Monday 30 January 2017

MAHATHIR PEMIMPIN "MAKSUM" DIA TIDAK PERNAH BERSALAH SEPANJANG HAYATNYA!'

GENG BUNGE MEMUJA MAHATHIR SEORANG MAKSUM. MAHATHIR PUN MENGAKU DIA TAK PERNAH BUAT SALAH SEPANJANG 22 TAHUN  JADI PM

1. Ya jika mengikut kefahaman penganut ajaran Mahathir "Geng Bunge" sememangnya Mahahir seorang yang "maksum" lebih mulia dari mana-mana Nabi. Ya Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai PM tidak pernah buat salah jauh sekali dari melakukan kesilapan. Anak kaya-raya bukan salahpun itu hak dia sebagai bapa beri semasa jadi PM. 


488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-Anaknya 
boleh dibaca di sini


2. Mahathir amat pasti masuk syurga kerana haji orang lain adalah haram, orang dapat BRIM kaki rasuah malah menghina Rasulullah SAW menjadi permainan bibirnya sejak dahulu seperti janggut nabi, nabi tiada Gillette, nabi tiada pisau cukur jadi nabi tak bercukur termasuk nabi tiada RM2.6 bilion dalam akaun dan zaman nabi tiada 1MBD sambil bergelak ketawa dengan cina kafir DAP.

3. Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii. Tapi semua itu tak apalah. Mahathir tetap seorang maksum. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah. Tak apalah geng bunge kata ini hal peribadi.

 4. Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi. Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll. Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti. 

Apa sahaja yang Lim Kit Siang suarakan tahun 1984 dan 1986 menyalahkan Mahathir bukanlah salah sekarang. Mahathir juga secara automatik menjadi maksum jika bersekongkol dengan DAP. Sama-sama hikpokrit
sebagai amalan mulia ke syurga nanti. 

30 tahun terus kekal menjadi misteri....

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kata Mahathir  "Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. Siapa salah Mahathir atau Musa Hitam?






Tidak salah letak adik ipar sebagai Pengerusi Tabung Haji. Senang nak buat kerja.

Mahathir tahun 1998 guna Petronas Bail-Out syarikat anaknya Mirzan Mahathir Konsortium Perkapalan Berhad.Semua ini tidak salah. Hanya Mahathir saja seorang kat Malaysia ni boleh buat. Orang lain tidak boleh. -Poster: SEMUT



Kisah Opcom baca di sini. Apa sahaja Boboi mahu pasti dapat. Malah jadi MB Kedah pun Boboi dapat atas pengaruh Mahathir. Boboi betul-betul anak bapa. Sekarang jadi Timbalan Presiden Parti Bersatu atas ehsan Mahathir. Boboi memang tiada kelayakan. semua kerana bapak. Masa dalam UMNO dulu bertanding pun kalah. Mahathir tak salah. Dia masih maksum lagi. 


5. Pasti rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016. Berbakul seranah. Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain). 

6. Ia perjanjian berat sebelah kerana harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic , lima tahun naik, lima tahun naik. Jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan maka pampasan perlu dibayar RM 2.9b. JIka ada perundingan semula dengan syarikat konsesi maka terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.







7. Akhirnya.. Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi. Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang ditandatangani zaman Mahathir menguntungkan kroni tu bukan salah Mahathir.



8. Dengan semua yang berlaku, Percayalah Geng Bunge masih tetap memuja dan berkata Mahathir maksum tidak pernah bersalah. Mahathir adalah ahli syurga.


Captain M
30 Januari 2017

12 comments:

  1. Salahkan Najib..PM pertama masukkan berbillion duit curi dalam akaun peribadi. Rakyat tanggung hutang 1mdb, rakyat hilang kepercayaan. Takde kena mengena dgn mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM telah mengesahkan mac 2016 akauan bukan rasuah dan bukan dri 1MDB. kamu mesti tidur lama. kahkahakah

      Delete
  2. Setuju. Memang tidak kena dengan Tun Mahathir, cuma capt M nak tutup dosa MO1 dan menegakkan benang basah.

    ReplyDelete
  3. Dosa apa yang komen 2 orang atas tu cakap...dosa..Najib...weii sekarang zaman..berteknologi tinggi weii...semua maklumat hujung jari... Dulu..waktu Tun..bolehlah.. Cover cover...sekarang kau silap sikit..siaplah kau..so kalau betul Najib berdosa... Mana bukti...kukuh ke..atau bukti mulut air liur jer..jadi orang biarlah cerdik sikit..apa yang kamu iri sangat dgn Pm najib...kalau dia bersalah PAC dah buktikan tiada kesalahan... Ag pun..SPRM pun..kalau ada bukti report polis jgn tuduh sana tuduh sini...tak takut k dosa..bila pulak nak minta maaf kan Pm kan..

    ReplyDelete
  4. Bukti telah di OSA kan. Juga telah dibuktikan dalam mahkamah Singapura.

    ReplyDelete
  5. Dah sah2 disenaraikan segala perilaku TM pun korang nk ajukan pada PM ksg jugak ka? Sudah2 la dik oii dosa sedia ada pun xtertanggung inikan pula dosa memfitnah..cina dap nk korang berpecah..TM nk kuasa dia kekal..PM Najib nk uruskan negara yg kucar kacir sgk ni...korang jgn la mudah percaya dgn pembangkang dik..,setiap makhluk pasti ada dosanya..tapi jgn diri sendiri nk himpun koleksi dosa dgn fitnah ni dik oii...,bkn nk sokong sesapa kalau dah dibuktikan salah ttp salah..tapi PM Najib dah terbukti xbersalah isu 1mdb sengaja dimainkan DAP yg sengaja kucarkacirkan anak2 melayu..dan mereka telahpun ketahui sikap melayu yg mudah terikut ikut dan percaya tanpa usul periksa...sbb tu mudah sgt2 DAP nk buat kerja untuk jatuhkan pimpinan Islam skg ni...harap kembali la sokong umno yg sedari dulu xda masalah sebelum timbul pembangkang yg hanya mahu kuasa dgn memfitnah..,penang dan selangor dah jadi contoh apa yg pembangkang buat utk rakyat??? Terima kasih la sebab diroboh gerai melayu dirampas barang niaga nasi lemak 50 bungkus pun dilempar,parkir MBPP sampai tengah malam disamannya lagi dek penguatkuasa..tanah melayu dirampas diam2,rumah melayu diroboh,tanah PPRT dirampas..banyak lagi salah laku Pembangkang...tolong la tolong laa kalau korang sayangkan Agama Bangsa & negeri/negara Islam ni..tolong laa jangan sesekali pecaya dan sokong pembangkang PH....sekali diberi undi selamanya melayu kan hilang kuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalah pembangkang tak akan menang pilihanraya... paling tidak pun kekal dengan kerusi bodoh mereka 87.....BN akan kekal memerintah. Kamu hanya juara keyboard saja.

      Delete
  6. Tak ada disenaraikan pon RM 2.6 bilion dalam akaun Mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang jamil bang jamil..madu 3 ni mmg putar alam..ok..cuba cari info..kat goggle cerita pasal Bank Negara Malaysia forex..zaman Tun..kita kerugian..hampir..100 billion..dah.baca info dr rosly..tapi soros hanya untung 1.2 billion..bukan..100 atau 99 billion..habis..baki hamapir.98 billion tu mana hilang..memanglah tak ada kat acc Tun..dia letak sana sikit Afrika sikit St Miguel sikit...tak pe..kalau Allah tu..nak bukak aib dan rahsia Tun kejap..jer..cuma.sabarlah..dan doalah.. Tp..bagi pendapat saya..nak siasat bukan mudah sbb.ramai yang dah tak wujud lagi dan ada yang strok ke apa ke..maklumlah dah berdekad..tapi dgn izin Allah..INSYAALLAH.. Akan tahu juga tak kat dunia kt sana

      Delete
  7. Hari-hari pendedahan captain M, hari-hari juga pemimpin umno ditangkap terlibat rasuah. Tahniah sprm.

    ReplyDelete
  8. Bila lagi SPRM nak siasat Mahathir dan keluarga ini.

    ReplyDelete