Sunday, 15 October 2017

MENGAPA ADIK SHAFIE APDAL DITANGKAP SPRM DAN KINI MENANTUNYA? RAKYAT PERLU TAHU



1. Ketika adik Shafie Apdal, Hj Hamid Apdal direman 5 hari oleh SPRM bermula 10 oktober lalu berhubung penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion sejak 2009 hingga 2015, anak-anaknya mendahului siasatan dengan mengadakan sidang akhbar pada 13 Oktober 2017 menyatakan bapa mereka ''bukan jutawan".  Sambil menyatakan bapanya Hj Hamid pernah menerima notis kebankrapan serta baki akaun beberapa ringgit. Mereka berbangga menularkan dalam media sosial seperti Facebook dan whatapps.

2. Apa mereka tahu dokumen rasuah yang tersimpan mengaitkan Hj Hamid dengan kontraktor yang ditahan SPRM? SPRM pastinya bukan 'saja-saja' menahan Hj Hamid jika tiada bukti dan keterangan yang sudah diperolehi lebih awal. 




3. Apa berlaku? Tidak lama selepas sidang media anak-anak Hj Hamid menantunya pula dicekup SPRM untuk siasatan. Jadi ada baiknya menunggu siasatan selesai sebelum membuat kesimpulan. Nanti malu sendiri.



4. Mereka nampaknya tidak tahu siapa Hj Hamid sebenarnya. Apa urusan Hj Hamid malah adik-beradik Shafie Apdal ketika menjadi menteri KKLW. Berapa projek mereka dapat, siapa taukeh dan syarikat mereka gunakan, wang komisen projek diterima (tunai atau cek), dokumen perjanjian projek dan lain-lain lagi. Di luar sana sidang akhbar itu pasti menjadi bahan sindiran para kontraktor yang pernah berurusan dengan Hj Hamid, menggunakan syarikat mereka dan menerima wang rasuah jutaan ringgit.



5. Keluarga Shafie Apdal, Naib Presiden Warisan dan para macai Warisan harus memahami isu ini. Projek KKLW dari 2009 sehingga 2015. Shafie Apdal, keluarga serta proksi mengutip jutaan ringgit komisen dari setiap projek yang diluluskan Shafie Apdal di KKLW. Lebih 66 syarikat dipanggil termasuk semua syarikat yang Hj Hamid, Hj Zul dan Yusof Apdal berurusan. Seorang taukeh bernama Yu Sin Kong pemilik Sinkong Contructions Sdn Bhd direman dan ada ramai lagi bakal ditahan. 


Kontroversi Syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd menjadi Pembinaan Asal Jadi Sdn Bhd (789094-K)


6. Baiklah kita buka satu syarikat yang pernah digunakan serta dihidupkan semula oleh Hj Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal iaitu syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd. Pernah menjadi kontroversi pada tahun 2012. Syarikat ini milik Hj Hassan Osman, keluarga terdekat Shafie Apdal. Pemilik asalnya Hj Hassan Osman seorang muflis namun pernah dipindahkan penama syarikat ini kepada anaknya pada tahun 2009 sehinggalah beliau dilantik semula menjadi pengarah syarikat pada 30 Mac 2017. Selepas 9 tahun Hj Hassan kembali dinamakan dalam syarikat!. Bolehlah Hj Hassan dipanggil dan bertanya bagaimana mereka dalam tahun yang sama membolot projek air.



7. Arwah Mutalib MD dalam portal Sabahkini pada tahun 2012 pernah mendedahkan Syarikat Sama Sama Maju diambil alih dua beradik Shafie Apdal, Hj Hamid Apdal dan Yusof Apdal. Syarikat yang 'nyawa-nyawa ikan' ini hidup kembali apabila Hj Hamid dan Yusof menggunakan Shafie Apdal sehingga mendapat dua projek KKLW pada tahun 2011;

i. KKLW.T.81/2011-Projek Sistem Bekalan Air di Kampung Maligan, Sipitang  bernilai RM26.640 juta.

ii. KKLW.T.80/2011-Projek Sistem Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan, Ranau  bernilai RM33.5 juta 

8. Malah satu laporan polis (Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253) pernah dilaporkan pada 25 Julai 2012 mendakwa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd ketika memperolehi projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) KKLW mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan lain-lain berkaitan.  Ada lagi projek KKLW yang lain.

9. Selepas menyedari kontroversi syarikat yang dikaitkan dengan Shafie Apdal, mereka menukar nama syarikat kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn Bhd (789094-K) pada tahun 2011. Semakan di SSM menunjukkan Penyata Kewangan terkini yang dikemukakan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 pendapatan tahunan syarikat ialah RM 3juta. Modal berbayar RM 1juta dan mempunyai aset berjuta. 

10. Jika keluarga Shafie Apdal terus sembang belakang dan melawan SPRM dengan Sidang Media tidak mustahil projek Hj Zul Hj Apdal iaitu Projek Jalan Pokas - Kuala Bibang Semporna yang dibina oleh Syarikat Ultimate Reserves Group dan Projek Jalan Balung Tawau kos lebih RM50 juta bakal terdedah. 

11. Semua ini melibatkan wang rakyat. Sesetengah projek yang siap tidak menepati spesifikasi projek malah ada projek yang tak siap dalam projek penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion ini. Sebenarnya jumlah RM1.5B itu adalah sedikit berbanding komisen yang diterima oleh penerima rasuah dan projek yang diperolehi kontraktor. Boleh bayangkan berapa jutakah rasuah terkumpul jika 10 % hingga 25% komisen diterima. 

Tahniah SPRM kerana berani menyiasat kes ini kerana melibatkan ramai pemimpin dan kontraktor. Teruskan jangan takut

Nota: Diberitahu ubah suai rumah Hj Hamid tandas saja seperti tandas Hotel JW Marriot Hotel Kuala Lumpur. Itupun anak dia kata bapa masih miskin

Captain M
15 Oktober 2017

5 comments:

  1. Kamurang tidak tau kah kontraktor itu projek sungai intan semporna Wilayah Kaya juga dapat proje di Intake Pulau Banggi..siapa dia??? Kroni/saudara datuk Musa lor..Dato Nik Nazif..hahaha..siapa rasuah..musa kah shafie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko makan barang la

      Delete
    2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=519202721748883&id=414826248853198

      Delete
  2. Benteras rasuah melalui kes terpilih shj...kes2 besar KP cakap tunggu lepas pilihanraya. Apa sebab KP cakap macam tu? Takut? KP sendiri terpalit perkara tak senonoh. Memalukan..kalau KP ni masih pegang jawatan, dia tak fikir ke yg menyebarkan ada bukti lain lg? Ini semua kerja xxxxx

    ReplyDelete
  3. Wrong must not bark like dog.. cry here there and do press conference somemore.. crazy.. political motivated , grieving must be done at own leisure time . Not in front of audience . Please take note

    ReplyDelete