Friday, 24 September 2021

FIRDAUS WONG SENGAJA GANGGU SIASATAN POLIS SEBAR VIDEO, MESEJ LUCAH DIKAIT EBIT LEW KERANA DENDAM?

 


Nampaknya perang dua pendakwa cina muslim terkenal di Malaysia sedang menuju kemuncaknya. Dari sebuah kedengkian di atas kerja-kerja kebajikan Ustaz Ebit Lew di Palestin kepada pendedahan character assassination berbentuk peribadi yang melibatkan pula kumpulan pendakwah lain seperti Firdaus Wong Wai Hung.

Kedua-duanya pendakwah dihormati tetapi kini menjadi misi dedah -mendedah aib masing-masing. Ustaz Ebit Lew dilaporkan terlibat dengan kes gangguan seksual. Dari hari ke hari gambar dan video Firdaus Wong Wai Hung menerusi telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan Iucah didakwa milik Ebit Lew. Sekalipun dikecam netizen Firdaus Wong tidak kisah mengenainya. Dia semakin seronok dengan permainan aib..



Sekalipun siasatan polis dan keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual diambil ia tidak menghentikan rasa membuak-buak benci Firdaus Wong Wai Hung kepada Ustaz Ebit Lew.

Firdaus Wong kini bukan lagi pendakwah jalanan yang sering kita kenali tetapi siber trooper digunakan pelbagai pihak menyerang bangsa cinanya sendiri Ebit Lew. Alasannya permintaan daripada mangsa untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta menggalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

Sama ada benar atau tidak dakwaan pelbagai pihak itu sepatutnya biarlah disiasat polis dan terpulang kepada pihak berkuasa membuat pendakwaan.

Namun Firdaus Wong tidak mahu berhenti dari membuat pendedahan. Firdaus semakin ghairah dan seronok untuk membunuh character lawannya Ebit Lew. Ebit Lew pula terus tenang diposisi walaupun sebelum ini sesekali Ebit Lew mempertahankan dirinya dalam laman sosial serta laporan polis yang dibuatnya.

Persoalannya apa motif Firdaus Wong? Apa kebencian mendalam yang membuatnya marah kepada Ebit Lew? Apa yang beliau tidak dapat daripada Ebit Lew? Jika sekalipun Ebit punya salah masa silam apa keperluan seorang yang mengggelarkan dirinya pendakwah Islam mengaibkan rakan pendakwah yang lain?

Yang diserangnya adalah kaumnya sendiri, orang Islam juga yang akhirnya mendapat nama buruk.

Jika tidak ditangani oleh pihak berkuasa keadaan akan lebih buruk mencerminkan buruknya Gerakan pendakwah di negara ini melibatkan Firdaus Wong dan rakan-rakan NGOnya. Ia menjadi medan perang mengaibkan sesama lawan kerana sikap kedengkian pendakwah di negara ini.

Ganggu siasatan kes

Polemik penting diri dan membelakangkan siasatan polis di mana segala bukti sepatutnya diserahkan kepada pihak polis dan bukan disebarkan di media sosial mengundang amaran PDRM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata perbuatan menyebarkan bukti dan maklumat itu jelas mengganggu dan melambatkan proses siasatan polis ke atas pendakwah terbabit yang kini masih berjalan.


"Kita sudah buka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video dan mesej lucah berkenaan kerana ia mengganggu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pendakwah terbabit.

"Kita minta orang ramai di luar sana menghormati siasatan yang kini sedang dijalankan secara lebih terperinci oleh pihak polis.

"Patuhilah undang-undang kerana kita tidak mahu kenyataan yang disebarkan itu mengganggu siasatan kes," katanya dalam satu kenyataan

Semalam, beliau dilaporkan sebagai berkata Bukit Aman membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video dan mesej lucah di aplikasi sembang maya Telegram yang didakwa membabitkan Ustaz Ebit Lew.

Firdaus Wong mungkin akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Abd Jalil memohon orang ramai yang mungkin mempunyai maklumat-maklumat yang boleh membantu siasatan supaya tidak menyebarkannya di media sosial.

"Hantar terus kepada pihak polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan (ke atas pendakwah) seterusnya kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

"Mereka yang mempunyai maklumat atau mangsa boleh bertemu terus dengan pihak polis atau terus ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), JSJ Bukit Aman untuk membantu melengkapkan siasatan kes itu.

"Jangan pergi ke pihak ketiga kerana perkara itu akan diperbesarkan-besarkan. Kita mahu menjaga semua pihak, sama ada mangsa, pemberi maklumat serta individu yang ditohmah. Kita perlu jaga kepentingan ketiga-tiga pihak ini," katanya.

Mengulas perkembangan siasatan penyebaran mesej dan video lucah itu, Abd Jalil berkata pihaknya akan memanggil Firdaus Wong atau pihak yang didakwa bertanggung jawab menyebarkan video dan mesej lucah untuk membantu siasatan.

"Kita akan siasat akaun Telegram dan Instagram dikaitkan dengan perkara itu, dan buat masa ini kita tidak dapat mengesahkan bahawa mereka yang bertanggung jawab menyebarkan maklumat itu kerana masih dalam siasatan.

"Kita juga masih menyiasat sama ada maklumat yang tersebar itu ada kaitan dengan mangsa-mangsa yang sudah tampil kepada pihak polis sebelum ini," katanya.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI