Friday 3 February 2017

MUHYIDDIN 20 TAHUN SEMBUNYIKAN SKANDAL, TUTUP KES RASUAH PEGAWAI & LETAK MUSANG BERBULU AYAM DI UIAM DAN ITBM!


Kes laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor  terhadap skandal Muhyiddin dengan Nika Gee ni agaknya bukti-bukti yang ada Muhyiddin berjaya melepaskan diri atau tidak? sama-sama lihat. Sama ada dia berjaya atau tidak persepsi tetap akan menghukumnya. Dia pun biadap dengan Tuanku Sultan Johor. Jika dia pakar untuk mengelak tentu dia selamat. Lagipun Mahathir,
Mukhriz dan Anina hanya mengintai kejatuhan Muhyiddin. 

1. Muhyiddin Yassin Presiden PPBM sedang menghadapi krisis moral yang serius. Selepas didedahkan skandal dengan isteri orang oleh Malaysia-today.net. Partinya berhadapan pula skandal seks Anina. Muhyiddin hanya mampu bercuti untuk menutup kisah skandal orang-orangnya. Muhyiddin juga pakar menyembunyikan skandal projek proksi, menantu dan anaknya.


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan
pada tahun 2011. Melanggar kontrak dan projek lambat diserahkan sehingga tempoh ditetapkan. Lebih malang KPM ketika itu atas arahan Muhyiddin Yassin syarikat YTL tidak didenda lewat (LED) sebagaimana syarat kontrak. Hebat Muhyiddin!


2. Itulah kepakaran Muhyiddin Yasin. Dua dekad dia menyembunyikan skandal bersama Nika Gee isteri seorang peguam Stanley Clement Augustin. Namun tidak tertahan lagi apabila didedahkan dalam Akuan Bersumpahnya dalam kes perceraian itu. Hari ini pasti Muhyiddin tidak mampu untuk tidur lena apabila dilaporkan JAIJ akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat". Laporan itu menyebut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM untuk beliau cukup syarat memanggil Tan Sri Muhyiddin.
 Umum mengetahui Muhyiddin tidak pernah melaporkan polis dan menyaman pihak yang menuduhnya. 


3. Namun sikap Muhyiddin yang mendengki dan tidak menyabar untuk menjadi PM maka dia menjaja cerita 1MDB yang dia pun mendapat maklumat dalam kabinet (1MDB Fact Sheet). Dia cuba berlagak jujur dalam masa sama banyak juga kes melibatkan pegawai-pegawainya dia tutup begitu sahaja. Kes paling popular tahun 2011 ketika beliau sebagai TPM ialah dakwaan bahawa Setiausaha Sulit Kanannya ada menerima sogokan. Muhyiddin ketika itu berjanji untuk menyiasat kes itu.  Namun apa jadi? Masing-masing yang dituduh telah membersihkan namanya. Tak nampak pula Muhyiddin suruh berhenti pegawainya. Muhyiddin sengaja menutup kes itu dan mengekalkan SUSKnya sehingga beliau digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malah SUSKnya itu dikatakan terus dijaga baik oleh YTL yang mendapat projek BestariNet RM4b.  




ISu RM160K ke akaun peribadi
Dato 'Mohd Shukor Abd Manan

Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin TPM

4. Sebut Gerbang Perdana Sdn Bhd rasanya mudah untuk mengetahui pelaksana Jambatan Bengkok yang dibatalkan itu dan menerima pampasan beratus juta dari kerajaan. Malah begitu banyak projek yang syarikat ini perolehi dari kerajaan. Pemiliknya juga Dato 'Yahya Abd Jalil adalah orang yang sangat dikenali. Pengerusi syarikatnya Tan Sri Razali Ismail tu popular baru-baru ini sejak beliau menjadi Pengerusi SUHAKAM. Jadi tidak perlu kita mengupas panjang siapa dia. Selebihnya anda boleh mencari dalam carian enjin Google. Banyak cerita dan isu. Sangat terkenal!.




5. Yang kita hendak tanya ialah banyak-banyak kisah itu ialah status penyiasatan SPRM kerana kes itu dilapor kepada PDRM dan SPRM pada tahun 2011. Pemilik syarikat Gerbang Perdana yang juga memiliki syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd didakwa memasukkkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi SUSK Timbalan Perdana Menteri. 



6. Antara maklumat yang ada ialah Dato 'Mohd Shukor Abd Manan telah menerima RM 160,000.00 sehingga Mei 2011. Maklumat yang dipaparkan ketika itu antara lain Dato Mohd Shukor Abd Manan telah menerima wang sebanyak RM 10,000.00 pada 24/01/2011 melalui satu nombor cek 876.183, pada 24/02/2011 melalui satu nombor cek 876.280, pada 28/03/2011 melalui satu nombor cek 876.424, pada 28/04/2011 melalui satu nombor cek 876.543 dan pada 27/05/2011 melalui satu nombor cek 876.666. Semua cek telah ditunaikan dan dimasukkan ke akaun peribadi maybank Dato 'Mohd Shukor Abd Manan itu. Itu adalah tuduhan ketika itu. Sama ada benar atau tidak, hanya SPRM yang tahu kerana masa itu TPM berkuasa!.Kisah seorang bekas Setiausaha Politiknya rasuah (diangkut wang dalam kereta dan almari) pun ditutup begitu sahaja. 

7. Selain itu ialah Resit ATM pada 29/09/2010 (di atas), deposit sebanyak RM 5,000.00 telah dibuat ke akaun peribadi Dato' Mohd Shukor Abd Manan, nombor akaun 5627-31103-18-8 Maybank melalui tunai Deposti Mesin (CDM) di Jalan 222, Petaling Jaya. Ia satu contoh bukti resit yang ada. Sekali lagi selebihnya bolehlah ditanyakan kepada SPRM tentang nombor cek dan juga transaksi akaun itu. 

8. Apa yang kita hendak tunjuk ialah cara Muhyiddin menyelesaikan isu. Tiada kata putus. Pegawainya mungkin diarah atau menjadi mangsa saja.  Malah pihak-pihak lain yang terlibat membuat penafian. Muhyiddin hanya membiarkan isu itu beredar sedangkan bukti transaksi ketika itu wujud. Tiada pula beliau bertindak segagah menyelesaikan masalah 1MDB. Sedangkan ia melibatkan isu integriti bukan sahaja pada pegawai tetapi pada dirinya selaku ketua.

9. Seorang lagi bekas pegawai Muhyiddin adalah Setiausaha Politiknya di Kementerian Pendidikan bernama Datuk Dr Marzuki Mohamad yang kembali menjadi Pensyarah Sains Politik di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjanya menghasut mahasiswa UIAM anti kerajaan agar menyokong Parti Pribumi Bersatu bosnya Muhyiddin Yasin. Malah beliau tanpa segan dan malu hadir ke program PPBM.


10. Lebih hebat dari itu Dr Marzuki masih dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Sebelum ini Pengerusi ITBM adalah Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh orang kuat Muhyiddin Yasin keluar dari UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung PPBM. Soalan kita kepada YB Dato' Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan bila nak tamatkan Dr Marzuki yang terang-terang parti Bunge? Beri lah peluang pada orang lain pulak! Dah tiada orang BN ke? 




11. Pandai tak Muhyiddin melepaskan diri dan anak-anak didiknya sejak dua dekad lalu? Bukan sahaja dia bijak menutup kes tapi meletakkan orangnya sebagai "Musang Berbulu Ayam" dalam UIAM dan ITBM. Selebihnya kita serah pada SPRM dan juga pihak-pihak berkaitan.


Captain M
3 Januari 2017

18 comments:

  1. Asyik sebok dedah benda begini saja. Masaalah rakyat dengan kos sara hidup meningkat tak di dedah.
    Rakyat di dahulukan



    Untuk Sengsara


    Pencapaian di utamakan.
    Untuk pemimpin mencapai dan menyamun hak rakyak

    ReplyDelete
  2. Boringgggg...blog penipu. Syok sendiri. Takda orang nak percaya dah..

    ReplyDelete
  3. Boring jangan baca...kan...Sprm..tak baca blog kena report..baru ambil tindakan.. So Captain M..report jer..sbb.Captain yang ada bukti...

    ReplyDelete
  4. Captain udara, laut atau darat ni??.
    Atau captain dekat pub atau coffee house jer.

    ReplyDelete
  5. Jamil kau ni suka kutuk captain M.kan tapi masih jugak baca blog captain..ni nampak sangt kau ni menyara hidup dgn masuk blog pro kerajaan dah tu guna nama kan..nampak dah RBA nya..so komen kau tu aku bakul sampah kan jer

    ReplyDelete
  6. Baca semua blog pro kerajaan dan juga yang kritik kerajaan. Baru minda terbuka. Jangan jadi macam katak bawah tempurung

    ReplyDelete
  7. Tapi blog pro pembangkang..tak beri ruang komen kita orang..tak open.. Mcm.blog pro kerajaan..orang biol beri komen mcm kau si jamil.pun..admin siarkan...komen.kami walau brfakta hampeh..tak.kuar pun..so..pemhajarnnya apa..blog pro kerajaan...berani kerana benar..yang salah tetap salah..dah ckp...kalau SPRM tak siasat tak tangkap.. Belum tentu puak pembangkang dan.pemimpin nya bersih dari rasuah.. SPRM..KEJAR penjawat awam..sbb..mereka sumber..keluar duit..dah tangkap semua baru....pemimpin pembangkang nak kutuk apa nak fitnah apa...tinggal tunggu giliran mereka lah pulak.terutama nenek lampir..zuraidah..

    ReplyDelete
  8. Baca la blog steadyaku, shahbudin, outsidethebox,kadirjasin, zamkata, sakmongkol, apanama dan sarawakreport. Ada pon komen yang kritik disitu. Tetapi banyak komen tak masuk akal atau tiada fakta.

    ReplyDelete
  9. Baca la blog steadyaku, shahbudin, outsidethebox,kadirjasin, zamkata, sakmongkol, apanama dan sarawakreport. Ada pon komen yang kritik disitu. Tetapi banyak komen tak masuk akal atau tiada fakta.

    ReplyDelete
  10. Tu semua blog..orang dah..pencen..dah tak ada jawatan..dan..blog..kaki putar alam...saya baca..cucu tok selampit...penang kini..malaysia today...dr mim..aidc..lim sian see..helen ang..flykick...dan bnyak lg..blog..so..dan yang paling penting saya selalu..baca..Al fatihah..ok jamil...bnyak baca pun...klau tak minta.. Petunjuk dan hidayah dari Allah..yang betul..dikata tipu..yang tipu...dan fitnah dikata betul...kan jamil...

    ReplyDelete
  11. Kenapa bandar Forest City di beri pemilikan kekal - freehold kepada Syarikat dari China
    Kenapa kebanyakan orang Melayu/Malaysia dibandar bandar hanya mendapat pajakan sementara saja untuk tanah/kediaman mereka

    Siapa yang bangsat

    Kalau fitnah kenapa pihak mahkamah Singaura menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang terlibat 1MDB
    Kenapa 2 buah bank ditutup angkara pengubahan wang haram 1MDB
    Adakah itu semua fitnah

    ReplyDelete
  12. Kalau FITNAH, kenapa laporan ketua audit negara di OSA kan. Saya dah baca laporan tu. Kalau fitnah kenapa Ghani Patail dipecat? Kalau fitnah kenapa Mahyudin disingkirkan. Kalau fitnah kenapa Shafie Apdal di gantung keahlian. Kalau fitnah kenapa ketua cawanga khas ditukarkan.
    Kalau fitnah kenapa tak saman Wall Street Journal.
    Kalau fitnah kenapa menggangtung The Edge dan Malaysian Insider. Saman saja la kalau dah tau fitnah
    Kenapa tah saman Tun Mahathir yang menggelar Najib sebagai penyamun



    Saya juga baca malaysiatoday olih RPK raja putar kalam, the unspinners, MIM, LSS, rockysbru, mykmu, puteramerdeka dan banyak lagi.
    Hanya jauhari yang kenal manikam
    Sebab tu lah benda dah 20-30 tahun diungkit sekarang

    ReplyDelete
  13. Sebab sejarah tak pernah menipu..benda 20 k 30 tahun ke..ia tetap menjadi barah pada Malaysia.. Forest city...tak salah..tgok jer Dubai..sapa yang beli kondo rumah mewah kat sana..orang Dubai..yang kaya pun tak ramai so yng beli tu billionaire.. Hartawan.dari seluruh negara..faedahnya pada rakyat dapt meniaga makanan..dpt..berniaga..laundry k..bnyak kerjalah..sbb.tu..forest city..satu usaha yang bagus..selama ni Malaysia asyik..di pandang rendah oleh Singapore sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore x pernah pun pdng rendah pada malaysia..nk amik malaysia ade lah..forest city tu mmg bagus..tapi masaalahnya klu dah orang cina dari china yg punya ape faedahnya pada rakyat malaysia ko ingat klu berlaku sesuatu masaalah dgn orng china ni..malaysia mampu ke nk berperang dgn dorng..amerika je pun tkt dgn china..klu cina malaysia ni boleh lah tahan lgi..masih terikat dgn undang2 negara sebagai rakyat malaysia..lu pk la sendiri..

      Delete
    2. Singapore x pernah pun pdng rendah pada malaysia..nk amik malaysia ade lah..forest city tu mmg bagus..tapi masaalahnya klu dah orang cina dari china yg punya ape faedahnya pada rakyat malaysia ko ingat klu berlaku sesuatu masaalah dgn orng china ni..malaysia mampu ke nk berperang dgn dorng..amerika je pun tkt dgn china..klu cina malaysia ni boleh lah tahan lgi..masih terikat dgn undang2 negara sebagai rakyat malaysia..lu pk la sendiri..

      Delete
  14. Bagi saya saman menyaman ni tak datang faedah..lebih baik..orang yang kena aniaya tu..tadah tangan. Mohon pada Allah tunjuk kebenaran..so.tgoklah..apa jadi yang difitnah ok jer..yang memfitnah..mcm2 kisah..yang kononnya tersimpan rapat..terburai..tu semua adalah ketentuan Allah..pasal Osa.tu..mmg patut pun..tgok jerlah tony Pua..konon jadi ahli Pac..siasatan belum hbis dah pandai2 bocor cerita yang belum tentu betul mmg patut pun samalah mcm rapixi padan muka..lagi satu..betul ke..Mahkamah singapore bicara tentang 1 mdb atsu bicara salah guna kuasa pegawai bank..ada tak mahkamah singapore ckp.pentadbiran 1 mdb menipu..atau 1 mdb tu sebenarnya yang dijaja kononnya menipu..please lah..nak bodohkan orang..bukan orang Umno or Bn..klau Pkr k pan k cap bunga mungkin boleh..kami ni celik it..kami ni generasi muda bnyak membaca.. Kami ni..selalu bertanya. Why..sbb.itu..generasi kami sukar di tipu dan di klentong...ok abng jamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada pula dalam mana2 mahkamah didunia menuduh dan mensabit nama MOhd Najib Tun Razak? tk nampak lagi. USA pun sebut MO1 sahaja tdak sebut dan tidak menuduh Mohd Najib.Tolong beri jika ada.

      Delete