Sunday 17 September 2017

HALIMAH PRESIDEN MELAYU SINGAPURA YANG DI 'LEMBUKAN' PAP JADI CONTOH DAP MALAYSIA?


1. Akhirnya penyusunan perancangan PAP berjaya meletakkan Halimah Yaacob sebagai Presiden Singapura wanita Melayu pertama sejak 47 tahun lalu. Apa yang perlu dibangga dengan Halimah Yaacob? Benarkah beliau layak?benarkah beliau kuat jika ada pertandingan kerana beliau menang tanpa dipilih (tanpa bertanding) dalam Pilihanraya Presiden!

2. Di Malaysia DAP dan PAN begitu gembira sekali dengan pelantikan Halimah. Mereka menggunakan sebagai buah politik menunjukkan Singapura tidak perkauman dan beginilah usaha DAP nanti kalau berkuasa.

Apa yang Rakyat Malaysia perlu tahu!

3. Pilihanraya Presiden kali ini dikhaskan untuk calon-calon sesuatu kaum dan kali ini untuk orang Melayu. Sistem presiden dipilih melalui pilihan raya bermula pada tahun 1993. Syarat utama bertanding calon Presiden ialah jika calon kerajaan mestilah dari jawatan penting kerajaan melebihi 3 tahun. 


4. Bagi calon sektor swasta calon perlu menerajui syarikat yang mempunyai SGD $500 juta ekuiti pemegang saham berbanding syarat lama iaitu SGD $100 juta modal berbayar. 

5. Sebelum itu Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan di Parlimen Singapura pilihan raya presiden tahun depan 2017 akan dikhaskan kepada calon Melayu sahaja.

6. Halimah berumur 62 tahun menyertai politik pada 2001 sebelum menjadi menteri pada 2011 dan dilantik sebagai speaker 2 tahun kemudian. Oleh itu Halimah layak bertanding sebagai Presiden Singapura. Apa yang penting ialah Halimah Presiden Singapura yang telah di "Set Up" oleh PAP untuk memenangi kerusi itu tanpa bertanding. Mengapa? 

7. Pastinya Lee Hsien Loong dan PAP pasti mahu memastikan Presiden mereka dari kalangan pemimpin yang 'dilembukan' mengikut telunjuk PAP. Maka sebab itu tidak hairanlah Lee Hsien Loong yang merupakan Setiausaha Agung PAP selaku ketua parti PAP menerima peletakan jawatan politik Halimah untuk diletakkan sebagai Presiden.

8. Malah PAP telah membuka jalan untuk Halimah menyandang jawatan tertinggi negara itu apabila tahun lalu Parlimen meminda Perlembagaan bagi mengkhaskan pemilihan presiden kali ini hanya untuk calon-calon dari kaum Melayu.

9. Pindaan itu menjelaskan sesuatu Pilihan Raya Presiden hendaklah ‘dikhaskan kepada calon kaum-kaum yang tidak memegang jawatan itu selama lima penggal atau 30 tahun. Tempoh satu penggal ialah enam tahun. Jika tidak ada calon yang layak bagi Pilihan Raya Presiden, maka ia barulah dibuka untuk semua kaum. Sebab itulah Halimah dilantik walaupun Halimah dikatakan bukan Melayu tulen kerana bapanya dari keturunan India Muslim. 

10. PAP juga memastikan Halimah menang apabila calon yang bertanding iaitu Farid Khan Kaim Khan Pengerusi Bourbon Offshre Asia dan Mohamad Salleh Marican CEO Second Chance Properties dari sektor swasta tidak layak kerana  tidak melepasi kelayakan SGD$ 500 juta pegangan saham dalam syarikat. Nampak cara halus permainan PAP menggunakan pindaan perlembagaan untuk membunuh kelayakan calon Melayu lain. Adakah melayu punya SGD$500 juta di Singapura?. Akhirnya Halimah menang tanpa bertanding. 


11. Percayalah selepas sahaja giliran Halimah dari Melayu ini selesai PAP pasti akan meminda perlembagaan semula untuk mengembalikan kepada kaum lain dan kemungkinan syarat dari Swasta SGD$500 juta pegangan saham bakal ditukar!. 

12. Itulah jawapan mengapakah kerajaan PAP bersungguh-sungguh mahukan jawatan Presiden republik itu turut disandang oleh orang Melayu. Kalau Melayu jadi Presiden pun mesti apa yang ditentukan oleh mereka bukan sebab Melayu kuat dan boleh bersaing di Singapura. Kuasa defactonya tetap Lee Hsien Loong PM Singapura atau Setiausaha Agung PAP!. Inilah apa yang DAP lakukan di Pulau Pinang dan dulu di Perak.

13. PAP sedang mengurus wayang perkauman dari pertikaian majoriti 74 peratus kaum cina yang mendominasi Singapura. 

14. Di Malaysia kalau DAP hendak menganjingkan Melayu inilah apa yang mereka akan buat. Mereka meminda perlembagaan untuk kepentingan mereka. Jadikan Melayu sebagai simbul saja. 

15. Jadi apa yang hendak dibangga Halimah Yaacob menjadi Presiden Singapura? Ia hanya mengembalikan Melayu sejak 47 tahun dahulu ketika Yusof Ishak sebagai Presiden pertama yang menjadi alat PAP. Tidak begitu warga Melayu Singapura dan Malaysia?




16. Tidak hairanlah ada warga Singapura membantah Presiden Singapura yang di 'set up' ini sebagai merompak suara mereka sehingga membuat hastag #NotMyPresiden.


Captain M
17 September 2017 

3 comments: