Saturday, 27 May 2017

ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SEBAB DIA WAKIL RAKYAT, BODOHLAH PEMIMPIN PKR KALAU TAK TIPU AP AHLI PARLIMEN?



1. Perang mulut Rafizi Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR kembali lagi berkisar mengenai kereta mewah. Zuraida berkata "saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". katanya

2. Rafizi pantas menyindir Zuraida dalam twitternya. "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan". Portal FreeMalaysiatoday menulisnya sebagai 2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida.


3. Mengapa agaknya Zuraida mengumumkan akan melepaskan jawatan Ketua Wanita PKR pada 20 Mei lalu? Bohonglah Zuraida sengaja melepaskan jawatan, hakikatnya dia tahu pendakwaan Adam Rosly dengan 6 pertuduhan di mahkamah hanyalah satu permulaan. Lambat laun siasatan terhadap Adam pasti akan melibatkan Zuraida. Jadi Zuraida berhentilah dari mencabar 'orang jantan' melapor SPRM. Nanti tak cukup tanah lari! Apa Zuraida fikir hanya Dato' Jamal saja yang menekannya? Buka mata pada perkara yang kamu tidak nampak!


Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen 
penipu berhubung kekayaannya?

4. Kenyataan terbarunya 26 Mei 2017 mengakui beliau gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import. “Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya. Betulkah?

5. Hakikatnya sejak isu meletup Zuraida membuat penipuan tentang kenderaan yang dimilikinya kononnya menggunakan AP dan kelayakan pinjaman Ahli Parlimen. Sedangkan AP kenderaan diberi sekali untuk satu penggal. Bukan setiap tahun (melainkan AP Khas). Jika tidak gunakan AP Kenderaan akan lupus untuk penggal tersebut. Zuraida didapati tidak menggunakan AP Ahli Parlimennya untuk penggal pertama ataupun menjual AP tersebut kepada pihak lain. 

8. Manakala dari sudut kelayakan pinjaman Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai. Persoalannya Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya, rumah dan lain-lain?. Berapa sangat gaji Zuraida sebagai Ahli Parlimen?

MARI KITA SEMAK PEMILIKAN KENDERAAN ZURAIDA SETIAP PENGGAL DIA ADA 3 KERETA
 - 2 PENGGAL 6 KERETA


A. PENGGAL PERTAMA: 2008-2013

6. Dua penggal Zuraida menjadi Ahli Parlimen. Penggal Pertama Zuraida sebagai Ahli Parlimen Ampang ialah PRU ke 12, 8 Mac 2008 hingga 5 Mei 2013. Penggal permulaan Zuraida baru belajar sebagai MP. Apakah jenis kenderaan Zuraida ada?

Sebelum terlibat dalam politik Volvo ini sahaja kereta berkualiti yang dimaksudkan oleh Zuraida. Kecuali Mercedes taukeh yang dia gunakan

i. WRL 575- VOLVO X C90 2.5T : didaftarkan pada 1/7/2008. Kenderaan rasmi Zuraida selepas 5 bulan menjadi MP Ampang. Memandangkan dalam rekod kenderaan pemasangan tempatan ( CKD) maka tidak memerlukan AP. Bagaimanapun harga di pasaran ketika itu RM355K.


ii. WTY 1547- TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 A/T: didaftarkan 31 Mei 2010. Harga RM100K- RM125K.


iii. WWA276- TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G : Didaftarkan 3 November 2011. Harga di pasaran. RM 125K ke RM135K


Iv. Kenderaan Kontroversi: WTP 1970 -MERCEDES BENZ E200 CGI didaftarkan pada 16 Mac 2010. Satu kenderaan yang pernah menjadi isu pada tahun 2012 yang digunakan oleh Zuraida milik taukeh iaitu milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd. Zuraida menggunakannya dalam program rasminya di kawasan Ampang.

B. PENGGAL KEDUA MP 2013- 2018. Fasa Zuraida dan Proksi mahir untuk memonopoli projek. (8 Mei 2013 adalah PRU 13)

i. BHT 63- MOTOSIKAL DEMAK EX 90. Didaftarkan pada 14 November 2013. (Abaikan motor ini hanya info susunan tarikh Zuraida beli kenderaan sahaja)


ii. W6901J - HONDA CIVIC HYBRID: Didaftarkan pada 23 Disember 2013 iaitu 7 bulan selepas PRU12. Harga di pasaran RM185K. Rekod menunjukkan honda ini adalah kenderaan import dan memerlukan AP. Apakah Zuraida menggunakan AP ahli parlimen?


iii. W2956U - TOYOTA FORTUNER 2.5G : Didaftarkan pada 26 Mac 2014. CKD. Harga dipasaran RM180K- RM200K




iv. WTY 575- MERCEDES BENZ C200: Didaftarkan pada 12 Ogos 2015. Tahun lalu. Mungkin menggunakan AP Ahli Parlimen tambahan? Sumber berkata ia pemberian Adam Rosly. Kenderaan ini dikatakan kenderaan rasmi Zuraida sekarang menggantikan Volvo. Kereta ini mencetuskan isu dikalangan pemimpin kanan PKR kerana dianggap memonopoli projek PBT Selangor. Mencerminkan perubahan kekayaan Zuraida yang diketahui bukan orang kaya. Mengumpul saman tidak berbayar RM3,950.


v. BAT1111 - TOYOTA VELLFIRE DBA-GGH30W: Didaftarkan pada 27 April 2016. Mempunyai AP. (AP Ahli Parlimen mana?) Harga di pasaran RM 300K- RM350K.

vi. Kenderaan Kontroversi: BNT 9138 MERCEDES BENZ S280. (Gambar di atas). Didaftarkan pada 13 April 2016. Menjadi isu kontroversi bulan julai lalu. Dikatakan hadiah kepada Zuraida Kamaruddin dari sebuah syarikat milik "taukeh" syarikat Hanspec Sdn Bhd. Zuraida menafikan kenderaan ini namun masih menjadi tanda tanya. Katanya syarikat ini hendak saman TV3 namun hingga sekarang tidak berlaku lagi!

7. Rekod sejak Zuraida bermula sebagai MP Ampang penggal pertama 3 kereta, iaitu purata setiap tahun Zuraida membeli kereta. 

8. Begitu juga pada penggal kedua iaitu bermula penghujung 2013 hingga 2016 sebanyak 5 buah kenderaan dibeli oleh Zuraida. Tiga kenderaan mewah mempunyai AP selain kenderaan lain yang juga boleh dianggap mewah iaitu Toyota Fortuner. Persoalannya bagaimana Zuraida menggunakan 3 AP kenderaan dalam 1 penggal? jika ada 1 kouta tambahan sekalipun, AP yang ketiga dari mana? 

9. Jadi sememangnya Zuraida terlebih pintar dalam memiliki kenderaan? termasuk membuat pinjaman kenderaan dan pembelian rumah!. Orang Ampang semua tahu Zuraida asal penjual buah saja tiba-tiba kaya selepas jadi Ahli Parlimen. Itupu kalau Zuraida tak lupa asal usul.

Captain M
27 Mei 2017

3 comments: