Wednesday 11 November 2020

KANTOI LAGI! AZMIN ARAH KHAZANAH JUAL SYARIKAT MILIK MALAYSIA SILTERRA KEPADA SYARIKAT ASING?

 


SilTerra milik negara kini menjadi rebutan syarikat Bumiputera, bukan Melayu dan warga asing

Awal minggu ini, akhbar The Edge dan The New Straits Times (NST) melaporkan Khazanah Nasional Bhd bercadang melepaskan sebahagian besar pegangannya di dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Menurut laporan NST, Khazanah yang mahu dirinya digelar sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia, berhasrat melepaskan sehingga 80 peratus pegangannya dalam SilTerra yang kini dimilikinya 100 peratus.

Berita ini tidaklah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan mereka yang mendabik dada sebagai pejuang nasib bangsa kerana nama SilTerra tidak dikenali sangat oleh masyarat Melayu. 


Pendedahan Najib dalam facebooknya mengenai SilTerra hari ini sedikit sebanyak membuka mata mengenai syarikat bumiputera ini milik Khazanah ini.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157482316865952

Namun jika diteliti betul-betul tindak-tanduk Khazanah dari mula hingga sekarang berhubung langkahnya untuk menjual SilTerra, menyinga juga telinga mendengarnya.



Sebelum kita bincang sikap Khazanah ni, elok juga kita mengenali siapa SilTerra ini.

Syarikat yang mempunyai kilang di Kulim, Kedah ini adalah satu-satunya kemudahan memproses wafer silikon- kepingan nipis litar elektronik berintegrasi (IC) atau cip yang banyak digunakan dalam alat elektronik konsumer sekarang, termasuk telefon bimbit.

SilTerra, yang ditubuhkan suku abad lalu, bukanlah kilang wafer Semikonduktor biasa-biasa- ia tersenarai sebagai 16 syarikat teratas pure-play foundry global oleh firma penyelidik industri IC Insights.

Malah, ia membekal produk cip kepada syarikat gergasi teknologi seperti Google, Apple dan Amazon.

Jadi kenapa pula Khazanah nak jual SilTerra?

Bagi Khazanah, SilTerra adalah satu pelaburan yang merugikannya.

Khazanah rugi sebab penubuhan SilTerra memang memerlukan pelaburan permulaan yang besar kerana ia membabitkan teknologi tinggi.

Di peringkat syarikat, menurut laporan The Edge awal tahun lalu, SilTerra sudah mula pulih sejak 2010 dan sudah mencatatkan keuntungan sederhana.

SilTerra pernah mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi tempoh 2014 hingga akhir tahun 2017 sebelum PRU14.

Keuntungan SilTerra sejak beberapa tahun lalu juga disahkan PM7 dalam parlimen tahun lepas apabila dia menjawab kenapa SilTerra terlibat dalam projek kereta nasional ketiga.

https://www.theedgemarkets.com/article/has-khazanah-applied-amend-silterras-local-shareholding-requirement

Apa sekali pun pelaburan ini tidaklah sia-sia sepenuhnya kerana ia terbukti telah memacu negara ke arah pembabitan dalam aktiviti mereka bentuk cip, yang memain peranan penting dalam industri masa depan.

Sayangnya kebanyakan syarikat tempatan yang mendapat manfaat dan dapat terbabit dalam ekosistem SilTerra bukanlah yang dikuasai Bumiputera.

Apatah lagi selepas ini jika Khazanah menjual SilTerra kepada syarikat asing mahupun bukan Bumiputera.

Di sini Azmin Ali sebagai menteri MITI boleh main peranan.

Khazanah perlu memohon kepada MITI dan MIDA - kedua-duanya menjawab kepada Azmin- untuk meminda syarat dalam lesen pembuatan Silterra untuk menjual anak syarikatnya itu kepada warga asing.

Syarat lesen itu berbunyi:

“Sekurang-kurangnya 55% dari saham-saham syarikat ini hendaklah dibeli dan dipegang oleh rakyat Malaysia termasuk sekurang-kurangnya 30% dikhaskan kepada Bumiputra”

Jelas, kalau Azmin tegas syarat itu tidak dipinda atau batal Khazanah tidak dapat jual pegangan majoriti dalam SilTerra kepada warga asing.

Ini bermakna dua syarikat asing - Foxconn dari Taiwan dan  X-FAB Silicon Foundaries dari Jerman- akan terlepas peluang untuk beli SilTerra.


Tetapi kalau cerita ini berakhir dengan penjualan SilTerra kepada Foxconn atau X-Fab, kita tahu siapalah yang hendak disalahkan.

Dua syarikat lain yang turut membida untuk membeli SilTerra ialah syarikat tempatan Green Packet Bhd dan Dagang Nexchange Bhd (DNeX) - kedua-duanya membabitkan rakan kongsi syarikat dari China dalam bidaan masing-masing.

Puan Chan Cheong (CC Puan)

Green Packet tidak asing kepada Khazanah kerana sebelum ini syarikat yang dikuasai oleh Puan Chan Cheong (CC Puan) itu menjual syarikat pengendali telefon selular P1 kepada Telekom Malaysia Bhd, yang sebahagiannya dimiliki Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd.

Telekom membayar RM350 juta untuk pegangan 57 peratus, selain menyuntik modal RM210 juta dalam P1.

Kalau CC Puan berjaya membeli SilTerra bermakna ini kali kedua dia dapat berurusan jual beli dengan GLC - agaknya perlu dijulanglah juga usahawan ini dengan status Most Favourite Partner of GLC.

Di sini kita mahu melihat sejauh mana kuatnya iman Azmin dalam mempertahankan Agenda Bumiputera kerana satu lagi syarikat yang membida untuk membeli SilTerra dikuasai oleh usahawan Melayu yang sudah terbukti berjaya melaksanakan sistem transaksi dagangan elektronik Jabatan Kastam.

Menyentuh hal DNeX ini, menyinga juga dengar sikap Khazanah atau orang tertentu di Khazanah terhadap syarikat milik orang Melayu ini.


Daripada cerita yang dikutip dari pasaran, DNeX mula dipelawa untuk mengemukakan cadangan untuk mengambil alih SilTerra lebih dua tahun lalu.

Ketika itu, CC Puan, mahupun FoxConn atau X-FAB belum terbabit langsung.

Berjutalah juga agaknya DNeX membelanjakan untuk membuat kajian Due Diligence, rangka skim pemulihan dan berurusan dengan pengurusan SilTerra selama tempoh dua tahun lebih itu.

Sehingga dikatakan syarikat Bumiputera itu mendapat “term sheet” dari Khazanah, iaitu dokumen menggariskan butir-butir ke arah merangka perjanjian akhir berhubung pembelian SilTerra itu.

Malangnya, selepas usaha DNeX itu, Khazanah memilih pula untuk membuka pembidaan dengan menjemput pembabitan tiga syarikat lain tadi.

Foxconn, X-FAB dan Green Packet tentu ada kelebihan kerana sudah tahu butir-butir cadangan DNeX.

Bidaan yang sepatutnya ditutup 31 Julai dilanjutkan kepada 9 Oktober lalu, dengan Khazanah menurut laporan NST,  menawarkan kepada pembida untuk mengemukakan tawaran mengikat alternatif iaitu sama ada mengambil alih SilTerra sebagai syarikat majoriti tempatan atau majoriti asing.

Selepas pembidaan ditutup, sudah semestinya Jawatankuasa Pelaburan Khazanah yang diketuai oleh pengerusi jawatankuasa eksekutifnya (EXCO), Goh Ching Yin meneliti tawaran-tawaran yang diterima dan membuat rekomendasi.

Azmin Ali seorang dari BOD Khazanah yang berkuasa
menentukan penjualan syarikat bumiputera


Namun keputusan akhir akan dibuat oleh Lembaga Pengarah Khazanah. Sekali lagi, Azmin, sebagai pengarah Khazanah boleh main peranan.

Tidak ada gunanya untuk membuat spekulasi syarikat mana akhirnya akan berjaya. Apa yang pasti, Azmin mempunyai peranan besar dalam menentukan sama ada SilTerra akan dikuasai oleh Melayu, bukan Melayu atau orang asing.



2 comments: