Saturday 7 January 2017

MENGAPA SPRM MENANGKAP KSU KKLW BARU? SEDANGKAN SHAFIE APDAL, KSU LAMA DAN PEGAWAI KKLW LEBIH RASUAH DAN KAYA RAYA DIBIARKAN!


Apakah ini strategi SPRM? Kunci memasuki KKLW dengan menangkap KSU KKLW. Sedangkan Kes rasuah KSU KKLW yang lama dan para pegawainya sejak Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW jauh lebih teruk. SPRM mesti menyiasat semua
pegawai KKLW yang terlibat

1. Belum sempat pun Menteri KKLW Dato' Sri Ismail Sabri dan Datuk Mohd Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bekerjasama dengan SPRM mendedahkan salah laku rasuah projek infrastruktur Bekalan Air Bandar (BALB) Sabah melibatkan dana RM3.3bilion, SPRM sudah mencekup KSU KKLW terlebih dahulu. Ada sesuatu di KKLW!

2. 10 Oktober lalu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata akan memberi kerjasama SPRM dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah. Kini sekali lagi kerana kes KSU, Menteri membuat pengakuan untuk memberikan kerjasama kepada SPRM tetapi melibatkan KSU yang beliau bawa sendiri dari Kementerian Pertanian. 

3. Walaupun terdapat tuduhan mengenai kes rasuah ketika beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor dahulu dalam sebuah blog, SPRM menyatakan telah merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terlibat dalam rasuah. Apakah itu?

4. Menurut sumber SPRM, pihaknya memperoleh dokumen berkenaan selepas melakukan serbuan di pejabat Datuk Mohd Arif Ab Rahman di Putrajaya 7 Januari lalu. Kontraktor dan vendor yang telah dianugerahkan kontrak daripada Datuk Mohd Arif Ab Rahman KSU  akan dipanggil selepas pihaknya meneliti dokumen yang dirampas itu.

5. Sumber dalaman SPRM mendedahkan, beberapa pegawai dan kakitangan KKLW akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM turut mengesahkan perkara tersebut.

6. Nampak tak cara SPRM memasuki KKLW? sejak sekian lama mengintai Datuk Mohd Arif Ab Rahman sebelum di KKLW mereka memerangkapnya sekarang. Mengapa sejak beliau bertugas di Selangor dan sebagai KSU di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) beliau tidak ditangkap? Mengapa di KKLW? Tidakkah rasuah juga boleh berlaku ketika di MOA dulu?

7. Jawapannya SPRM memang sengaja memasuki KKLW termasuk menyelongkar segala kes melibatkan para pegawai KKLW yang sedang dan yang telah berpindah ke Kementerian lain. KKLW adalah lubuk rasuah. Ramai pegawai KKLW dari KSU lama, TKSU, SUB hingga juru teknik kaya raya sejak melaksana projek NKRA Luar Bandar dari tahun 2010. Tidak hairanlah agensi teknikal seperti Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang disalurkan dana KKLW Pengarah serta pegawainya kaya raya. Cuaklah semua pegawai KKLW yang lama dan baru sekarang. 


Sistem penurunan kuasa di KKLW katanya masih diteruskan di KKLW. Menteri berkuasa menentukan siapa diberi projek, KSU, TKSU menguasai Lembaga Perolehan A/B dan Menteri mengarahkan siapa pegawai yang menandatangani kontrak bagi pihaknya. Jadi yang masuk dahulu oleh SPRM ialah pegawai. Sistem ini jugalah yang mengkayakan KSU, anak-anak mereka dan pegawai-pegawai yang taat serta bersekongkol dengan KSU. Klik sini

Para pegawai KKLW dari KSU hinggalah TSUB sangat memahami sistem ini di KKLW. Tak mungkin ia dapat diubah serta merta. Saling memberi manfaat. 


SPRM sepatutnya menahan Datuk Seri Ibrahim bekas KSU KKLW. Juga hidup mewah. Sekarang pegawai SUB Kewangan pasti melaksanakan sistem yang sama di KKLW. Tangkap mereka ini. Bukan sahaja kes ketika KSU KKLW yang baru malah kes KSU yang lama juga akan dibawa. Kalau Dato' Arif bodoh maka beliau seoranglah yang akan masuk perangkap!.
Lain-lain di sini

8. Captain M sudah mendedahkan lama bagaimana Shafie Apdal Menteri KKLW menggunakan semua pegawai KKLW. Rasuah secara berjemaah mereka ditutup secara licik. namun gaya hidup mereka tidak dapat disorokkan di mata umum termasuk mendedahkan kekayaan dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram.  Namun SPRM hanya memandang rendah informasi yang didedahkan. Jika 12 tan dokumen disiasat dalam kes rasuah air di Sabah bayangkan berapa banyak dokumen boleh dirampas di KKLW?

9. Tidak mungkin rasuah terbesar Sabah melibatkan Jabatan Air Negeri Sabah atau apa sahaja menggunakan peruntukan KKLW tidak melibatkan Shafie Apdal, KSU, TKSU, SUB, TSUB dan beberapa orang lagi pegawai KKLW ketika itu! Menteri sebagai pemutus, KSU sebagai pelaksana. Belum masuk lagi rasuah di Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melaksana projek Jalan Luar Bandar (JALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). 

10. Captain M paparkan beberapa artikel yang mendedahkan bagaimana rasuah Shafie Apdal dan juga para pegawai KKLW.

a) SHAFIE BERSEKONGKOL RM114 juta?
b) BUKTI DOKUMEN SHAFIE APDAL MENGAWAL SEMUA PROJEK KKLW TERDEDAH! RASUAH BEKALAN AIR LUAR BANDAR RATUSAN JUTA TERBONGKAR
c) PENYALAHGUNAAN PERUNTUKAN INFRA AIR KKLW RM3.3B DI SABAH HANYA 'TIP OF THE ICEBERG'
d) SHAFIE APDAL 'TERKENCING": PEGAWAI KANANNYA SO1 & SO2 BAKAL DICEKUP SPRM UNTUK DEDAH RASUAH KKLW?
e) AKHIRNYA PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH & BEKAS TIMBALAN PENGARAH JANS "DIKANDANGKAN" SEKALI
f) KP BARU SPRM TANGKAP RASUAH TERBESAR DI SABAH. APA STATUS SKANDAL MARA INC DI AUSTRALIA LIBATKAN SHAFIE APDAL?
g) BUKTI BARU! SONGLAP DANA RM3.3B, SHAFIE APDAL 'KAYAKAN' PEGAWAI KKLW UNTUK BERI PROJEK KEPADA PROKSINYA ?
h) SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW. BILA SPRM HENDAK SIASAT PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA?
i) WANG PEKEBUN KECIL PUN SHAFIE APDAL ROMPAK INIKAN PROJEK KKLW YANG DIA & PEGAWAINYA SELEWENG!
j) GEMPAR PEMANDU KESAYANGAN SHAFIE MENGAKU: WANG ZAHIDA RAFIK YANG LESAP HASIL PROJEK KKLW! ZAHIDA KALAH KES SAMAN MALU RM150,000
k) KEJUTAN MENGGEGARKAN: DR NAJMIL AKAN DEDAH RAHSIA SHAFIE APDAL ASALKAN DIA DAPAT JAWATAN PENTING DI FELCRA!
l) LAGI LUBUK BUAYA SABAH DIGEMPUR SPRM- BEKAS MENTERI SANGKUT?
m) SIAPA PEGUAM NAIB PRESIDEN PARTI WARISAN SABAH BERSEKONGKOL LESAPKAN RM15.5 JUTA WANG RAKYAT MILIK RISDA?



11. Kunci rasuah Shafie Apdal di KKLW adalah KSU, TKSU, SUB Kewangan, SUB Infrastruktur, SUB Teknikal, TSUB (Infrastruktur), TSUB (teknikal), Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS), Ketua Pengarah, CEO Badan Berkanun dan GLC. Sesiapa juga KSU KKLW yang dilantik ketirisan akan berlaku sama ada kerana kuasa menteri, KSU atau pegawai KKLW. 

12. Ini kerana amalan rasuah di KKLW sudah menjadi budaya dikalangan mereka. SPRM juga patut memburu mereka yang dulu bersama Shafie Apdal tetapi kini berkhidmat di Kementerian dan agensi lain. Jika mereka ini ditangkap seluruh KKLW akan runtuh! Jika SPRM benar-benar serius membasmi rasuah di KKLW, maka pegawai ketika Shafie Apdal berkuasa harus ditangkap, serbu rumah mewah mereka, sita harta dan beku akaun mereka (ada juruteknik KKLW sahaja- akaun peribadi RM600k). 

13. Jika tidak percaya tangkap mereka ini. Pasti banyak lagi perkara terdedah.


SPRM perlu siasat Datuk Seri Ibrahim KSU KKLW kesayangan Shafie Apdal dahulu, TKSU, SUB Infrastuktur, SUB Teknikal Yang kini menjadi Pengarah JKR Kelantan (Kaya Raya), TSUB Infrastruktur yang kini Pegawai di KeTTHA, Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kini CEO Yayasan Mara, Bekas Setiausaha Sulit (Kini Pegawai Seranta Felcra). Mereka ini semua tahu urusan Shafie Apdal dahulu. Mengapa pula di zaman Ismail Sabri hanya KSU baru ditahan? SPRM buktikanlah siasatan jangan berpilih-pilih. Masa SHAFIE APDAL terang-terang rasuah dan pegawai kaya raya. Apa SPRM buat? Mereka ni semua kaya raya melampaui kemampuan sebenar mereka. Kenapa SPRM tak serbu, tahan, beku akaun dan lain-lain lagi. Malah kerana takut ada kalangan mereka Instagram terus ditutup!. 


Mengapa SPRM tidak memanggil dan menyiasat mereka? sedangkan semua urusan dokumen mereka adalah orang pertama menguruskan kepada Menteri dan mengarahkan KSU. Selanjutnya di klik disini


Terang-terang Asli Jati Engineering Sdn Bhd diberi projek oleh Shafie Apdal Projek Bekalan Air Luar Bandar di Tenom Sabah. Kenapa SPRM tidak menyiasat dokumen ini di KKLW? malah selepas Shafie Apdal keluar parti Datuk Peter Anthony yang kekal jadi Proksi dilantik sebagai Naib Presiden Parti Warisan. 



Apa tindakan SPRM mengenai rompakan wang RISDA ini. Klik sini. Mengapa Ketua Pengarah RISDA yang lama tidak disiasat? bukankah Pengerusi RISDA yang baru telah melaporkan polis sejak Mac lalu? 

Ir Tn Hj Razani seorang lagi mantan Setiausaha Bahagian Teknikal KKLW wajar disiasat. Kini Pengarah JKR. Beliau dikatakan bukan sahaja hidup mewah malah ada pegawai bawahannya berstatus juruteknik pun kaya raya mempunyai akaun ratusan ribu ringgit serta punya kereta mewah. Tidak mungkin SPRM tidak dapat mengesan akaun dan juga aset-aset mereka.  Semua urusan teknikal tender Projek infrastruktur KKLW dilakukan oleh SUB Teknikal. 
Projek yang siap dibina dan projek yang gagal disiapkan teknikal diuruskan oleh SUB Teknikal. Selanjutnya klik di sini


Mengapa SPRM tidak menyiasat dan memanggil Norhartaty Binti Rahmat dulu TSUB Infrastruktur KKLW kini di KeTTHA. Banyak urusan projek diurus oleh pegawai ini dahulu. Tinggal mewah di Bangi, bercuti di luar negara ditanggung kontraktor KKLW. Shafie Apdal sangat percaya dengan pegawai ini. Sila klik 

14. Jadi kita mencabar SPRM agar menyiasat dan menangkap pegawai-pegawai KKLW yang melakukan rasuah sejak zaman Shafie Apdal sebagai Menteri. Apakah semasa Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas bagi menyiasat rasuah VIP tak pernah ditemui fakta Shafie Apdal melakukan rasuah? Sedangkan jelas Shafie menggunakan kuasanya untuk merompak duit rakyat. Menggunakan semua pegawainya. Tangkap bekas pegawainya, cari mereka semua ke lubang cacing pasti ditemui. Jangan hanya Datuk Mohd Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha (KSU) KKLW yang baru sahaja yang kena wal hal ramai kalangan mereka merompak lebih lama!


Captain M
7 Januari 2017








5 comments:

  1. Blogger dah mengalahkan polis & sprm la pulak..kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. Blogger ni bukan sebarang blogger..dia ni sebenarnya tahu banyak maklumat sbb tu sengaja disebarkan melalui blog..kalau Sprm tak bertindak malulah..sbb bukti dah diberi cuma tunggu masa jer..pegawai sprm..sibuk ni jgn kacau.. Satu persatu..dulu..sabar..siapa yang rasush dah panas bontot..dah tahu duit haram..dah tu berlagak bagsi tunjuk kat insta...kita sabar dan tunggu..kat dunia tak kena..kat akhirat tak boleh lari tu jer

    ReplyDelete
  3. Mungkin tak ada orang suruh SPRM sisat Si Bedal dan kroni kot..tu yang Sprm tak siasat.. Apakata Captain M pg opis SPRM buat aduan rasmi sambil tunjuk semua bukti yang ada..mungkinlah..SPRM diaorang tak baca blog diorang siasat bila ada aduan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana blogger berani nak buat report..apa yg disembangnya belum tentu betul.

      Delete
  4. Captain M..Sgt details ulasan Tuan..saya bekas kontraktor BALB 2010 yg mkn tulang..isi dimakan oleh pegawai KKLW..mohon pihak Tuan panjangkan kepada SPRM dgn kadar segera..sy akn bantu

    ReplyDelete