Wednesday 28 April 2021

SYARIKAT CHINA JADIKAN DESTINI 'KUDA TUNGGANGAN' MONOPOLI PROJEK MRO KERETAPI DI MALAYSIA ?


PART 2

[PART 1 : KLIK]

Baru-baru ini, timbul kontroversi di mana Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Dato' Isham Ishak mengeluarkan kenyataan memperakui melantik secara runding terus syarikat China, CRRC Rolling Stock Centre di Batu Gajah sebagai kontraktor untuk 10 set keretapi Electric Multiple Unit (EMU).

Ia ekoran pendedahan yang dibuat oleh Sabahkini2 yang mana pihak KSU telah cuba menerangkan kenapa runding terus dibuat dan diikuti dengan laporan polis terhadap portal tersebut. 

http://sabahkini2.com/en/news/3625/dulu-di-motac-disiasat-sprm-kini-di-mot-ksu-buat-runding-terus-ktmb-untuk-kroni/view

Susulan daripada itu MOT mengugut media yang mendedahkan surat rundingan terus projek dan mengatakan ia sebagai sebuah fitnah kepada MOT.

Tidak cukup itu MOT menyerang Railwaymen Union of Malaya (RUM). RUM telah lama menyuarakan bangkangan terhadap pembelian secara rundingan terus hingga menyebabkan lembakan aset-aset keretapi yang dibeli dari pembekal dan kontraktor dari China.

RUM turut menyuarakan ketidakpuashatian dengan tahap kualiti aset yang dibekalkan dan mempersoalkan kualiti kerja kontraktor dari China. Sering kali berlaku kerosakan, selalunya tidak tahan lama, dan kadangkala rosak sebaik saja mula beroperasi.

Baru-baru ini 13 keretapi Diesel Multiple Unit (DMU) untuk Pantai Timor, yang baru saja dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Dr Wee Ka Siong, dilaporkan Bernama sering kali rosak. Turut bersamanya KSU MOT. Ini adalah DMU yang dibuat oleh CRRC Zhuzhou Electric Locomotive Co., Ltd bertempat di Batu Gajah.

 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/692657/tren-dmu-baharu-ganti-lokomotif-sering-rosak?fbclid=IwAR0cCx6041Wau6X3RPhisyeLAiLi6Uf4t_YJ1xUl_mD76BS2RTlVR-prfNs

http://www.xinhuanet.com/english/2021-04/11/c_139873027_9.htm

Kontraktor China pernah diberi kontrak untuk baikpulih lokomotif beberapa tahun lepas tetapi hingga hari ini masih belum siap dan hanya dua saja telah diserahkan. Banyak lagi rungutan-rungutan lain dari pihak RUM tentang kualiti aset dan perkhidmatan dari pembekal dan kontraktor dari China.  

Besar kemungkinan Destini dibawa masuk untuk mengisi keperluan ini dan mengisi “local content” dalam kerja-kerja MRO KTMB. Namun dengan Destini mempunyai usahasama dengan KTMB, ETS bakal memonopoli kerja-kerja MRO dan jika cara rundingan terus yang diamalkan, syarikat-syarikat tempatan lain tidak akan dapat keutamaan yang sama. Semuanya kini berpusat kepad Destini.

Persoalan yang lain pula bakal timbul. Sejak mula mengunakan EMU dari China pada tahun 1992, KTMB tidak henti-henti membeli lokomotif, EMU, DMU dll dari China hingga ke tahap sudah bergantung penuh kepada China.

Ini juga satu jawapan mengapa tender antarabangsa atau tempatan KTMB tidak mendapat sambutan dari pemain luar kerana mereka sudah tahu syarikat China monopoli di Malaysia. Bukti paling mudah ialah runding terus membekal Electric Train Set (ETS). RM456 juta masuk ke dalam kantung China Railway Rolling Stock Corp (CRRC)

Hakikatnya sudah tentu Destini perlu bergantung pada bekalan alat gantian dan peralatan dari pembekal China. keupayaan Destini menyaingi harga yang akan ditawarkan oleh CRRC untuk kerja-kerja melibatkan aset yang dibekal dari China.

Harga yang ditawarkan kepada usahasama Destini-KTMB pasti tidak kompetitif berbanding harga yang  pembekal China tawarkan kepada kontraktor dari China. Apabila bersaing harga, syarikat-syarikat dari China sanggup memberi harga yang terlalu rendah hingga pesaing tidak upaya langsung untuk ditandingi bagi memonopoli pasaran.

Selain itu, China sanggup lawan harga demi mencapai penguasaan dalam sektor-sektor strategik untuk negara mereka. China sedar akan kedudukan strategik Semenanjong Malaysia dari segi logistik laluan marin antarabangsa dan peranan Selat Melaka untuk laluan antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan.

Tidak menolak kemungkinan Destini hanya menjadi 'orang depan' atau pemegang saham sementara dalam ETS sebelum pegangan 70% dijual kepada pihak lain dan kemungkinan besar pembeli akhir kelak adalah dari China. Faktor-faktor yang menyokong ramalan tersebut adalah kedudukan kewangan Destini yang terdesak dan memerlukan suntikan wang segera.

https://captainmgs.blogspot.com/2021/04/syarikat-destini-orang-depan-china.html

Bagi Destini, usahasama MRO dengan KTMB adalah monopoli kerja-kerja MRO KTMB. Ia naratif yang boleh menarik perhatian pelabur-pelabur di pasaran saham dengan pengambilalihan kontraktor-kontraktor rel yang lain.

Destini boleh dijaja sebagai sebuah syarikat MRO keretapi ulung dan boleh tembusi pasaran rel serantau. 

Sudah timbul desas desus penceburan Destini Rail ini dibiayai oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia Timor yang mempunyai rangkaian politik dan salah seorang pelabur minoriti mempunyai hubungan rapat dengan sebuah syarikat gergasi China dari projek-projek di Malaysia sebelum ini. Siapa mereka? Sudah tentu pembiaya dan pelabur perlu ruang untuk “exit” atau cara untuk merealisasikan pelaburan mereka dalam jangkamasa yang tidak terlalu lama.

MRO bukan suatu perniagaan yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tinggi dan banyak cabaran bakal dihadapi untuk ekonomi kembali pulih setelah pandemik Covid 19 berakhir. Jika mendapat pernilaian yang baik, pelabur-pelabur dan Destini pasti jual seluruh pegangan mereka dalam ETS.

Tidak menolak kemungkinan, Destini hanya berperanan sebagai orang depan dan pemudahcara untuk China kerana masalah persepsi perkhidmatan kontraktor China. Pembiaya semestinya tidak mahu melabur dalam pelaburan yang tidah diketahi “exit plan” terlebih awal.

Besar kemungkinan itulah peranan pelabur minoriti untuk dapat komitmen dari pihak China. Malah pihak China tak perlu muncul sebagai pemegang saham dan hanya mendapat manfaat dengan ETS menjadi orang depan untuk China menembusi pasaran MRO rel serantau       

China menjadi pembekal EMU, DMU dan keretapi. China menjadi pembekal Rolling Stock. Akhirnya China juga memberi perkhidmatan eksklusif MRO untuk KTMB. Ini merupakan igauan RUM selama ini.

https://www.thevibes.com/articles/opinion/23170/china-the-only-winner-in-ecrl-deal

Dengan ECRL dan HSR pun melibatkan China juga, China bakal memonopoli dan menguasai pengangkutan rel di Semenanjung.  China saja yang untung.

4 comments:

  1. Kartel Kerala elok berambos dari jawatan tinggi kerajaan. Bramboss segera.

    Tangkap Zety dan keluarga, cari Jho Low Nik Faisal sampai dapat ugut dan spin mereka abis abisan.

    Anak cucu ada gambar bogel, langgar SOP kasi kompaun 50K...

    ReplyDelete
  2. RM10 Juta kasi saman pemula... teruskan usaha hingga berjaya.. tahniah... kasi ajar orang tua tu

    Bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, memberi Dr Mahathir Mohamad tujuh hari untuk memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang berunsur fitnah bulan lalu.

    Khalid turut menuntut bekas perdana menteri itu menarik balik kenyataan disiarkan sebuah portal berita yang disifatkan tidak benar dan menjejaskan reputasi serta maruahnya selaku bekas KPN.

    “Saya beri Mahathir tujuh hari untuk membuat permohonan maaf dan menarik balik semula kenyataannya,” Khalid dipetik sebagai berkata oleh portal PNBBC.

    “Jika gagal saya akan arahkan peguam saya meneruskan tindakan saman kerana memfitnah.”

    Kenyataan Mahathir yang disiarkan portal berita itu pada 16 April lalu bertajuk “Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib”.

    Antara kandungannya yang didakwa memfitnah Khalid adalah “Tindakan ke atas Najib Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh Ketua Polis Negara waktu itu Khalid Abu Bakar, dakwa Dr Mahathir Mohamad”.

    “Perdana Menteri ketujuh itu mendedahkan demikian sewaktu menjelaskan komunikasi beliau dengan Zeti Akhtar Aziz sewaktu bekas penasihat kerajaan itu masih menjadi Gabenor Bank Negara.”

    Khalid mengarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda menghantar notis tuntutan kepada Mahathir pada 22 April lalu bagi menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis dalam portal berita itu dan media sosialnya seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.



    #jholowmanajholowmanahah

    ReplyDelete
  3. Biarkan Hamid Bador terjun seperti luncai dengan labu nya.

    Tun Mahathir Tak suka di soal dia suka buat tuduhan saja. Kalau ada saman ex-IGP pada Tun maka Lepas ni Tun akan marah dan mengamuk lagi. Klu PM skg tak tolong maka lagi Tun mengamuk marah2.

    Tun tak suka pergi ke mahkamah dolu di heret jadi saksi pun dia nyorok belakang lawyer dia.

    Dia suka tuduh fitnah dan hasut.. sekarang Tun kau bertemu buku dengan ruas.

    Nak tengok Marina, Cucu temani Tun turun naik mahkamah... tak sabar nak tengok kan...

    Jawapan klise 'Bukan Salah Saya' relevan atau tidak relevan lagi..

    Elok ditambah kes lagi pasal arahan Tun masa jadi PM dlm kerajaan PH yg halang bekukan akaun tokey babi dlm kes 1MDB diheret lagi ke mahkamah... biar ada banyak pertuduhan terhadap Tun di mahkamah masa yg sama heret juga orang suruhan Hamid Bador sekali jadi saksi... kasi Tun dan keluarga ulang alik turun naik mahkamah. Karma kau dah sampai..

    Makin semput le orang tua ni..

    haahhh pop corn kasi tambah lagi.!!

    #haaahhtepokkkkk

    ps : Melayu kena jaga Melayu fahamkan betul betul sesuatu isu... jangan termakan hasutan adu domba batu api barua DAP dan kuncu kuncu Melayu yg melutut pada DAP@LeeKwanYew

    ReplyDelete
  4. kah kah kah q serra q serra sungguh.. secara tak langsung bole la walaun atok katakan itu bukan salah Tun, salahkan Kuli... kah kah kah... kantoi nak hasut membatu api salahkan KuLi

    kah kah kah..

    Hebat permainan Tun wahai walaun atok sklian.. kikikiki..

    Tun buat baik ngan Kuli sbb ada makna tuhh.. kikiki..

    Berbaik dng Kuli sbb nak hasut pemimpin UMNO jatuhkan PN. Otai PKR dah tendang Tun awal lagi.

    Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau menjalinkan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana mahu mengajak beberapa pemimpin Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

    Bekas Perdana Menteri itu berkata jika ia dapat direalisasikan, kerajaan PN akan jatuh dan usaha melantik Perdana Menteri baharu dapat dilaksanakan.

    Selagi nyawa dikandung badan lagi kuat hasut, fitnah, batu api dan adu domba Tun Mahathir. Lagi kuat nafsu nya nak dapat kuasa, walaun kata atok dah tua suma dia dah dapat... tapi itu suma goreng saja puiiii..!!

    Walaun selagi bole goreng untuk atok, kau orang goreng lah sampai orang tua tu masuk kubo.. kikiki

    Umo dah lanjut kubo dah seru banyak kali cukup cukup lah Atok jadi batu api... walaun atok sklian kesian skit kat atok kau tuhh... orang lain tgk kesian atok kena geli geli dng walaun sendiri makin mengelintin atok nak kuasa... kikiki

    Tun jangan salahkan kami lawan kau, kau salahkan walaun kau sendiri. Sampai nak masuk kubo kena gelembong2 kan dng walaun kau sendiri.

    Melayu di Malaysia harus faham betul betul sesuatu isu. Kenali Musuh orang Melayu dan nyawa yang masih tersisa ada barua suruhan DAP@Lee Kwan Yew yang sedang membatu api kan sesama Melayu utk pecah belahkan kesatuan Melayu.

    kesiannnn...!!


    #fitnahjijiktetapjadipujaan

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA