Sunday 1 October 2017

MENGAPA PAUL LOW MAHU MENGAWAL SPRM, LIM KIT SIANG DAP MENYERANG SPRM? KEBETULAN? AGENDA ULTRA KIASU?



1. Sejak 26 September lalu perang mulut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dan Menteri JPM Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mengenai penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN)  secara terbuka mengundang reaksi pelbagai pihak. Apa sebenarnya berlaku?Apa perlunya JITN?

2. Bagi pihak SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya melihat tiada keperluan untuk jabatan baharu itu ditubuhkan yang mana mempunyai peranan seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

3. Mengapa agaknya KP SRPM menegur secara terbuka? Menurut sumber dalaman kertas penubuhan JITN diusahakan sepenuhnya oleh Datuk Paul Low. Malah agensi relevan seperti SPRM, IIM, Suhakam dll telah memberikan maklum balas secara dalaman tiada keperluan untuk meluluskan jabatan baru itu. Bagaimanapun Paul Low berkeras menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 untuk terus menubuhkan JITN. Lebih malang JITN diluluskan ketika YAB PM berada di luar negara.

4. Jadi mengapa Paul Low beria-ia sangat untuk menubuh JITN? Benarkah JITN tidak bertindih fungsi sebagaimana kenyataan Paul Low?. Alasan Paul Low Seng Kuan ialah JITN memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah disiasat secara mendalam di samping memastikan pertuduhan yang berkesan dilaksanakan supaya kejayaan pendakwaan dicapai. Bukankah ini kerja SPRM? Apa lagi Paul Low hendak?

5. Apa benar jika JITN ditubuh maka kes-kes berprofil tinggi selesai? sedangkan dalam masa sama semua kes perlu dirujuk ke pejabat Peguam Negara,  diserah kepada mahkamah yang bukan kuasa jabatan atau agensi sebelum ini? SPRM, EIAC, IIM dan Suhakam turut melalui proses yang sama. Jadi dimana logiknya justifikasi penubuhan JITN kes semua selesai lebih cepat?

6. Kita lihat kertas perjawatan yang dicadang dalam JITN. Iaitu 20 orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang dicadangkan sebagai pegawai JITN. Selebihnya Paul Low memasukkan semua Ketua Unit Integriti dari setiap Kementerian/agensi di bawah JITN sedangkan semua pegawai itu melapor kepada SPRM malah di jabatan/agensi/ GLC  "high risk" pegawai SPRM diletakkan disitu. Jadi dari mana JITN dikatakan tidak mencampuri dan menganggu urusan SPRM? Ini bukan kordinasi tetapi menyibuk dan mengambil pegawai sedia ada. Fikirkan apa 20 orang PTD boleh buat seluruh negara dengan jumlah itu? 

7. Paling tak manis ialah apabila JITN menjadi sebuah jabatan, Paul Low akan melantik konsultan luar dari pasukan untuk menasihati JITN. Ini sangat buruk sekali kerana Menteri meletakkan kepentingannya.


8. Hakikat sebenar tujuan Paul Low ialah mahu menguasai SPRM. Hanya SPRM agensi yang tidak mampu dikuasai oleh Paul Low sejak beliau dilantik sebagai menteri.

Senator Datuk Paul Low Seng Kuan Mencampuri 
urusan siasatan SPRM!


9. Sebelum penubuhan JITN pun Senator Paul Low gemar untuk mencampuri urusan siasatan SPRM. Latar belakang Datuk Paul Low seorang usahawan dan ahli korporat dalam industri pembuatan menjelaskan siapa beliau dibelakang tabir. Paul dikatakan mencampuri urusan kes-kes rasuah yang dihadapi dari komuniti perniagaan cinanya. Paul mahu mengawal SPRM dengan JITN. SPRM sepatutnya menyiasat Paul Low ini!

10. Paul merupakan bekas Pengarah Eksekutif Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd - sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kaca. Selain itu itu beliau adalah bekas presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM). Jadi tidak hairan Paul Low sangat melindungi komuniti peniaga cina dalam rangkaiannya. Sebagai bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) beliau menggunakan kelebihannya sebagai Menteri JPM mahu mengawal SPRM.

11. Namun beliau lupa Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang tidak mungkin akan tunduk dan mahu dikawal dengan JITN yang secara langsung di bawah Menteri Paul Low!


Serangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan 
DAP kepada SPRM

12. Apakah berlaku kebetulan sejak dua bulan ini usaha giat DAP untuk menyerang SPRM begitu kuat sekali. Dipihak pembangkang DAP paling kuat memerangi SPRM. DAP mahu SPRM dan Ketuanya tercalar. DAP bimbang gerak kerja Tan Sri Dzulkifli sekarang yang menangkap pesalah rasuah tanpa memilih bulu terutama pemimpin DAP merencatkan usaha mereka.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Jerung DAP
13. Lim Guan Eng mencabar kesnya di mahkamah untuk menangguhkan kes rasuahnya, Lim Guan Eng menyerang SPRM kerana penangkapan Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh kerana kilang haram, DAP mencabar reman Phee Boon Poh malah lebih kuat kini sehingga menggelar KP SPRM sebagai monyet dan mencadangkan jawatankuasa parlimen diketuai pembangkang untuk menilai semula SPRM. Terbaru Lim Kit Siang mencabar KP SPRM hadir perhimpunan pembangkang. Apa maksud semua ini? 

14. Jika SPRM dibawah Parlimen atau apa saja jawatankuasa yang kononnya diketuai pembangkang untuk menilai SPRM maka Lim Kit Siang boleh mengawal kes anaknya Lim Guan Eng yang dituduh sekarang selain dapat membangkitkan kes 1MDB yang sudah ditutup. 

15. Nampak tak antara Datuk Paul Low Menteri JPM yang mahu JITN dan Lim Kit Siang DAP. Mereka sama saja! Paul mahu melindungi komuniti perniagaan cinanya manakala Lim Kit Siang mahu melindungi anaknya dan DAP menjadi sasaran tangkapan SPRM kerana kes rasuah. 

Perasmian Kompleks Ibupejabat SPRM di 
Putrajaya oleh Perdana Menteri



16. Disebalik Video KP SPRM yang tular marah kepada penubuhan JITN dan sesekali membidas Paul Low Menteri JPM itu, hari ini sempena ulang tahun penubuhan 50 tahun BPR/SPRM YAB Dato' Sri Mohd Najib Perdana Menteri hadir sekaligus merasmikan Kompleks baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti kesungguhan kerajaan perangi rasuah.

17. Bukan itu sahaja YAB PM turut merasmikan Yayasan Prihatin SPRM dan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM5 juta untuk Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM.

18. Apa mesejnya? fikirlah sendiri. Apa Paul Low bantu untuk YAB PM? ketika YAB PM diasak pembangkang apa dia buat? Paul bukan sesiapa dia hanya bernasib baik kerana berasal dari NGO Transparency International Malaysia. Jika tidak siapa nak pandang. JITN hanya tempat Paul Low mengenyangkannya selepas pencen!

Nota: Ultra kiasu sama saja.

Captain M
1 Oktober 2017

5 comments:

  1. Cina tetap cina walau siapa pun dia. Kepentingannya lebih utama dari yang lain

    ReplyDelete
  2. Paul Low jugak salah sorang yang terlibat dengan sumpah untuk jadikan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia di Red Rock Hotel 2011.

    Paul Low jugak yg terlibat bawa masuk kumpulan Pondan untuk bermesyuarat mengenai tuntutan mereka di JPM pada 2015.

    Pendek kata, dia ni memang duri dalam daging

    ReplyDelete
  3. Ultra kiasu ni cina dapigs ke?

    ReplyDelete
  4. Suruh habibul rahman kadir shah & jailani ngah jaga sprm lagi bagus. Aman ..tiada tangkapan.

    ReplyDelete
  5. Pelik.siapa yg melantik dia?so bodoh lagi bahlul.

    ReplyDelete