir RM1billion iaitu  RM912 juta dan cara kutipan levi dilakukan.




4. Captain M menjangkan kontrak Nexbis Sdn Bhd milik menantu Muhyiddin pasti ditamatkan berdasarkan kelemahan sistem itu. Kelemahan sistem biometrik Nexbis sudah dikesan sejak 2011. Malah sistem yang digunakan itu dikatakan telah gagal dibeberapa negara. Bagaimanapun kerana syarikat itu satu ketika mempunyai kabel besar jadi tidak mungkin ditamatkan. Namun kali ini dibawah Menteri KDN Dato' Seri Zahid Hamidi pasti akan berlaku. 

5. Apakah ini akan memberi ruang kepada pesaing lamanya iaitu Datasonic Group Berhad satu lagi syarikat yang sekarang mendapat kontrak mencetak MyKad dan juga passport? Datasonic adalah syarikat yang tewas disaat akhir kerana kabel Nexbis Sdn Bhd ialah Muhyiddin Yassin yang lebih berkuasa. 

Saingan ketat Nexbis Sdn Bhd ialah Datasonic Group Berhad. Bagi syarikat Datasonic Group Berhad anda boleh mengikuti perkembangan cerita
syarikat ini dalam Page Jeneral M (Perang Cip)

6. TAHNIAH TPM kerana berani bertindak tegas. Jangan lindung. Mereka nilah pembiaya kempen Muhyiddin nanti. Buang je...

Friday, 16 December 2016

PANAS! PEMBANTU ANINA DEDAH RAHSIA ANINA KUAT SEKS & KENAL SIAPA TOYBOYNYA. PERANG DALAM PPBM SUDAH BERMULA SINGKIR ANINA?



Pendedahan isu skandal seks Anina yang menjadi kecoh sejak beberapa hari ini sebenarnya bermula dari pendedahan Pembantu Peribadinya. Ikuti perbincangan 
dalam Blog Captain M





1. Dua hari ini nampaknya Isu Skandal Seks Anina Saadudin Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  mewarnai dunia media sosial. Perkataan trending sekarang ialah "Salam 4 kali". Bermula dengan pendedahan sebuah laman blog bernama KAMIKAZENEWS yang dikongsi oleh portal Tv14, selain didedahkan oleh blog pembangkang seperti milosuam Amenoworld, dan beberapa blog lain. Anina pada 15 Disember 5.23 petang melalui kenyataannya dalam Facebook Anina Saadudin didapati tidak membuat sebarang penafian secara umum sebaliknya menyifatkan tuduhan skandal seks dengan “4 kali klimaks” itu sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan berpolitik.

“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia. Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks. Sabarlah kerana jika kita hendak mencuci jamban, sudah pastilah kita perlu terkena kotorannya juga. Jika tidak bagaimana nak cuci jamban”.



2. Kemana hilangnya singa betina Anina Saadudin? Dulu dia pernah hina Tuan Guru HAdi Awang, hina Islam malah keberaniannya sehingga menyaman Presiden UMNO seakan tenggelam dibalik madah jawapan Anina yang sepatutnya beliau melaporkan kepada pihak polis dan bersedia menyaman pihak yang mendedahkan skandalnya jika itu tidak benar. Mengapa Anina takut? atau ada sesuatu yang Anina sembunyikan?.

Tentu lebih pedih bila media seperti Sinar Harian turut memetik berita ini. Apa lagi Anina tunggu melainkan melaporkan kepada pihak polis. Kebenaran harus didedahkan.

SKANDAL SEKS DIDEDAHKAN OLEH PEMBANTU PERIBADI ANINA SAADUDIN?

3. Ada yang berkata permainan sudah bermula. Bagi Anina dan pasukannya beliau menuduh ini semua kerja UMNO sebagaimana pendedahan Skandal Seks Tan Sri Muhyiddin Yasin Presiden PPBM bersama Nika Gee bekas isteri seorang peguam. Anina merasakan dia difitnah. Ada pula yang berkata ini tentulah episod permulaan peperangan dalaman PPBM antara Hamida Osman, Hamizura Osman dengan Anina Saadudin. Merekalah yang menyebarkan peperangan dalaman PPBM ini.

4. Captain M akan bangkitkan dua perkara pertama ialah pendedahan yang dilakukan oleh bekas Pembantu Peribadi Anina bernama Haiyan Uqba (nama facebook) dan kedua ialah perang dalaman antara Anina dengan penggerak PPBM di Langkawi seperti Amar Pared yang menumbuhkan musuh serta perebutan kuasa dalam kepimpinan Srikandi PPBM.

Sebahagian kandungan 196 rahsia Anina ini
sudah terdedah?



Ketua SRIKENCING!

Akrabnya Anina dan Haiyan Ugba sebelum ini



Kepercayaan Anina kepada Pegawai Politiknya Fazli Mohamad dan Haiyan Ugba Pembantu Peribadi.

5. Bagaimanapun Haiyan Ugba dalam posting terbarunya hari ini 16 Disember 2017 dalam Facebook membuat penjelasan dan menceritakan siapa sebenarnya Anina Saadudin Ketua Srikandi PPBM itu. 

Katanya "PPBM perlukan Ketua Srikandi yang ada KREDIBILITY bukan NAFSU JAWATAN & SEX YANG TINGGI". 
"Kalau korang rasa benda skandal seks ini fitnah.. Suruh lah Ketua Srikandi Anina Saadudin buat report polis. Buat sumpah laknat terus.. Jangan sembang je" 



Haiyan Ugba tahu siapa Toyboy Anina Saadudin. Haiyan menyimpan rahsia itu. jadi bukan UMNO yang dedahkan tetapi pegawai Anina Sendiri yang muak dengannya.
ANINA FITNAH AMAR PARED SEBAGAI GAY!


6. Anina dikatakan bermulut lancang sehingga petugas PPBM di Langkawi mengamuk dengan Anina. Hamizura yang mengintai jawatan Srikandi PPBM turut menyindir Anina. Katanya tak perlu bergaduh masa buat kerja dan dah ramai tahu!



Anina tuduh Amar Pared Gay. malah Adam Mukhriz admin KCD turut mengata Anina sebagai KAKI KENCING! benarkah Amar Pared Gay?

Perang Amar Pared terhadap Anina Saadudin







7. Jadi jelas pendedahan Skandal Seks Anina Saadudin Ketua Srikandi PPBM ini bermula dari Pembantu Peribadi Anina dan musuhnya dalam PPBM itu sendiri. Apa yang sampai dalam media sosial tentu akan menjadi bahan netizen tidak kira parti mana.  Jadi apakah anda menunggu gambar, transkrip whatsapps, audio dan video? nantikan sahaja pasti akan keluar. Katanya banyak lagi! Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu! Beranikah Anina melaporkan kepada pihak polis skandal ini atau politiknya bakal terkorban nanti?


Jom memerhati...

Captain M
16 Disember 2016