Saturday 28 January 2017

TERBUKTI SEMUA SKANDAL MAHATHIR 'MENGKAMBING HITAMKAN' SIAPA YANG DIA MAHU!





[ Nota: Dedikasi buat para pegawai, dan ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa kezaliman Mahathir Mohamad. Alfatihah buat keluarga Jalil Ibrahim Jabatan Audit Dalam - Penolong Pengurus Besar BMFL]


1. Sejak Mahathir menjadi PM 1982-2004 (22 tahun) ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. 4 % sahaja sejak 22 tahun jadi pemimpin drakonian. Syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

2. Sesiapa yang melawan akan dihumban ke dalam ke dalam lubang penjara Mahathir. Masa depan mereka gelap. ISA digunakan untuk menutup mulut kawan dan lawan. Itulah Mahathir. Siapa tidak kenal.  Maha Firaun!

3. Ada satu persamaan yang kita dapat kesan dari semua skandal Mahathir ketika dia berkuasa sebagai PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan diri. Paling penting ialah "mengkambing hitamkan" sesiapa sahaja dia mahu dari kawan, orang politik dan pegawai kerajaan /GLC yang pernah bekerja dengannya. Yang penting dia selamat. Ada banyak isu namun kita pilih beberapa sebagai membuka mata rakyat yang berkata sucinya Mahathir sehingga dianggap Tuhan Baru mereka kini. 

SKANDAL BMF- AHLI LEMBAGA PENGARAH DIDAKWA & JALIL IBRAHIM DIBUNUH!

Abang ipar Mahathir Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1962-1980) sebagai Gabenor Bank Negara ketika Mahathir sebagai TPM dan Menteri MITI. Tun Ismail Haji Mohamed Ali juga adalah Pengerusi PNB (1978 - 1996).  Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB / BMFL. Apakah Mahathir juga mahu menutup penglibatan Tun Ismail selaku Gabenor atau Pengerusi PNB?

4.  Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). BMFL adalah  anak syarikat BBMB,  Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNB malah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB. 




5. Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong  di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!



6. Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982  hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya  Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

6. Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF  ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu. 


7.  Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!







SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG

Lihat sekali lagi Bank Bumiputra di pergunakan oleh Mahathir. Yang kaya merompak ialah Eric Chia.
Kenyang proksi Mahathir ni menipu

8. Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982  untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.



9. Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya.  Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

10. Mahathir sipemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.


SKANDAL PKFZ- LING LIONG SIK 
DIKAMBING HITAMKAN



11. Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

12. Apakah pertuduhannya? untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

13. Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata 
"Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

14. Apa jadi pada Skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhan pada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum saja

Mahathir terus menikmati kekayaan

15. Bagaimana dengan Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.

23. Apapun Mahathir belum senang kerana kes Forex Bank Negara rugi AS 10 bilion adalah seterusnya bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.




Captain M
28 Januari 2017

7 comments:

  1. Mahathir bukan lagi perdana menteri dah. Sekarang MO1 perdana menteri. Dia juga menteri kewangan dan dia juga yang pecat Ghani Patail. Serta dia juga berkuasa penuh keatas 1MDB.
    Sampai hari ini apa hasil 1MDB? Berapa ribu peluang pekerjaan yang dihasikan? Yang terhasil adalah HUTANG beribu juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya siapa yang ada tunjukkan sebarang bukti akan salahguna kuasa oleh Najib? DOJ sendiri mengaku bahawa isu tersebut datang dari pengaduan awam. Siapa pengadunya? Apakah DOJ sendiri yang meletakkan label Mo1 atau si pembuat aduan tersebut?

      Kalau benar dah lama Najib kena tangkap tapi kenapa dia masih lagi PM kita?

      Zaman Tun pula kita sendiri pun tidak ada media sosial seperti ini. Apakah kita tahu apa yang Tun lakukan sepanjang pemerintahan dia? Kita pun pada zaman itu bergantung pada media elektronik dan akhbar sahaja.

      Kalau zaman Tun sudah ada media sosial seperti sekarang, rasa kau le mampu ke Tun sanggup bertahan dengan semua isu tersebut?

      Delete
    2. Malangnya siapa yang ada tunjukkan sebarang bukti akan salahguna kuasa oleh Najib? DOJ sendiri mengaku bahawa isu tersebut datang dari pengaduan awam. Siapa pengadunya? Apakah DOJ sendiri yang meletakkan label Mo1 atau si pembuat aduan tersebut?

      Kalau benar dah lama Najib kena tangkap tapi kenapa dia masih lagi PM kita?

      Zaman Tun pula kita sendiri pun tidak ada media sosial seperti ini. Apakah kita tahu apa yang Tun lakukan sepanjang pemerintahan dia? Kita pun pada zaman itu bergantung pada media elektronik dan akhbar sahaja.

      Kalau zaman Tun sudah ada media sosial seperti sekarang, rasa kau le mampu ke Tun sanggup bertahan dengan semua isu tersebut?

      Delete
  2. Tak payah lah siarkan ini semua semata mata nak tutup dosa MO1. Tak usah nak tegakan benang basah. Tanya Najib bila nak saman WSJ. Dah dekat seratus kali Selasa dah. Tanya Najib kenapa laporan Ketua Audit Negara akan didedahkan
    Kenapa di OSA kan. Bila dah terjawab nanti, In Sya Allah saya dan keluarga saya akan sokong dan undi UMNO/BN.

    ReplyDelete
  3. Cerita ini direka oleh RPK. Kaki tipu. Kaki fitnah no 1.

    ReplyDelete
  4. Apa yang sdr Jamil tahun tentang 1MDB.kalau tak faham elok jangan komen. Kalau sekadar membaca blog sampah dan suara keadilan dah boleh menjadi Peguam, hakim dan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam FB elok saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan business model 1MDB

    ReplyDelete