Thursday, 25 May 2017

DR MAZA 'DIVERT' ISU DISIASAT SPRM DENGAN SOKONGAN TERHADAP PEGUAM BUKAN ISLAM JADI PEGUAM SYARIE PERLIS?


IKRAM-PAN-DR MAZA-AL QAYYIM
1. Dr Maza melakukan 'divert' isu kes siasatan SPRM terhadap jabatan mufti dan NGO Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim miliknya dengan kes surat sokongan Jabatan Mufti Perlis terhadap permohonan dari seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin dari Kuala Lumpur bagi membolehkannya menjadi peguam syarie di Perlis. Ia keputusan yang sangat mengarut dikala kaum India yang dihinanya memprotes cara penghinaan agama yang dibuatnya.

2. Paling pasti sehingga hari ini Mufti yang punya kepentingan dalam Al Qayyim ini masih gagal menyokong hujahnya. Yang kita tahu Maza menggunakan 'kabel' politiknya dari disiasat SPRM. Pandai juga dia mengadu. Mari kita terus tekan Dr Maza ini.

3. Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Maza) seorang Mufti Perlis. Juga adalah Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim yang diasaskannya.

4. Dr Maza memperakukan Pertubuhan IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad dilantik sebagai Ejen kutipan Zakat Majlis Agama Islam Perlis ( MAIPs)

5. Timbalan Presiden IKRAM 2014-2018 Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara ( PAN) pada 31 Ogos 2015. IKRAM dalam kenyataan medianya pada 12 September 2015 mengucapkan terima kasih atas usahanya dalam pertubuhan. Walaupun Ustaz Hasanuddin tidak berada dalam IKRAM lagi tapi mahu terus mahukan kerjasama dengan Dr Maza Mufti Perlis dan berharap kerjasama IKRAM dalam kutipan Zakat Perlis diteruskan. Satu pertemuan diadakan pada 14 Oktober 2016. 

6. Dua bulan selepas itu pada 27 Disember 2016 Dr Maza Mufti Perlis selaku Penasihat Pertubuhan Al Qayyim bersama Dr Rozaimi Ramle Presiden Pertubuhan Al Qayyim, Dr Maszlee Malik ( AJK) dan Abu Hafez Sallehuddin ( Admin DrMaza.com) hadir dalam Muktamar IMSA MISG Houston Texas Amerika Syarikat ditanggung sepenuhnya oleh MISG. MISG adalah sayap atau cawangan kepada Pertubuhan IKRAM -IRC di luar negara. Hubungan Induk dengan cawangan mereka sangat akrab dan saling membantu termasuk urusan kewangan. 

IKRAM dan MISG SENTIASA BEKERJASAMA- MAKLUMLAH  SAYAP DAN CAWANGAN KAN. JIKA AKAUN IKRAM DAN MISG INI SALING MENYOKONG

7. MISG USA dalam satu kenyataan pada 17 Mei 2017 mengaku "Selaku pihak yang bertanggungjawab menjemput dan menguruskan mereka sewaktu kunjungan tersebut, malah merupakan host utama sepanjang keberadaan mereka di US, MISG dengan tegas ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga tokoh tersebut dijemput oleh MISG selaku penceramah bagi beberapa program kami. Segala kos pengangkutan dan penginapan mereka ditanggung oleh MISG..."

8. Pengakuan MISG ini sama ada kos ditanggung oleh Pertubuhan Al Qayyim atau MISG sepenuhnya tetap menggambarkan terdapat unsur kepentingan antara Dr Maza, Dr Rozaimi selaku Presiden Al Qayyim dan Dr Maszlee Malik (Pensyarah UIAM) apatah lagi Dr Maza, Rozaimi dan Dr Maszlee adalah pensyarah dan seorang penjawat awam! Dr Maza adalah Mufti yang perakukan IKRAM ejen pengutip Zakat Perlis. Manakalah MISG sayap IKRAM menaja tiket Dr Maza, Dr Rozaimi dan Dr Maszlee yang juga penjawat awam. Boleh baca di sini.

9. Ini bertentangan sebagai seorang penjawat awam yang tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 tahun 2012- Peraturan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Persendirian yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara. "lawatan tersebut tidak dibiayai oleh individu atau syarikat swasta yang boleh menimbulkan syak yang munasabah...". MISG sayap IRC-JIM-IKRAM jelas ada kaitan dan kepentingannya! 

10. Dr Rozaimi dan Dr Mazlee wajar mendedahkan sama ada mereka bercuti sahaja, atau mengisi borang ke luar negera secara persendirian, mengambil insuran kesihatan keluar negara serta perbelanjaan yang ditanggung mereka ketika berada di Amerika Syarikat!

11. Lantaran itu memandangkan netizen mempersoalkan hubungan Dr Maza dengan Pertubuhan Al Qayyim (diasaskan Maza) ketika terlibat dalam kempen jual meja Iftar sudah tentu pendedahan penyata kewangan pertubuhan boleh menjawab persoalan itu. Netizen mahu tahu kalau-kalau Jabatan Mufti, dan Maips ada memberikan peruntukan kepada Al Qayyim ketika Dr Maza sebagai Mufti! Yang telah pasti ialah IKRAM sebagai ejek kutip zakat di Perlis! Harap SPRM siasat perkara ini.

Beranikah Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim dedahkan akaun mereka? Lain-lain baca di sini

Klik 1: 
Klik 2:
Klik 3: 

Captain M
25 Mei 2017

4 comments:

  1. Dia dah jadi Macham Jagdeep Singh. Putaq jugak

    ReplyDelete
  2. Nampak gayanya Dr Maza akan dibawa oleh tuhan ke dalam Penjara bagi mendakwa dan mentarbiiahkan banduan2.

    ReplyDelete
  3. Ni..seorang.agamawan menjual..agama utk kepentingan peribadi dan pihak kroni..hanya Allah jer lah yang tahu niat mereka tapi Sprm..mesti siasat..

    ReplyDelete
  4. Perlu siasatan segera.

    ReplyDelete