Thursday 30 September 2021

PEGAWAI SPRM GRED 44 CURI DUIT HASANAH RM25 JUTA, MENGAPA AZAM BAKI KP SPRM PERLU LETAK JAWATAN?


Dikala kecoh Wang RM 25 juta yang dikaitkan dengan Bekas Ketua Organisasi Perisikan Luar Negara (MEIO) iaitu Datuk Hasanah Abd Hamid dicuri pegawai SPRM, Hasanah dilaporkan tampil membuat laporan polis kononnya wang dicuri merupakan wang milik MEIO sumber negara sahabat dalam operasi rahsia kerajaan.

Laporan polis pada 24 September 2021 mencetuskan banyak persoalan tentang status wang hilang itu. Menurut Hasanah ia sebagai sebahagian daripada SOP wang disimpan di pejabat luar yang dipanggil ‘safe house‘.

“Saya ingin tegaskan bahawa wang ini merupakan sebahagian daripada operasi rahsia yang tidak seharusnya didedahkan dan kesilapan kerajaan mendakwa saya adalah kerana sebab-sebab yang di luar bidang saya ketahui dan tidak perlu diulas ketika ini”. katanya

Paling penting kata Hasanah dia tidak terlibat dengan wang itu dan terlibat mendapatkan kembali wang tersebut.

Perangkap Azam Baki atau kambing hitamkan pegawai SPRM?

Terdapat desas-desus pasukan dalam SPRM untuk menjatuhkan Azam Baki memandangkan 3 pegawai SPRM itu dilaporkan sebagai ‘budak’ Azam Baki.

Pasukan media, NGO dan individu tertentu digerakkan untuk menggulingkan Azam Baki bagi merosakkan imej SPRM. Penglibatan pemimpin PH dan serangan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat juga adalah sebahagian mempercepatkan usaha menggulingkan Azam Baki.

Hari ini rakyat sedang menilai SPRM. Rakyat sudah mula mempersoal integriti SPRM betapa SPRM sebelum ini jelas alat kepada pemerintah PH untuk mensasarkan pemimpin BN adalah benar.

Kekalahan SPRM kes pengubahan wang haram di bawah pimpinan Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA SPRM membuktikan betapa SPRM memang alat pemerintah.

Penangkapan pegawai SPRM, reman,  siasatan senjata api serta pendedahan nilai harta pegawai SPRM adalah sebahagian cara mengalihkan isu mengaitkan Azam Baki. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sebuah rumah dan beberapa kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM1.6 juta milik tiga pegawai yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes wang tunai berjumlah RM25 juta.

Antara harta yang disita ialah sebuah rumah di Selangor, dua motosikal jenis Ducati dan masing-masing sebuah kereta Mercedes Benz dan Honda Type R.

Rumah dan kenderaan  dipercayai milik pegawai SPRM berpangkat penguasa kanan gred 44 berusia 40 tahun.

“SPRM sedang melakukan dokumentasi untuk mengetahui ‘asal-usul’ pemilikan semua harta itu memandangkan penguasa kanan terbabit dikesan hidup mewah melebihi gaji yang sepatutnya.

“Siasatan kini tertumpu kepada penguasa kanan berkenaan kerana dia antara individu yang bertanggungjawab menyimpan ex­hibits sesuatu kes yang disiasat,” kata sumber

SPRM turut memperincikan siasatan bagi melihat rekod pemilikan wang, harta benda membabitkan dua lagi pegawai yang ditahan, kata sumber itu.

Sumber itu turut memaklumkan penguasa kanan berkenaan juga disyaki terlibat dalam beberapa pelaburan dan pembelian hartanah, namun setakat ini pasukan penyiasat sedang mengumpul bukti mengenai aktiviti terbabit.

Seorang lagi sumber yang dekat dengan perkara itu berkata, hasil pemeriksaan penguasa kanan berkenaan didapati menyimpan 400 butir peluru bersaiz 9 mm (milimeter) beserta tiga kelongsong peluru bersaiz 9mm serta sepucuk pistol tiruan.

Malah, pemeriksaan lanjut di rumah pegawai itu turut menemui sepucuk senapang jenis ‘pump gun’ jenama Benelli Armi selain 200 butir lagi peluru jenis 9mm, alat pembuka senjata serta senaskah buku manual penggunaan senjata.

“Semakan lanjut, penguasa kanan berkenaan mempunyai lesen senjata api membabitkan satu jenama lain yang dikeluarkan oleh Bahagian Pelesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Berdasarkan lesen penggunaan senjata api, pegawai berkenaan hanya dibenarkan untuk memiliki 100 butir peluru sahaja,” dedah sumber itu.

Difahamkan, satu sidang akhbar khas antara SPRM dan polis akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendedahkan hasil siasatan berhubung kes kecurian wang tunai RM25 juta yang hilang daripada kawalan SPRM.

Kontroversi salah guna kuasa tiga pegawai itu tercetus susulan wang sejumlah RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang disita SPRM tiga tahun lalu didakwa hilang.

Hasanah sebelum itu didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang kerajaan bernilai sekitar RM50 juta namun pada April lalu dia dilepas tanpa dibebaskan.


Yang mencuri pegawai SPRM Gred 44 yang disalahkan Azam Baki! Yang mencurilah dihukum apa kena mengena dengan majikan. 

Mengapa Azam Baki membiarkan dirinya seolah-olah menjadi mangsa. Beliau sepatutnya memburu lebih keras pesalah rasuah dan salah guna kuasa atau kes tertangguh didedahkan sebelum ini. 


 

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA