Friday, 20 October 2017

BELUM 24 JAM SHAFIE APDAL GUNA TAKTIK 'SAKIT' UNTUK ELAK REMAN PAKAI BAJU OREN 'LOKAP SPRM'


1. Sebelum ini bukan main lagi Shafie Apdal  berlagak hebat. "saya sedia disiasat SPRM", "Shafie sedia disiasat SPRM" dan bermacam-macam lagi nada riak dan sombong.

2. Namun semalam 19 Oktober akhirnya melihatkan keresahan Presiden Parti Warisan Sabah itu apabila jam 5.15pm beliau disambut di pejabat SPRM. Berpua-pura 'cool' atas nama memberikan keterangan. 


3. Jam 9 malam Datuk Seri Azam Baki Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Shafie Apdal bermula jam 9.00pm. Sebenarnya para peguam dan penasihat Shafie Apdal itu tahu Shafie mesti ditahan dan direman SPRM.Mereka mesti mengelakkan Presiden Warisan itu dimalukan. 

4. Lantaran itu kurang dari 24 jam siasatan SPRM terhadap Shafie Apdal media telah melaporkan Shafie Apdal dimasukkan ke hospital ekoran tekanan darah tinggi. Ini adalah satu kaedah dan wayang yang diajar oleh peguam Warisan itu sebagaimana mereka lakukan untuk Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan untuk memendekkan tempoh reman.


5. Hari ini nampaknya muka depan akhbar media perdana menyiarkan wajah Shafie Apdal ditahan SPRM. Sama ada Shafie Apdal direman dengan berpakaian Lokap SPRM hari ini kita lihat apa permainan peguam Shafie Apdal yang menyediakan skrip Shafie Apdal sakit tekanan darah tinggi. 

6. 9 individu ditahan reman SPRM sebelum ini termasuk dua adik Shafie Apdal yang kaya raya hasil projek KKLW iaitu Haji Hamid dan Datuk Yusof Apdal Adun Lahad Datu. Turut ditahan menantu Hj Hamid Apdal. Bekas TSUB KKLW paling penting Norhartaty Rahmat  punya wang ditemui RM29 juta turut ditahan SPRM. Hartaty adalah saksi utama kepada kes ini pasti akan memberikan kerjasama. 

7. Hanya seorang Taikun Sabah baru ditahan iaitu Joseph Yu Sin Kong dari Sinkong Contructions Sdn Bhd pembiaya komisen rasuah projek KKLW. Andrew Wah Pemilik Syarikat Asas Nikmat Sdn Bhd yang akaunnya dibeku mungkin adalah senjata kedua SPRM selepas ini. 

8. Nampaknya penahanan Presiden Warisan ini menyebabkan Warisan kucar-kacir. Berapa lama mereka bertahan? Mahkamah persepsi rakyat pasti menghukum awal dan membuka ruang kepada golongan atas pagar menolak Shafie Apdal dan Warisan kerana rasuah. 

9. Pendedahan Captain M setahun ini itulah rasuah Shafie Apdal. Beliau seorang bekas Menteri yang berkuasa sehingga wang peruntukan KKLW dilaksanakan oleh kementerian sendiri berbanding menyerahkannya kepada kerajaan negeri. Ada banyak lagi jika ada RM7.5 bilion, ada kemungkinan bukan RM1.5b yang disonglap malah lebih lagi. Belum mengambil kira projek Shafie Apdal di negeri Sarawak dan Semenanjung. 

Syabas SPRM. Terus mengasak. Jangan peduli apa orang kata. Yang penting pembangkang yang cakap tak serupa bikin ini dibongkar dan ditangkap. Mohon SPRM jangan tunduk helah pembangkang. Mohon Shafie Apdal terus dipakaikan baju Lokap SPRM!


Captain M
20 Okt 2017


3 comments:

  1. tunggu dan lihat dia pakai ke or tak pakai...

    ReplyDelete
  2. Hidup DSSA..ubah sabah..tangkap Musa

    ReplyDelete
  3. Bagus Mr captain! Trimakasih atas pendedahan en shafie! Geram betul dengan dia nih! 3.3 billion untuk rakyat disonglapnya! Dedahkan lagi supaya dia dan kroni betul2 masuk jel!!

    ReplyDelete