Monday 9 January 2017

MUFTI PERLIS TIDAK DISAMBUNG KONTRAK KERANA SKANDAL ZAKAT IKRAM UNTUK DANA PEMBANGKANG?

Beri lesen kepada IKRAM untuk kutip di negeri tetapi IKRAM juga pergi kutip zakat di negeri lain guna lesen Perlis. Apa hubungan Dr Maza Mufti Perlis
dengan IKRAM

Zakat Perlis Diguna Untuk Dana Pembangkang?

Baru-baru ini, terdapat beberapa Facebooker yang tidak berpuas hati dengan cara majlis agama Perlis mengutip zakat di luar negeri Perlis. Mereka tidak berpuas hati kerana zakat ini dikutip oleh sesetengah NGO dan tentulah ini tidak mendapat keizinan daripada Pusat Zakat negeri-negeri terbabit.




Negeri lain bising dengan pengutip tidak bertauliah. Adalah pula yang tauliah Perlis tapi ambil zakat guna lesen Perlis di negeri lain.

Salah satu NGO yang dikatakan menerima lesen besar ini adalah IKRAM yang merupakan wajah yang dibentuk selepas pembubaran Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jemaah IKRAM ini susur galurnya berasal dari Islamic Representative Council(IRC) yang dibina oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom di sekitar tahun 70-an. Tidak dinafikan bahawa lepasan-lepasan yang ditarbiyah oleh IRC ini menjadi orang kuat di Universiti-universiti awam dan dalam bidang politik juga mereka mencorakkan pelbagai situasi politik sehinggalah ke hari ini. Dalam PAS dulu ramai golongan dari JIM ni namun sekarang menyertai PAN kerana kecewa dengan PAS.



Hubungan Istimewa Dr Maza dan IKRAM 

Bagi sesetengah aktivis gerakan Islam terutamanya PAS mungkin agak pelik melihat hubungan akrab antara Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan IKRAM. Reputasi Dr Maza agak sohor di kalangan pengkaji gerakan Islam di Malaysia terutamanya PAS, kerana belau sering dikaitkan dengan tertegaknya tanzim PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) dan juga sayap-sayap PAS di Jordan. Zaman perubahan antara IRC dan PAS berlaku di zaman Dr Maza di KIK. Malah, ada yang mengatakan beliaulah hero yang "menghapuskan" IRC di KIK. 




Oleh itu, adalah amat menghairankan bahawa Dr Maza "hero" perang IRC-PAS di KIK dijemput untuk merasmikan Muktamar IMSA-MISG di Texas, Amerika Syarikat disebabkan oleh MISG merupakan sayap IRC di US buat sekian lama. Dan ini amat menghairankan kenapakah Dr Maza dijemput untuk satu upacara besar seperti ini oleh pihak MISG.

Oleh itu, persoalannya, adakah benar Dr Maza bersama dengan PAS seperti yang pernah diwarwarkan oleh ahli-ahli jemaah PAS Kampus ataupun beliau juga seperti sesetengah tokoh dalam PAS yang berkiblat kepada IRC-JIM-IKRAM tetapi bertukar baju untuk survival "politik" setelah mendapati jemaah PAS di KIK yang pasti menang? 

Dr Maza dan PAN / IKRAM

PAN dan IKRAM Adik Beradik

Perlu diingatkan bahawa bekas Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Yunus adalah Naib Presiden PAN. Begitu juga beberapa pimpinan PAS yang dikenalpasti bekas pimpinan IRC sejak zaman tarbiyyah mereka di UK juga telah menyertai PAN.

Oleh itu, tidak hairan bahawa IRC-IKRAM selain daripada kumpulan Mat Sabu mempunyai tangan yang kukuh untuk mencengkam PAN dan mereka bakal menentukan hala tuju PAN terutamanya dalam menghadapi PRU ke 14. Kumpulan ini tentulah dipandang lebih intelek dan profesional jika dibandingkan dengan kelompok Mat Sabu yang lebih marhainis dan mungkin dari segi kelulusan tidaklah setinggi dengan bekas-bekas IRC yang mana ada di antara daripada mereka sudah bertahap berkelulusan PhD.

Maka, tidak hairanlah bahawa kumpulan IRC-JIM-IKRAM ini mempunyai matlamat yang besar untuk mendominasi "politik Islam" melalui PAN setelah gagal dalam grand design mereka untuk menguasai PAS.


IKRAM, NGO Diberi Mandat Untuk Mengutip Zakat Perlis

IKRAM merupakan salah satu organisasi yang diberikan izin oleh pihak MAIPs untuk mengutip zakat. Namun yang membimbangkan adalah tuduhan bahawa IKRAM juga mengutip zakat di luar negeri Perlis. Dan sebagai amil, maka IKRAM juga sebenarnya berhak mendapat peratusan daripada zakat ini yang bukan sedikit jumlahnya. Dengan melihat hubungan IKRAM dan PAN, adalah bahawa wang hasil zakat ini bakal digunakan untuk menjanakan aktiviti politik PAN. Amat memeritkan jikalau rakyat termiskin di negeri Perlis kelaparan tetapi PAN pula yang disusukan. 

Dan melihat hubungan antara Mufti negeri Perlis, Dr Maza dengan gerakan ini, tentulah amat kurang manis dan ini amat memerlukan pemantauan yang lebih khusus terutamanya daripada Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama di Negeri Perlis. Kita tidak mahu institusi agama Negeri Perlis dijadikan batu loncatan kepada ketamakan politik sesetengah pihak tanpa mempedulikan kemurnian wang zakat dan juga kemaslahatan rakyat marhain dan termiskin di bumi tercinta ini.

KIMB Milik IKRAM! 

MAIPs dan Dr Maza hendak nafi apa lagi. KIMB memang milik IKRAM. Sila rujuk disini

Dr Hj Ahmad Zainudin Abdullah AJK Pusat IKRAM Pengerusi KIMB adalah AJK Komuniti Korporat. Sila rujuk di sini

Laman rasmi IKRAM pun mengakui KIMB adalah satu dari Institusi milik IKRAM.
Rujuk di sini di bahagian capaian

Jelas hubungan Dr Maza Mufti Perlis ini dengan Ikram, KIMB dan PAN. Mohon pihak tertentu menyatakan kepada TuanKu serta pimpinan Perlis agar jangan dipelihara Musang Berbulu Ayam. Buruk padahnya!


Captain M
9 Januari 2017

15 comments:

  1. Alo blogger,
    Dedah sana dedah sini, penjawat awam berkiblatkan umno juga yang paling ramai ditahan sprm. Ketua menteri pun tak terlepas. Najib kena tekanan antarabangsa akibat kes songlap & rasuah berleluasa di malaysia sampaikan ringgit jatuh menjunam, yg kena tangkap anak buah. Bukan ketua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo brader. Ni cerita hal-ehwal agama. Nak cerita hal-ehwal politik gi la page politik!

      Delete
  2. pegi la tangkap M01..banyak lagi isu yg besar yg harus diberi perhatian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi isu besar... pendedahan ni salah satu la nih bengap.

      Delete
  3. Yang dok melalak pasal isu 1MDB dan kononnya Najib songlap wang ni korang ada bukti sahih ke tidak? Dok bab aqidah korang boleh anggap remeh. Aku cukup marah bila ada manusia CELAKA dok sembang hebat tapi bila minta bukti semua buat muka SIAL.
    Isu zakat ni adalah isu aqidah dan agama tetapi nampaknya isu dunia juga yang menjadi keutamaan pada manusia hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab2 memfitnah tu isu agama x? Xde bukti 1MDB? Banyak sangat

      Delete
    2. apa maksud bukti. pengakuan atau dokumen..atau kedua2nya. Bagai mana jika dokumen boleh dibakar atau pengakuan saksi boleh di halau/bunuh/penjarakan...adakah pesalah dikira tidak bersalah..?kalaupun memang dia melakukan jenayah

      Delete
    3. Urusan kamu ialah mencari bukti...jika tiada ia masalah kamu untuk percaya atau tidak. selagi tiada keputusan mahkamah dan menjadikan bersalah.

      ketika Anwar dibebaskan kamu kata mahkamah adil.ketika anwar salah kamu kata mahkamah tidak adil

      begitu juga kes ini. jadi serahlah. apa yang dipaparkan blog ini ialah bukti KIMB adalah IKRAM dan mufti bersekongkol. cara tidak salah biarlah ada pihak yang melaporkan kepada SPRM...siasat

      Delete
  4. penjawat awam ni siapa memerintah pun dia akan kekal sebagai penjawat awam. Dekat selangor pun ramai... kat penang pun ramai. tak atau tidak saja.

    ReplyDelete
  5. Hang ni bodoh piang.

    ReplyDelete
  6. betul ke ni?

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2014/11/25/lhdn-sekat-ke-luar-negara/

    ReplyDelete
  7. Tugas kita menghasut...PENGAKUAN kumpulan penghasut PAKATAN

    ReplyDelete
  8. Menipu je ko ye keje. Bagus lah tu kalau kutip zakat diluar perlis.. Hanya undang2 tak dibenarkn.. Tapi dalam islam itu tkde apa2 jika utk keperluan asnaf sesama islam.. Ppz collect dh bldekat 650juta. Tapi apa yg nampak.. Bangunan tinggi baru, van baru, semua benda baru. Pusat zakat negeri lain tk semewah kl dan selangor.. Tk salah kalau bantu dinegeri lain dan diharuskn jika negeri lain ada kekurangan. Lain kali benda ni jgn buat main. Baik update pasal 1mdb ke.. Bengong

    ReplyDelete
  9. Profile blogger takde, artikel tidak boleh dipercayai ...

    ReplyDelete
  10. minta dr maza saman kt mahkamah..apa nk takut. time bidaah org no 1. kutip zakat neg org ikut dalil mana

    ReplyDelete