Friday 6 October 2017

RM180 JUTA DIBEKU, PETER ANTHONY ORANG KANAN SHAFIE APDAL DIREMAN SRPM! SIAPA SETERUSNYA?



1. Setahun yang lalu Captain M sudah melaporkan rasuah Shafie Apdal dan kroninya termasuk Peter Anthony. Search google atau arkib blog anda akan menemuinya. Tahniah dan terima kasih SPRM. Koleksi rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony baca di sini;



Laporan Media
2. Namun beberapa hari ini dari laporan media kecurian dana kementerian lebih RM150 juta akhirnya kepada pembekuan RM 151 juta 3 syarikat di Sabah melibatkan 9 akaun milik taikun nama "Mr Joseph" dari Syarikat Sin Kong Contructions Sdn Bhd dan "Mr Andrew" tambahan lagi RM 29 juta telah membawa kepada penangkapan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan. Hari ini Peter Anthony direman dan berpakaian "Lokap SPRM".

3. Rupanya gurauan pada 19 Ogos 2017 ketika Shafie Apdal berada di Sipitang dengan paradog berpakaian 'Lokap SPRM' adalah isyarat awal kepada penangkapan Peter Anthony dan boleh jadi tidak lama lagi Shafie Apdal. Warisan mengerah semua bahagian melaporkan kepada polis blog itu dan juga individu yang berkongsi berita itu. Sekarang apa sudah jadi? malu sendiri. Esok kamu bersolidaritilah untuk Peter Anthony di mahkamah. 

Antara berita yang pernah disiarkan oleh media massa


4. Jika syarikat dua taikun Sabah Joseph Yu Sin Kong dan "Mr Andrew" boleh dibekukan wang mereka sehingga beratus juta pastinya syarikat Peter Anthony Asli Jati Engineering Sdn Bhd yang banyak mendapat projek KKLW bakal dibeku juga. Boleh baca bagaimana Peter Anthony melesapkan wang RISDA. Banyak lagi kes Peter Anthony ni. 


Mungkinkah peguam Peter Anthony ini juga bakal dipanggil? 
5. Siapa seterusnya esok dan akan datang? taukeh dan kontraktor sudah pasti ramai akan dipanggil.  Yang amat pasti pegawai KKLW Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW telah ditahan SPRM dan bekas mungkin bekas SUB Teknikal KKLW juga bakal ditahan.




6. Atau mungkinkah juga Mohd Ramzan Abdul Wahab bekas Ketua Angkatan Muda PKR Semporna sepupu Dato' Seri Shafie Apdal Presiden Parti Warisan bakal ditangkap juga? Mungkinkah adik-adik Shafie Apdal seperti Hj Hamid Apdal (projek paip) atau Yusof Apdal (Projek elektrik dan Solar). Atau mungkin Dato' Mohd Aziz Jamman anak saudara Shafie Apdal yang kini Ketua Wira Warisan pernah diberi hadiah kenderaan mewah 'hummer' dari kontraktor yang rapat Shafie Apdal.



7. Biar SPRM tangkap dan tiada yang dapat lari. Peter Anthony sudah masuk ke kandang. Hanya menunggu Shafie Apdal saja lagi. 

8. Kepada Pengarah Komunikasi Shafie Apdal bekas kakitangan DBP yang jual buku pun tak laku kamu baca link kuasa menteri, pekeliling kerajaan di sini saja. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri punya kuasa masing-masing dalam meluluskan kewangan. Yang kita bicarakan ialah peruntukan persekutuan dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dicuri Shafie Apdal ketika menjadi Menteri dan bukannya peruntukan kerajaan negeri. 

Captain M
6 Oktober 2017

8 comments:

  1. Taniah sprm. Teruskan usaha basmi rasuah tanpa mengira parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah SPRM! Kamu penegak kebenaran!

      Delete
    2. Tahniah SPRM! Kamu penegak kebenaran!

      Delete
  2. Tangkap juga zahidah rafiq...biar pecah lubang semuanya dah ckp sepandai tupai melompat jatuh.terlungkup terus

    ReplyDelete
  3. Patutlh kaya raya parti mereka mengalahkn pati kerajaan BN siap punya banyak syatikat memang dri awal sda dirancang utk menubukn parti sendiri demi wang demi pangkat darjat dn bukan utk rakyat awal2 lgi tuhan sda tunjukkan bahawa parti warisan tidak layak memerintah dn tidaklayak bertanding...

    ReplyDelete
  4. Bagus la mcm ni. SPRM tak pilih bulu. Moga negara kita 1 hari nanti bebas dari pencuri yg mau jadi pemerintah.

    ReplyDelete
  5. Rasuah semasa dalam umno .. mimang umno penuh dengan syaitan ...kepalanya iblis najib sama puaka rosmah .. pukitaik kamuurang umno syaitan betul !!

    ReplyDelete
  6. Hahaha...UMNO UMNO...SEMUA PEMBANGKANG PUN MO KASI MASUK JAIL..BORING PUNYA CERITA..SKILL SAMA SAJA BALIK2....UBAH JANGAN TIDAK UBAH!!

    ReplyDelete