Tuesday 17 November 2020

LAGI TERBONGKAR GAYA HIDUP MEWAH PENGURUSAN HOKI UNIKL GUNA WANG RAKYAT MARA

 



Kelab yang tak perlu diperkenalkan lagi dan merupakan kelab yang paling kaya di Malaysia iaitu Kelab Hoki UniKL merupakan pasukan Hoki yang ditaja sepenuhnya oleh MARA melalui UniKL. Ini kerana semua duit UniKL adalah dari MARA. Jadi mengapa MARA sewenangnya meluluskan bajet berjuta-juta untuk pasukan Hoki UniKL ? Atau adakah MARA tidak sedar bahawa MARA telah diperbodohkan dengan pembaziran yang tidak masuk akal.Atau adakah MARA pun sekali terlibat? 

Dengan kerjasama dari ramai orang termasuk staff dan juga orang luar, akhirnya semua maklumat telah didapati untuk membongkarkan kegiatan mereka itu. Mungkin kesabaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan orang-orang macam ni yang hidup dengan penuh kepuraan. Mari kita kenali orang-orang hebat ini yang telah banyak merugikan duit MARA. 



DATO AMIR AZHAR 

Dato Amir Azhar merupakan Chief Marketing and Planning Officer (CMPO) di UniKL ,sebuah universiti milik MARA yang menjadi tempat permainannya untuk bersuka ria dengan kuasa pengurusan berada 100% di tangannya. Telah banyak laporan dalam UniKL yang telah diadukan secara rahsia. Jika dilaporkan secara terang, maka tak lamalah bekerja, mesti kena buang. Sebab UniKL tidak suka orang yang kerja dengan jujur. MARA pun seolah merestui cara UniKL. Ada juga ura-ura menyatakan seluruh pengurusan MARA dan juga kementerian KPLB berada di dalam genggamannya. Kerana itulah dia sangat kebal dari tindakan tatatertib dan tidak terganggu gugat kedudukannya di UniKL. 

Agak sukar untuk mengetahui perangai serta latar belakang dia kerana sikapnya yang low profile tetapi Alhamdulillah sejak kebelakangan ini ramai yang sudah tidak tahan dengan sifat kuku besi Dato Amir tampil dengan dirahsiakan identiti mereka untuk memberikan info tentang siapa sebenarnya Dato Amir. Mereka melabelkan Dato Amir sebagai low profile tetapi kejam. Kerana segala keputusan mesti melalui dia termasuk bayaran bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan lain-lain. Ramai juga yang mempersoalkan gaji Dato Amir yang mencecah hingga 40k tetapi selalu tidak berada di pejabat. Tiada siapa yang tahu di mana dia berada kerana dia sukar untuk terima panggilan dari sesiapa dan hampir mustahil untuk membalas mesej yang dihantar samada melalui email atau wasap. Betapa tingginya darjatnya. 


1. Siapa Dato Amir Azhar? 

https://www.unikl.edu.my/about-us/corporate/top-management/ 

Hal ini sudahpun diketahui oleh semua warga UniKL. Jadi kalau Dato Amir buat sesuatu ikut suka hati dia kenapa takde apa tindakan yang diambil? Ini kerana seluruh Dato Amir telahpun secara teratur menyusun kroni-kroni nya di semua jabatan penting seperti Hr,kewangan dan bahagian pengurusan tertinggi sejak UniKL ditubuhkan. Dato Amir dilabelkan sebagai untouchable di UniKL dan MARA. Antara sebab utama kenapa dia dilabel untouchable adalah kerana Dato Amir sering menggunakan nama Agong dalam banyak upacara majlis di UniKL menyebabkan ramai menyangka dia sangat rapat dengan Agong.

Hal ini digunakan sebaik-baiknya di dalam kerjayanya di UniKL dan MARA yang mana Dato Amir memanfaatkan sangkaan orang ramai padanya yang menyangkakan Dia dan juga Agong punyai hubungan yang ramat. Dan yang paling jelas adalah apabila Dato Amir meletakkan nama stadium Hoki UniKL sempena nama Agong untuk menunjukkan betapa dia ada hubungan yang kuat dengan Agong. Nampak tak bertapa bijaknya dia memanipulasi psikology orang di sekeliling untuk menunjukkan betapa berkuasanya dia. Kenapa Dato Amir perlukan reputasi sehebat itu? Menurut sumber dalaman UniKL , semua projek di UniKL perlu melalui kelulusan Dato Amir secara langsung atau tidak langsung, pokoknya dia yang kawal segalanya. Jadi untuk melancarkan rancangannya, dia perlu mendapatkan pengaruh yang besar dan apa yang dia Nampak boleh dimanipulasi adalah layanan baik Tuanku Agong terhadap semua orang di UniKL . Bijak kan? 


2. Apa hubungkait Dato Amir dengan Stadium Hoki UniKL ? 


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/08/459997/stadium-dah-siap 

Sebenarnya Dato Amir adalah orang yang bertanggungjawap mengetengahkan idea untuk membina stadium dengan harapan untuk bodek Agong. Dia tahu Tuanku Agong sangat minat dengan sukan Hoki 

dan sangat berharap sukan Hoki akan berkembang dan mencapai kejayaan seperti dulu, kerana itulah dia mempergunakan harapan dan niat baik tuanku dengan menunjukkan dia sangat ambil berat tentang cita-cita dan harapan tuanku Agong itu. 

Tetapi, niat yang tidak baik akan selalu menemui jalan buntu. Pada bulan lepas, media telah membuat laporan mengejut tentang keadaan stadium yang telah rosak 70% kerana telah diabaikan penyelenggaraannya sejak tahun 2018 selepas Tuanku Agong merasmikan stadium itu. Jika benar Dato Amir betul berniat untuk sama-sama membangun cita-cita tuanku dan jujur dalam perancangan masa depan Hoki, dia tidak akan mengabaikan Stadium yang mana dia sendiri mencadangkan untuk meletak nama Tuanku di stadium itu. Sangat jelas niat tersembunyi Dato Amir mengambil kesempatan atas kemuliaan budi pekerti tuanku. Stadium yang telah rosak teruk itu bukti betapa Dato Amir mempunyai niat yang buruk. 

Dato amir tidak akan buat sesuatu tanpa benefit pada diri dia sendiri. Dato Amir tidak peduli tentang pembangunan Hoki seperti yang dicanangkan sebelum ini. Buktinya semenjak penubuhan pasukan Hoki UniKL tidak ada langsung program pembangunan akar umbi yang dilaksananakan oleh Dato Amir di UniKL. Apa yang dia cerita di media adalah tipu belaka. Orang dah biasa menipu ni setakat menipu media tu kira makanan dia. Tanpa segan silu dia akan menipu tanpa henti. 

Menurut sumber dalaman UniKL sendiri, bajet sebanyak 3 juta yang Dato Amir dapatkan dari UniKL khas untuk kejuaraan Hoki dan juga pembangunan Hoki UniKL , tetapi tidak pernah dilaksanakan. Hanya dibazirkan dengan pembelian pemain berkelas dunia dan membayar jurulatih kaki mabuk yang tidak berdisplin. Program pembangunan Hoki ini asalnya adalah idea Tuanku Agong. Dato Amir dengan bijak memanipulasi idea dari Tuanku Agong untuk mendapatkan bajet selama bertahun-tahun. UniKL secara kaburnya telah ditiou oleh perancangan licik Dato Amir ini. Jika benar Dato Amir berbuat begitu mengapa tiada tindakan dari UniKL? Mudah saja, kerana semua di bahagian pengurusan tertinggi adalah kroni Dato Amir yang telah dilantik. Jadi siapa yang nak mempersoalkan dia? 

Ada banyak isu yang dibuat oleh Dato Amir yang langsung tidak diendahkan oleh UniKL antaranya adalah gagal membayar gaji 2 jurulatih dari luar Negara. Perkara ini telah menjadi buah mulut di Negara luar tetapi tidak diendahkan oleh Dato Amir dan juga UniKL. Adakah berpuluh-puluh ribu gaji jurulatih telah pun Dato Amir sapu? Hanya UniKL yang mampu menjawap persoalan ini kerana isu ini sangat sulit dan tidak pernah dibincangkan di peringkat dalaman UnIKL seolah-olah sengaja didiankan oleh semua pihak menyebabkan jurulatih dari barat itu kecewa tanpa mendapat pengadilan sewajarnya. 

Bagaimana dengan Dato Mazliham pula? Sejak dulu lagi Dato Mazliham hanya mengikut telunjuk Dato Amir. Tak ubah seperti monyet yang mendapat pisang. Disuruh menari dia menari, disuruh melompat dia melompat, begitulah Dato Mazliham. Dato Mazliham selain dari bijak menggunakan duit UniKL untuk mempromosikan dirinya sendiri di media massa, dia juga dilihat sebagai pakar pembaziran di UniKL dengan kegagalan UniKL gagal kaut keuntungan selama bertahun-tahun menjadikan dia sebagai punca terbesar kepada kemerosotan perniagaan di UnIKL . Dato Amir hanya mempergunakan Dato Mazliham untuk membuat keputusan secara rasmi memandangkan Dato Mazliham lurus dan senang diperbodohkan. Dato Amir membina stadium Hoki dengan bajet 20 juta dan melantik kontraktor yang juga kroninya sendiri. Untuk menutup tembelangnya, dia menamakan nama stadium itu dengan nama Tuanku Agong supaya tidak ada dari pihak media atau lain yang bertanya tentang hal stadium. 

Tetapi sayang seribu kali sayang, tembelangnya pecah apabila stadium yang dinamakan sempena nama Agong didapati dalam keadaan yang amat teruk yang mana padangnya tidak lulus untuk digunakan disebabkan rosak teruk. Selain itu juga sistem perparitannya rosak, atapnya roboh, lantainya pecah, kebocoran berlaku setiap kali hujan , tiang pagarnya roboh tanpa dibaiki. Rumput terbiar tanpa dipotong dan bangunan dibiarkan kosong tanpa penyelenggaraan. Ini semua kerana kroni punya pasal habis jahanam stadium. 

Keadaan rumput yang tidak dipotong seolah rumah
yang telah lama ditinggalkan 


                     
                      Pagar stadium yang roboh dibiarkan tanpa diselenggara 




Stadium terbiar selama bertahun-tahun dengan keadaan yang sangat menyedihkan 




Stadium yang terpampang nama Agong berada dalam keadaan yang amat memilukan dan menyedihkan. Jelas perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan Agong. Tujuan sebenar Dato Amir meletakkan nama Tuanku Agong di stadium adalah dengan tujuan lain, supaya lain kali apabila Dato Amir berkeinginankan sesuatu dengan harapan Tuanku Agong akan menunaikan hajatnya. Begitu liciknya Dato Amir. Jika betul dia jujur, dah tentu dia memantau dan menyelenggara dengan baik stadium itu. Stadium itu terbiar terus selepas majlis pelancaran oleh tuanku Agong pada tahun 2018. Selepas pelancaran itu stadium terus terbiar. 

Apa yang dirancang oleh Dato Amir sebenarnya? Sudah tentu pangkat dan kuasa. Dato Amir bijak dan licik. Kerana dia tahu dengan cara mendedahkan kepada umum bahawa dia ada hubungan baik dengan tuanku Agong, maka jawatannya di UniKL akan selamat dan tidak terganggu oleh MARA. 

3. Betulkah Dato Amir terlibat dalam salahguna kuasa dan rasuah? 

Dato Amir adalah orang yang paling berkuasa di dalam UniKL . Hampir semua perkara berada di bawah arahannya termasuk projek-projek besar seperti Konvokesyen,projek pembinaan skala besar . Baca laporan penuh oleh pekerja dari UniKL sudah tidak tahan lagi dengan salah guna kuasa Dato Amir di bawah ini. Menurut info dalaman dari sumber yang tidak dapat didedahkan, Dato Amir selalu tidak ada di pejabat, masuk lambat ke pejabat setiap hari, tidak menguruskan UniKL dengan baik dan hanya menguruskan hal berkaitan dengan projek yang besar sahaja. Tidak ada sesiapa pun yang boleh ambil tindakan kepadanya kerana pihak HR pun telah diikat hidungnya seperti lembu dan hanya menurut perintah. Bahagian kewangan pula hanya menurut sahaja tanpa bantahan. Dan yang paling pelik, pihak 

MARA pun tak pernah langsung datang untuk melakukan lawatan atau audit tergempar di UnIKL. Adakah MARA pun takut pada Dato Amir? Apa yang berlaku sebenarnya ni ? 

https://captainmgs.blogspot.com/2020/10/buang-amir-cmpo-kaki-rasuah-dan-kekasih.html 


Dato Amir juga adalah orang yang bertanggungjawap sepenuhnya dalam pemilihan pemain dan juga jurulatih. Arul selvaraj tetap dibayar setiap bulan berpuluh ribu walaupun tak buat apa-apa kerja adalah arahan darinya kepada pihak kewangan UniKL. Banyak pembaziran yang telah dilakukan oleh Dato Amir tetapi tidak dipertikaikan oleh sesiapa. Ini kerana Dato Amir mempunyai kelebihan untuk mempengaruhi bahagian Hr untuk memberhentikan atau memindahkan sesiapa sahaja yang ingkar arahannya. Sungguh menakutkan kan? 

Dengan kuasanya yang mana HR dan pihak kewangan di bawahnya, kalau Dato Amir terlibat dengan rasuah atau salah laku adakah akan diambil tindakan? Tentunya tidak sebab pihak kewangan boleh tipu di bahagian audit sepeti yang dilakukan setiap tahun manakala pihak MARA hanta tutup mata dan pihak HR tidak ambi apa-apa tindakan seperti yang telah dilakukan sejak dulu lagi. Apa dah jadi dengan universiti milik MARA ni? Memang tak jadikan agama tu sebagai panduan ke? 


4. Betulkah Dato Amir terlibat dengan hubungan sulit dengan staff bawahannya? Betulkah Dato Amir halang CEO baru masuk? 

https://captainmgs.blogspot.com/2020/10/buang-amir-cmpo-kaki-rasuah-dan-kekasih.html 

Perkara ini bukan perkara yang baru. Pada tahun 2019, tular di media sosial dan telah dihantar ke semua kementerian termasuk MARA sendiri screenshot wasap antara staff bahwahannya dengan dirinya perbualan seperti sepasang kekasih . Bercinta itu tidaklah salah, Cuma yang salah adalah Dato Amir 

sudah berumahtangga dan anaknya juga sudah meningkat dewasa manakala kekasih gelapnya juga sudah berkahwin dan mempunyai anak yang sudah memasuki universiti. Dan yang tidak mengejutkan adalah tiada tindakan yang diambil oleh pihak HR. Seperti yang sedia maklum HR telahpun dicucuk hidungnya seperti lembu. Cuma persoalannya mengapa MARA hanya berdiam diri? Apa sudah jadi dengan organisasi gah yang menjadi kebanggan Bumiputera ini sehingga membenarkan perbuatan yang tidak bermoral berlaku. Adakah itu tandanya MARA merestui perbuatan mereka. Jika tidak, Jadi mengapa tindakan yang tidak bermoral ini dilakukan sewenang-wenangnya di dalam universiti milik MARA tidak dikenakan apa-apa tindakan? 

Menurut sumber dari UniKL sendiri,Pada tahun 2019 , Dato Mazliham sangat cover baik Dato Amir dan kekasih gelapnya tanpa dikenakan apa-apa tindakan walaupun perbuatan mereka itu tular di media sosial dan hampir semua badan kerajaan. Apakah Dato Mazliham juga takut pada Dato Amir sebab selalu mendakwa dirinya orang tuanku Agong? Mengapa Dato Amir terlalu berusaha keras untuk memberitahu semua pihak bahawa dia adalah orang penting Tuanku Agong? Sangat mencurigakan. 

Dan benarkah Dato mempunyai kuasa untuk halang CEO baru masuk? Nampak macam tak masuk akal. Tetapi jika dilihat cara dia kawal UniKL boleh jadi dia sedang melambatkan proses kemasukkan CEO baru. Persoalannya kenapa? Adakah sekarang dia sedang bersihkan semua tahi yang dia dah buat? Atau adakah dia tak nak semua maslaah yang dia buat kantoi ? 

Satu surat rasmi telah dihantar kepada MARA dan KPLB oleh staff dalaman di UniKL untuk melaporkan kepincangan yang berlaku di UnIKL baru ini dan tular di media social. Namun seperti biasa tiada apa-apa tindakan yang diambil. Adakah Dato Amir begitru kebal dengan imej yang dicipta sebagai orang Tuanku Agong? Adakah MARA dan KPLB pun tak berani nak ambil tindakan pada Dato Amir? Apa dah jadi ni? 


5. Apa yang Dato Amir akan lakukan setelah mengetahui segala perancangan liciknya akhirnya terbongkar? 

Sudah tentu tiada apa tindakan yang akan diambil kepada dia kerana orang di dalam unikl semua kroni dia. MARA pula mungkin akan tutup mata seperti selalu.Seperti biasa Dato Amir akan menafikan apa sahaja tuduhan kepadanya dan berdiam diri. Dan Dato Amir pula akan tunggu masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Tuanku Agong untuk minta ‘payung’ seperti yang selalu dilakukan. Apa sahaja yang Tuanku Agong hajatkan rakyat dengan sedaya upaya akan tunaikan. Bagitu kasihnya rakyat kepada tuanku. Dato Amir hanya ingin gunakan kelebihan itu untuk kepentingan dirinya. Sampai bila Dato Amir akan mempergunakan budi baik Tuanku Agong yang sentiasa memandang tinggi pada UniKL ? 


ARUL SEVARAJ 

Arul Selvaraj merupakan ketua Jurulatih Hoki Kebangsaan pada masa ini. Arul menggalas tanggungjawap besar dalam misi Malaysia memburu kejayaan untuk skuad hoki Negara. Namun hakikatnya layakkah Arul? 

Arul sudah tidak asing lagi bagi peminat dunia hoki tanah air. Yang paling mengenali Arul sudah tentunya pemain yang pernah dilatih olehnya walaupun rata-rata pemain yang pernah diletakkan untuk berlatih di bawah Arul menyatakan tidak belajar apa-apa dari Arul. Apa yang berlaku sebenarnya? 

Jika Arul tidak kompeten, mengapa Arul dipilih oleh MHC sebagai jurulatih Hoki kebangsaan? 


Kita akan merungkai satu persatu siapa Arul

1.  Arul nyatakan dia tak kesal datang ke Malaysia. Betul ke? 

https://www.astroawani.com/video-malaysia/arul-selvaraj-tidak-kesal-datang-ke-malaysia-1699866 

Nak tahu kenapa Arul tidak kesal datang ke Malaysia? Sebab di Ireland Arul tak buat aa-apa pun. Kalau dia cakap dia sedang coaching team di Ireland semua tu tipu. Orang penipu dan kaki mabuk macam Arul takde siapa dari kelab luar nak ambil dia sebagai jurulatih. 

Arul Selvaraj merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Ireland. Mengapa dia tinggal di Ireland? Apa pekerjaannya sehingga dia mampu tinggal di Ireland? Sebenarnya Arul tidak bekerja pun. 

Dia hanya berbelanja dengan duit gaji bulanan yang dibayar kepadanya setiap bulan tanpa perlu membuat apa-apa. Dia boleh enjoy duit tu di Ireland tanpa sesiapa pun yang menyoalkan tentang hal ini. Semua Dato Amir Cover. 

Kenapa Arul menerima gaji sedangkan Arul tidak membuar apa-apa kerja?Kenapa UniKL masih membayar gaji Arul? Yang bertanggungjawap dalam urusan gaji Hoki di UniKL ini adalah Dato’ Amir Azhar. Nampak tak macamana mereka semua ni berkait rapat. Selain dari Arul yang Dato Amir ‘cover’ baik bagi gaji buta, Dato Mirnawan juga sama, makan gaji buta tanpa berbuat apa-apa setakat jual air liur sahaja. 

Nampak tak sekarang kenapa Arul suka sangat datang Malaysia? Sebab ada kroni dia MHC dan sekutu-sekutu yang sama perangai macam dia. 



2. Kenapa Arul Selvaraj selaku kaki mabuk tegar tidak layak menjadi jurulatih. 

https://www.sinarharian.com.my/article/98616/BERITA/Sukan/Tiada-pilih-kasih-dalam-Malaysian-Tigers 

Pada waktu ini, MHC telah membuat kesilapan yang sangat besar dalam mempertaruhkan masa depan skuad Hoki Negara kepada kaki mabuk Arul Selvaraj yang sudah ramai tahu sangat suka mabuk pada waktu malam. Arul sangat kenal dengan mulut manis dan kepetahan bercakap menyebabkan ramai yang tertipu dengan personality Arul. Walaupun Arul sekarang memimpin skuad kebangsaan, hakikatnya skuad kebangsaan harus bergantung dengan diri mereka sendiri kerana Arul tidak akan dapat membantu mereka untuk memajukan diri kerana Arul sendiri merupakan individu yang tidak layak dari segi skil, displin, emosi dan teknikal. Kerana itu sewaktu di dalam pasukan hoki unikl, Arul mendesak untuk mengambil pemain bertaraf dunia dengan bayaran hampir RM100K seorang untuk bermain dengan pasukan UniKL . 

Kerana itulah pasukan Hoki UniKL sangat kebal dan sukar dikalahkan. Pasukan Hoki UniKL sebenarnya sudah menjadi pasukan unbeatable selepas mempunyai 6 pemain dunia dalam pasukannya. Dengan kemenangan sejak 2018, Arul dilihat sebagai jurulatih berkaliber sedangkan Arul tidak buat apa-apa pun.Semua pemain yang tentukan. Dia hanya menjerit-jerit di tepi padang pada hari perlawanan untuk menunjukkan dia juga sebahagian dari strategi namun realitinya Arul hanya ada mentality sampah. Kenapa MHC pilih Arul yang sememangnya tidak berkaliber? Jawapannya adalah MHC dan Arul adalah Kroni . MHC sangat tidak profesional dalam membuat keputusan 


3. Adakah Arul Jurulatih contoh? Sudah tentu tidak! 

Sedang Arul rancak menipu orang ramai dengan misi palsunya terhadap skuad Negara, ramai sudah terlupa kejadian yang telah menimpa mendiang Chua Boon Huat. 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemain-hoki-kebangsaan-chua-boon-huat-meninggal-

https://www.thestar.com.my/news/nation/2013/08/06/500-pay-final-respects-to-boon-huat 


Semua tahu Boon Huat meninggal disebabkan oleh kemalangan. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pada malam kemalangan itu, Arul mengajak Boon Huat untuk sama-sama minum arak dan mabuk. Pesoalannya jurulatih jenis apakah yang sama-sama mabuk dengan pemain. Arul bernasib baik kerana di MHC adalah kroninya dan cover baik di belakang Arul. Cerita sebenar tidak didedahkan kepada orang ramai tetapi kepada pemain yang pernah bermain sama dengan Boon Huat tahu apa yang berlaku. Arul tak pernah minta maaf atas kesilapannya ajak pemain mabuk bersama malah meneruskan lakonannya dengan menunjukkan rasa simpati atas pemergian mendiang. Itu saja yang mampu dibuat oleh tahi arak seperti Arul.
 



Tular pada tahun 2018 yang lalu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pemain pasukan UniKL apabila Arul tanpa belas kasihan memaki hamun seorang pemain yang terlewat 10 minit ke taklimat pagi akibat kemalangan jalan raya sewaktu sedang menuju ke taklimat pagi pasukannya. Apabila tiba di taklimat itu pemain tersebut ingin menjelaskan mengapa terlewat tetapi belum sempat pemain itu berbicara Arul telah menyambutnya dengan makian ,hinaan dan ugutan yang membuat pemain itu tanpa berfikir panjang membuat laporan polis kerana merasa terancam. Dalam keadaan lukanya yang masih berdarah akibat kemalangan, Arul tidak ambil peduli kerana itu adalah sifat sebenar Arul yang hanya pentingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa. Perkara ini telah dilaporkan ke UniKL tetapi tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap Arul. 



4. Adakah Arul akan membawa pembaharuan dalam sukan Hoki Malaysia 


https://www.sinarharian.com.my/article/98458/BERITA/Sukan/Arul-terapkan-elemen-sains-sukan-dalam-jiwa-Malaysian-Tigers 


Jawapannya tidak. 

Kerana Arul merupakan jurulatih yang berotak udang, hanya bergantung kepada strategi pemain. Tapi kalau ada pelawat yang datang, dia punya wayang memang hebat. Apa yang kita boleh harapkan dari Jurulatih kaki mabuk ini? Kalau dah mabuk, dah tentu pemikirannya pun tidak seimbang. Jadi jika Arul ada cerita ingin menerapkan sains sukan dalam sukan Hoki baik lupakanlah. Sebab Arul sendiri tak faham apa itu sains sukan. Mungkin kalau jenama arak Arul boleh hafal. 

Tak perlu cerita tentang sains sukan kalau nak naikkan mutu permainan pemain, betulkan sikap berat sebelah dan tidak profesional MHC dulu kemudian baru cerita tentang sain sukan


5. Kenapa Arul tak nak ada pembantu jurulatih? 


https://www.hmetro.com.my/arena/2020/08/614867/arul-tak-perlu-tambahan-jurulatih 


Tak susah pun nak agak kenapa Arul tak nak ada pembantu jurulatih. Kalau ada jurulatih, kantoi lah setip kali tak datang latihan sebab mabuk dan kantoi juga reputasi Arul yang sebenar iaitu tidak pandai dalam strategi. Arul hanya perlukan pembantu jurulatih yang hanya menurut kata Arul. Tetapi tidak menjadi masalah jika pembantu Jurulatih itu seperti kayu dan orang suruhan sepertimana yang terjadi di pasukan UniKL selama bertahun-tahun menyaksikan Arul mempunyai pembantu jurulatih yang sangat setia Saiful Azhar. Apakah tugas pembantu Saiful Azhar? Mudah sahaja. Jadi pak turut, bersekongkol dengan arul dalam apa jua acara dan tidak berbuat apa-apa dengan makan gaji buta yang diberikan oleh Dato Amir melalui duit UniKL yang diberi oleh MARA.

Arul dengan pembantu setia hujung nyawanya pak turut Saiful Azhar 


6. Adakah Arul berpengalaman luas dalam Hoki? 



https://www.utusan.com.my/sukan/2020/08/malaysian-tigers-tagih-pengalaman-arul/ 

Seperti yang ditulis oleh media, Skuad Hoki memerlukan pengalaman Arul untuk membantu skuad kebangsaan ini untuk beroleh kemenangan. Persoalannya di sini adakah Arul mempunyai pengalaman yang bagus? Kalau Arul ada pengalaman dan seorang jurulatih yang bagus, di mana surat sokongan dari kelab yang kononnya kelab yang Arul bekerja sebagai jurulatih? Jawapannya memang tiada kerana Arul hanya menipu sepanjang hidup dia. Kita nak terus ditipu oleh kaki mabuk ni ke? 

Jika dilihat secara teliti, Arul Selvaraj tidak berdiri atas kaki sendiri. Dia hanya pandai mengampu dan mengharapkan orang tertentu seperti Dato Amir dan juga MHC yang terdiri dari Kroninya untuk menyelamatkan dirinya. Tidak ada kelab dari luar Negara yang mahu mengambil Arul sebagai jurulatih kerana di luar Negara banyak kelab sudah tahu prestasi Arul yang tidak stabil dengan pengalamannya yang tidak banyak ditambah lagi dengan perangai pemabuknya yang sangat teruk. 


7. Adakah pemain skuad kebangsaan yakin Arul mampu memimpin mereka? 

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1867762 

Rata-rata pemain sangat mengenali Arul yang terkenal dengan kaki mabuk dan kaki perempuan. Oleh kerana Arul seorang yang berkeluarga maka sudah tentu dia pandai makan pandai simpan. Jadi adakah pemain mengharapkan sesuatu dari Arul? Sudah tentu tidak. Tetapi mereka perlu akur kerana Arul yang akan memilih siapa yang akan mewakili Negara untuk skuad Hoki. Jadi mereka hanya akan diam sahaja walaupun tahu Arul yang kalau mabuknya masih ada Arul akan memaki hamun pemain sesuka hati sehingga pernah ada laporan polis yang dibuat terhadap Arul kerana insiden dia hamper memukul pemain disebabkan hilang pertimbangan. Sudah tentu boleh agak hilang pertimbangan disebabkan apa, masih mabuk mungkin. 

Mana LHDN?

Arul seorang rakyat Malaysia yang menerima gaji beratus ribu setiap tahun, tetapi kenapa LHDN tak kejar dia walaupun dia tak bayar tax sejak dulu lagi. Mohon pihak LHDN pantau perkara ini. Semua rakyat Malaysia bersussah payah bayar tax untuk bantu kerajaan, tapi Arul bersenang lenang di Ireland balik ke Malaysia untuk terima gaji tinggi tapi tak nak bayar tax. Mohon LHDN segera siasat biawak hidup ini. 


8. Apakah sumbangan Arul pada skuad Hoki UniKL selama 10 tahun penglibatan Arul dalam pasukan itu? 

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/12/642382/unikl-kecewa-mhc-lewat-buat-keputusan 

Hakikatnya tiada apa-apa sumbangan. Adakah kemenangan dalam liga yang lepas dikira sebagai sumbangan? Sudah tentu tidak kerana 6 pemain yang diimport adalah pemain berkelas dunia. Jika nak hantar pasukan UniKL ke olimpik pun sudah mampu dengan kekuatan yang mereka ada dengan sokongan pemain berkelas dunia. 

Arul tidak pernah turun padang untuk melihat pemain berlatih, hanya akan turun kalau ada liputan media. Kalau ada perbincangan sebelum perlawanan, Arul hanya akan memberikan pemain import untuk berbincang dengan team. Arul tidak pernah memotivasikan team, hanya akan ugut akan membuang pemain atau dijadikan simpanan jika pemain tak mendengar katanya. Pernah juga pemain hampir dipukul dan pemain semua kerap dimaki. 

Arul seorang yang bermulut manis. Apa yang Arul katakan tidak sama dengan apa yang dilakukan. Arul hanya pandai ‘goreng’ dan membazir. Kepakaran sebenar Arul adalah mabuk.Selain dari itu Arul dilihat tiada fungsi sebagai jurulatih dengan bayaran sebanyak 150k setahun. Arul selalu memberitahu pemain dan orang di sekelilingnya bahawa Arul mempunyai hubungan yang baik dengan Agong. Namun kita semua tahu itu adalah pembohongan yang nyata, masakan Agong nak berkawan dengan kaki mabuk dan penipu macam Arul. Jelas menunjukkan Arul nak gunakan nama baik Tuanku untuk tujuan peribadi dia. Sangat jijik taktik ni.

Dan yang paling penting duit yang digunakan adalah duit MARA dengan peruntukan sebanyak 3 juta setiap tahun. Ini menjadikan pasukan UniKL di bawah bimbingan Arul telah melakukan pembaziran yang amat besar . Siapakah yang mengizinkan pembaziran duit MARA ini berlaku ? Semua sudah boleh agak, semestinya Dato Amir Azhar Presiden Hoki UniKL. Adakah mereka ada ambil percentage?Itu kena panggil SPRM siasat. Tungguuuu. 

Kesimpulannya, adakah kita hanya akan mendiamkan diri apabila tahi arak seperti Arul sedang kearah menghancurkan arena Hoki tanah air bersama kroniny mhc?Adakah kita hanya akan mendiamkan diri 

apabila Arul sewenang-wenangnya menyebut nama Agong yang kita sayangi sebagai tiket mudah untuk Arul dalam sukan Hoki? Orang seperti inilah yang kita panggil duri dalam daging yang harus kita singkirkan segera. 

Dulu, sukan Hoki di Negara kita merupakan sukan utama yang lebih popular dari bola sepak. Sekarang, dengan adanya orang yang bermulut manis macam Dato Amir, pemabuk tak guna macam Arul dan orang yang pandai wayang cakap tak serupa bikin macam Dato Mirnawan mereka inilah yang akan yang secara senyap menhancurkan Hoki Malaysia dari dalam. 

Kalau perasan, Mereka tidak memberi ruang kepada pembangunan Hoki dan juga bakat baru dalam kepimpinan Hoki tanah air untuk menyerlah. Tahu tak kenapa? Jawapannya adalah Sukan Hoki di Malaysia ini adalah tempat mereka buat duit dengan mudah dan mereka tak nak kongsi dengan orang lain Sebab itu di Malaysia , sukan hoki di bahagian kepimpinan muka sama je bertahun-tahun macam Subhan kamal dari MHC. Berapa lama dia pegang jawatan presiden MCH,tetapi boleh dibilang dengan jari sumbangan Subhan Kamal pada Negara. Asyik keluar TV tapi tak tau apa yang di nak capai. 

Bukan nak rasis. Tapi tak Nampak ke apa yang sedang terjadi sekarang ni? Arul tu orang India. Datang ke universiti milik MARA buat huru hara, lepas tu ada pulak malaun Melayu yang sokong dan bantu Arul kaki mabuk ni. Dekat MHC pun monopoli semua orang india. Apa nak jadi dengan sukan Hoki ni? Dah jadi sukan racist ke? Kita semua takde masalah hidup berbilang bangsa tetapi apa yang mereka semua ni tengah buat? Kenapa nak jadikan sukan sebagai racis? 


Adakah sukan Hoki UniKL hancur sebab MHC kepimpinan subhan yang beri pengaruh buruk? Atau adakah disebab kan Dato Amir dari Universiti kebanggaan Bumiputera Melayu UniKL yang terlalu beri muka kepada pemabuk india Arul? Dan yang paling pelik kenapa Dato Mirnawan yang kononnya ikon sukan Negara ini hanya diam dan menyokong perbuatan Arul ? Adakah dia juga terlibat sama? 

Adakah kita meletakkan masa depan sukan kita pada tangan mereka yang tak layak ini? Fikirkan. 


1. Siapakah Dato Mirnawan? 

Seperti yang kita semua tahu Dato Mirnawan adalah bekas pemain Hoki tanah air dan merupakan seorang pemain berkelas dunia pada satu masa dahulu. Tetapi pada siapa yang mengenali Dato Mirnawan pada masa sekarang, dia seorang yang tiada pendirian. Dia hanya jaga bontot sendiri dan tak berani tegur kesalahan orang lain dalam dunia Hoki. Dia , Arul dan Amir merupakan kawan baik. Mereka sentiasa cover line satu sama lain. Adakah dia juga kaki mabuk macam si taik arak Arul ? Adakah Amir juga Tahi arak ? Kita pasti dapat bongkarkan satu hari nanti . 


2. Kenapa Dato Mirnawan tidak mengambil inisiatif menegur Arul?  




Sebagai seorang ikon sukan Negara, sepatutnya dia lebih peka kepada perubahan dair segi strategi dan juga corak permainan yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Malangnya Dato Mirnawan ini seorang yang mementingkan diri sendiri. Dia tetap menggunakan dan menyokong system latihan dan strategi zaman tok kaduk yang sudah lapok digunakan untuk melatih pemain sekarang dan yang paling jelas adalah dia tidak mahu bekerjasama dengan kelab-kelab dari luar Negara yang menawarkan pertukaran pengetahuan Dalam bidang Hoki kerana khuatir pengetahuannya yang cetek dalam bidang hoki moden kombinasi dari system pengurusan pemain hingga ke strategi permaianannya. Dia betul menjaga parameternya memastikan supaya dia kekal relavan.

Pada dirinya, kemajuan sukan Hoki Negara tidaklah penting mana kalau dibandingkan kemewahan hidupnya hasil dari sukan Hoki terutamanya UniKL yang membayar gajinya macam gaji buta tanpa dia perlu buat apa-apa. Peminat Hoki pastinya perasan Dato Mirnawan jika mengulas kelihatan seperti pemain Hoki peringkat kolej sahaja kerana pengalamannya di arena sukan Hoki moden sangatlah cetek. Jadi apa yang keluar dari mulutnya hanyalah cerita dan teknik lama zaman dahulu kala. 

Di tanahair Malaysia, siapa yang tidak kenal Dato Mirnawan. Dia seorang pemain yang bagus dan banyak kali mengharumkan nama negera tetapi mengapa apabila berkaitan dengan pengurusan dia  langsung tidak ambil pusing dan tidak mahu campur? Begitulah perangainya sejak 2009 bersama pasukan hoki Unikl apa sahaja masalah termasuk pembayaran gaji pemain yang lewat, masalah pemain dengan jurulatih, masalah pemain datang lewat, masalah jurulatih tak hadir semua dia tidak pernah diambil tahu. Yang penting gaji masuk setiap bulan. Jadi apa fungsinya sebagai penasihat? Jika dilihat, jelas menunjukkan kan dia dan Arul adalah teman rapat. Jika begitu adakah Dato Mirnawan juga kaki mabuk seperti Arul? Kalau benar, kita nak ke jadikan pemabuk ni sebagai idola kita? Apa dah jadi dengan dunia Hoki ni semua nak mabuk ke ? 

Tak tahu dari mana cerita nya sampai ramai yang kata Dato Mirnawan ni sebenarnya orang Tuanku Agong? Adakah sebab itu dia dilayan macam VVVIP di semua tempat. Sampai takde orang pun yang berani tegur dia. Tapi betul ke dia orang tuanku? Atau dia saja buat cerita? Kalau benar, pihak istana perlu ambil serius perkara ini . Menggunakan nama Tuanku dengan sesuka hati umpama mencalarkan imej Tuanku itu sendiri. 


3. Mirnawan dilantik sebagai Pengurus Skuad Hoki lelaki. Bertuah atau malang? 


https://www.astroawani.com/berita-sukan/mirnawan-nawawi-dilantik-pengurus-skuad-hoki-lelaki-negara-261051 

Sudah kecoh di dunia Hoki Dato Mirnawan sekali lagi dipilih sebagai pengurus pasukan Hoki. Persoalannya adalah apakah kerjanya nanti tu? Sedia maklum di MHC ada Subhan Kamal yang jelas tak guna menghabiskan duit Malaysia itu akan menyokong kroninya Dato Mirnawan untuk menjawat apa sahaja jawatan . Kita semua tahu pemilihan MHC dalam apa jua keadaan adalah berat sebelah dan tidak melalui proses yang betul. MHC pada waktu ini adalah yang paling korup dan paling teruk pengurusannya di bawah seliaan. Tiada apa yang MHC cerita selain dari isu buang masa 

Adakah Dato Mirnawan dapat menggalas tanggungjawap yang diberi dengan baik kali ni? Sudah tentu tak mungkin dia dapat menggalas tanggunjawap dngan baik kerana sejak dulu dia memang amat jarang jalankan tanggungjawapnya. Dia hanya akan keluar tv, bagi komen satu dua dan jalani kehidupan macam selebriti. Sumbangan pada dunia Hoki takde pun. Sebab itu kalau perasan , Dato Mirnawan tidak pernah nak fokus pada kemajuan suka hoki Malaysia. Mengapa? Sebab bila sukan Hoki maju, pastinya akan ada penggantinya . Dato Mirnawan jelas menunjukkan dia tidak mahu sesiapa menggantikan tempatnya untuk 100 tahun akan datang. Kerana itu dia tidak berhempas pulas untuk pembangunan Hoki. Tak setuju?

4. Kenapa Dato Mirnawan beri kebenaran untuk Arul pilih kesemua pemain? https://www.sports247.my/arul-pilih-30-pemain/ 

Arul dan Dato Mirnawan merupakan kawan lama. Sudah tentu Dato Mirnawan tahu perangai buruk Arul yang sangat suka buli pemain , maki hamun pemain dan lain-lain. Tapi kenapa Dato Mirnawan Cuma serahkan semua pada Arul tanpa buat apa-apa saringan sendiri sedangan dia merupakan orang yang lebih berpengalaman dair kaki mabuk Arul Selvaraj. 

Yang sebenarnya , Arul dan Mirnawan sama-sama jaga bontot masing-masing. Aku jaga bontot kau, kau jaga bontot aku begitulah perumpamaannya.Sebab apa sahaja yang Arul buat Dato Mirnawan tidak akan melenting.

Meskipun Dato Mirnawan merupakan seorang yang aktif, namut kerap juga beliau memilih untuk Nampak bodoh dengan sokong keputusan yang salah, komen perkara yang salah dan buat perkara yang salah. Apa sudah jadi dengan Dato Mirnawan yang ramai orang sanjung? Adakah kerana wang ringgit kredibilitinya menjadi seperti sampah?Sepatutnya dia yang harus menegur Arul dan Amir. Tetapi Nampak sekarang dia lebih kepada 3 sekawan yang sama-sama menjahanamkan masa depan Hoki tanah air. 

MARA Restu?

MARA seolah-olah merestui apa sahaja yang UniKL buat tanpa banyak persoalkan apa yang UniKL buat. Adakah MARA juga bersekongkol dalam pembaziran berjuta duit rakyat? Jika itu berlaku, sudah sampai masanya Menteri KPLB turun padang dan lihat sendiri drama MARA dan UniKL mengkotak katikan duit rakyat yang telah diamanahkan kepada mereka. Menteri KPLB harus tegas dalam menangani isu ini kerana hal ini berlaku sejak dulu lagi. Betulkan kepimpinan MARA dan bersihkan UniKL dari anasir negatif yang merosakkan intergriti menyebabkan kerugian puluhan juta ringgit . Kali ini harus tegas. Menteri KPLB harus turun padang!

CM

9 comments:

  1. perlu ambil tindakan pada penulis blog ni sbb nak maklukan mara

    ReplyDelete
    Replies
    1. helpdesk@unikl.edu.my19 November 2020 at 01:30

      semoga dapat tangkap semua perompak ni

      Delete
  2. hnya staf unikl je yang tahu kebenaranya....hakikatnya unikl sudah sangat tenat dan tiada siapa pun yang ambil peduli....mara pun macam nak lepas tangan...orang luar tak tahu...kami yang di dalam sahaja yang tahu....semoga kebenaran di pihak yang benar

    ReplyDelete
  3. Gila babi la unikl, malu sial jadi pelajar unikl ni

    ReplyDelete
  4. Lapor SPRM SEGERA

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya kamu semua dengki dengan kecantikan saya kan? Sampai sanggup kacau Arul, itu hak nya nak minum apa pun.

    ReplyDelete
  6. Arul Drunken master25 November 2020 at 20:58

    Saiya mabuk ka tada mabuk saiya suddaa jadey coach Malaysia. Appa lagi mau biseng. Semua worang amat bodoh dalam hoki jadey saiya datang dan membodohi merika la. Malaysia can make easy money

    ReplyDelete
  7. sukan hoki dalam negara dah tenat. semua main duit cari duit tak pandai tahu nak duit senang. amir dgn mirnawan tu memang peranfai dia mcm tu ke ? aku tak kenal sgt sbb jarang involve dgn diorang, tp arul memang aku kenal. sejak dulu memang kaki botol tak guna keling tu.wuutoh la

    ReplyDelete
  8. unikltipupelajar.blogspot.com

    ReplyDelete