Thursday 3 August 2017

TERBONGKAR! RASUAH ZAHID MD ARIP RM 10 JUTA PEMBELIAN HOTEL MERDEKA PALACE KUCHING!


1. Selepas Zahid Md Arip Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PPBM ditahan SPRM kerana kes rasuah Mahathir mengesahkan itu adalah 'orangnya' dalam PPBM. Mahathir berkata PPBM akan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan Zahid Md Arip kerana beliau tidak percaya Zahid Md Arip terlibat!.

2. Sayangnya mengikut sumber, Zahid Md Arip yang ditangkap SPRM 1 Ogos lalu hampir pasti didakwa kerana siasatan menunjukkan Zahid Md Arip terlibat dengan rasuah pembelian Hotel Merdeka Palace & Suites oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) tahun 2014 melibatkan rasuah sejumlah hampir RM10 juta. 

3. Zahid Md Arip adalah antara Pegawai Khas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang suatu ketika terkenal dengan rasuah dan meminta komisennya. Sebut nama Zahid Md Arip semua warga kerja Felda kenal sehinggalah beliau disingkirkan kerana menipu sijil kelayakan akademiknya. Selepas sudah tiada jawatan Zahid Md Arip yang juga Mursyidul Am NGO TIBAI mula menyerang kerajaan dan PM Najib. 

4. Selepas SPRM menyiasat pembelian hotel mewah bernilai RM330 juta di Kensington, London, SPRM mula menyiasat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites hotel bertaraf empat bintang di Kuching.

5. Sumber berkata pemeriksaan mendedahkan bahawa harga pasaran Hotel Merdeka Palace  & Suites di Jalan Tun Abang Haji Openg ialah RM110 juta namun telah dijual kepada FIC RM160 juta terlebih bayar RM50 juta. 

6. SPRM turut menyerbu enam syarikat membantu siasatan termasuk firma Deloitte Corporate Solutions Sdn Bhd (Deloitte Malaysia), firma guaman Mohamed Ridza & Co (MRCO), Raine & Horne International Zaki & Partners Sdn Bhd, Henry Butcher Malaysia (Sarawak) Sdn Bhd dan Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd.

7. Sumber mendedahkan siasatan menemukan terdapat unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa terhadap pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites sehingga FIC terlebih bayar kerana untuk membayar komisen kepada pihak yang terlibat. 


8. Zahid Md Arip selaku pegawai khas menjadi orang tengah dalam urusan itu dikatakan menguruskan RM10 juta komisen untuk pasukannya dan diagihkan sesama mereka. Ini kah pemimpin PPBM yang Mahathir Pengerusi PPBM percaya? Ini pemimpin PPBM yang Mahathir mahu lindungi kepentingannya?

Apa lagi selepas ini? 


Saksikan video ramalan Zahid Md Arip Jerung yang ditangkap SPRM

Captain M
2 Ogos 2017

Nota: Deloitte Corporate Solutions Sdn Bhd (Deloitte Malaysia) adalah badan penilai yang sama untuk pembelian pengambil alihan SPLASH dari RM250.6 juta kepada RM2.7B. Malah menilai SPLASH RM5B!


4 comments:

  1. jenis mcm inipun mahathir bela

    ReplyDelete
  2. Deloitte ada kaitan dengan anak najib nazifuddin

    ReplyDelete
  3. Yang makannya orang lain, yang kena tangkap orang lain. Dah korup, diberi jawatan lain lagi. Pelik najib takut sangat pada isa samad..

    ReplyDelete
  4. Dia lagi bangsat rupanya.. so pathetic

    ReplyDelete