Tuesday, 27 April 2021

SYARIKAT DESTINI 'ORANG DEPAN' CHINA KUASAI PENGANGKUTAN KERETAPI MALAYSIA?


PART 1

Pada 3 Mac 2021, Railwaymen Union of Malaya (RUM), Kesatuan Pekerja yang mewakili pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berhubung usahasama Destini Berhad dan KTMB.

Destini membuat pengumuman telah menandatangani perjanjian untuk mengambilalih 70% pegangan dalam anak syarikat KTMB, ET Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dalam sektor rel untuk KTMB.



Perkembangan ini pastinya menimbulkan keresahan dikalangan pekerja-pekerja yang risaukan kedudukan pekerjaan mereka. Namun RUM merasa curiga dengan kesediaan KTMB menyerahkan pegangan majoriti kepada syarikat yang tiada kepakaran dan pengalaman dalam MRO.

Destini lebih dikenali sebagai syarikat yang melibatkan diri dalam sektor aviation, marin, tenaga dan pertahanan. Pengalaman mereka dalam rel terhad kepada kontrak membekal motor trolley dan kenderaan keretapi pada 2016 yang diserahkan pada tahun 2019. Jauh sekali dalam bidang MRO yang memerlukan kepakaran dan pengurusan dalam teknikal rel. 

https://www.destinigroup.com/about-us/

Tambah lagi, kedudukan dan aliran kewangan Destini agak sempit. Mereka berhadapan dengan masaalah kontrak-kontrak pertahanan yang belum dibayar termasuk kontrak helicopter yang menimbulkan kontroversi ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Malah media perniagaan pernah melaporkan Destini memerlukan suntikan modal baru dan sedang mengkaji pilihan untuk menerbitkan saham baru melalui “private placement” atau saham hak (“rights issue”).  Maka mereka perlukan perniagaan baru yang menarik minat pelabur pasaran dan pihak bank.

Laporan SPRM oleh RUM mungkin timbul dari sikap diam-diam yang diambil oleh KTMB dan Kementerian Pengangkutan (MOT). Sebuah blog, Another Brick in the Wall, agak hairan kenapa tiada pengumuman dijumpai dalam laman-laman web dan sosial KTM dan MOT.

https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/04/destini-mro-why-only-shopping-for.html

Tambah blog tersebut, pihak Destini baru mula melawat dan berbincang untuk mengambilalih syarikat-syarikat rel yang ada. Pada bulan Mei 2019, Destini Rail ada mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat seperti Lion & Pacific Sdn Bhd dan SVPR Consulting Services Sdn Bhd seolah-olah membina kepakaran untuk MRO.

Hal ini begitu jelas ekoran pengumuman salah seorang pengurusan Destini dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Scomi Berhad. Amat jelas Scomi merupakan satu daripada sasaran Destini.

https://www.marketscreener.com/business-leaders/Vun-Chiang-Lam-0FDV76-E/biography/

Pendek kata, Destini belum ada ‘track record’ dan kepakaran dalam MRO lagi tetapi sudah diberi pegangan majoriti dalam anak syarikat KTMB yang akan menjalankan kerja-kerja MRO. Adakah mencukupi untuk Destini urus dan jalankan kerja-kerja MRO dengan hanya setakat usahasama dan ambilalih kontraktor KTMB yang ada?    

Malah, upayakah Destini untuk melakukan kerja-kerja MRO untuk KTMB dengan syarikat China, CRRC telah membina Rolling Stock Centre di Batu Gajah, Perak?


Destini mungKin ada ruang untuk memainkan peranan kerana kontraktor China pernah gagal dalam kerja-kerja pemulihan hIngga tidak upaya siapkan kontrak. Ini telah menimbulkan banyak rungutan-rungutan  dari pihak RUM tentang kualiti aset dan perkhidmatan dari pembekal dan kontraktor dari China. 

Destini boleh berperanan sebagai mengisi kekurangan dari kontraktor China, memberi saingan tempatan pada China dan mempelbagaikan kontraktor perkhidmatan untuk kerja-kerja MRO KTMB.

Tidak menolak kemungkinan Destini boleh menjadi orang depan tabir untuk pembekal dan kontraktor dari China memberi servis kepada kenderaan dan peralatan rel dari China.

Ibaratnya jika memberi kontrak rundingan terus kepada syarikat China mungkin terlalu ketara dan kontroversi sebagaimana sebelum ini projek rundingan terus  RM456 juta kepada CRRC!

No comments:

Post a Comment