Sunday, 1 October 2017

MENGAPA PAUL LOW MAHU MENGAWAL SPRM, LIM KIT SIANG DAP MENYERANG SPRM? KEBETULAN? AGENDA ULTRA KIASU?



1. Sejak 26 September lalu perang mulut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dan Menteri JPM Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mengenai penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN)  secara terbuka mengundang reaksi pelbagai pihak. Apa sebenarnya berlaku?Apa perlunya JITN?

2. Bagi pihak SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya melihat tiada keperluan untuk jabatan baharu itu ditubuhkan yang mana mempunyai peranan seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

3. Mengapa agaknya KP SRPM menegur secara terbuka? Menurut sumber dalaman kertas penubuhan JITN diusahakan sepenuhnya oleh Datuk Paul Low. Malah agensi relevan seperti SPRM, IIM, Suhakam dll telah memberikan maklum balas secara dalaman tiada keperluan untuk meluluskan jabatan baru itu. Bagaimanapun Paul Low berkeras menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 untuk terus menubuhkan JITN. Lebih malang JITN diluluskan ketika YAB PM berada di luar negara.

4. Jadi mengapa Paul Low beria-ia sangat untuk menubuh JITN? Benarkah JITN tidak bertindih fungsi sebagaimana kenyataan Paul Low?. Alasan Paul Low Seng Kuan ialah JITN memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah disiasat secara mendalam di samping memastikan pertuduhan yang berkesan dilaksanakan supaya kejayaan pendakwaan dicapai. Bukankah ini kerja SPRM? Apa lagi Paul Low hendak?

5. Apa benar jika JITN ditubuh maka kes-kes berprofil tinggi selesai? sedangkan dalam masa sama semua kes perlu dirujuk ke pejabat Peguam Negara,  diserah kepada mahkamah yang bukan kuasa jabatan atau agensi sebelum ini? SPRM, EIAC, IIM dan Suhakam turut melalui proses yang sama. Jadi dimana logiknya justifikasi penubuhan JITN kes semua selesai lebih cepat?

6. Kita lihat kertas perjawatan yang dicadang dalam JITN. Iaitu 20 orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang dicadangkan sebagai pegawai JITN. Selebihnya Paul Low memasukkan semua Ketua Unit Integriti dari setiap Kementerian/agensi di bawah JITN sedangkan semua pegawai itu melapor kepada SPRM malah di jabatan/agensi/ GLC  "high risk" pegawai SPRM diletakkan disitu. Jadi dari mana JITN dikatakan tidak mencampuri dan menganggu urusan SPRM? Ini bukan kordinasi tetapi menyibuk dan mengambil pegawai sedia ada. Fikirkan apa 20 orang PTD boleh buat seluruh negara dengan jumlah itu? 

7. Paling tak manis ialah apabila JITN menjadi sebuah jabatan, Paul Low akan melantik konsultan luar dari pasukan untuk menasihati JITN. Ini sangat buruk sekali kerana Menteri meletakkan kepentingannya.

Saturday, 23 September 2017

ASYIK 'PAU' DUIT SETIAUSAHA POLITIK SIVARASA MP SUBANG DITANGKAP SPRM!


1. Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang meroyan kepada SPRM kerana menahan anak buahnya Naveen Kularasa Rasiah. Siapapun Naveen yang pasti dia keluarga Sivarasa dan juga Setiausaha Politiknya. Sivarasa Rasiah kata kakitangannya tidak bersalah!

2. Naveen dan 2 lagi pegawai Sivarasa iaitu Joshua Kalaiselvan dan NicoKam ditahan SPRM 22 September dan kini direman 4 hari kerana terlibat meminta rasuah RM20,000 berkaitan urusan imigresen dan disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM (Meminta/Menerima rasuah).

Thursday, 21 September 2017

LAS LENAS MILIK ARUMUGAM DAN MAHATHIR BOLEH PESTA ARAK DAN JUDI DATANGLAH! TIADA LARANGAN


1. Masuk bulan oktober pastinya isu OktoberFest, Better Beer Festival atau Pesta Arak muncul kembali dan menjadi kebisingan rakyat Malaysia. Bagi Negeri Selangor dan Pulau Pinang Negeri Pakatan merayakan Pesta Arak bukan masalah untuk mereka. Kelulusan tempat dan PBT mudah dapatkan. Namun di negeri BN, kelulusan pesta arak sukar diperolehi malah yang terbaru di Kuala Lumpur tidak diluluskan oleh DBKL.
2. Bagi rakyat Malaysia dan mereka yang berfikiran liberal demi arak tu jangan susah kalau rasa pening pesta seperti ini masih dibuat di hotel-hotel atau pusat hiburan milik proksi Mahathir. Hotel dan pusat hiburan milik-milik Berjaya Group misalnya mereka ada penganjuran secara privasi. Bolehlah datang sana. Tak perlu pening. 
Las Lenas Argentina

Sunday, 17 September 2017

HALIMAH PRESIDEN MELAYU SINGAPURA YANG DI 'LEMBUKAN' PAP JADI CONTOH DAP MALAYSIA?


1. Akhirnya penyusunan perancangan PAP berjaya meletakkan Halimah Yaacob sebagai Presiden Singapura wanita Melayu pertama sejak 47 tahun lalu. Apa yang perlu dibangga dengan Halimah Yaacob? Benarkah beliau layak?benarkah beliau kuat jika ada pertandingan kerana beliau menang tanpa dipilih (tanpa bertanding) dalam Pilihanraya Presiden!

2. Di Malaysia DAP dan PAN begitu gembira sekali dengan pelantikan Halimah. Mereka menggunakan sebagai buah politik menunjukkan Singapura tidak perkauman dan beginilah usaha DAP nanti kalau berkuasa.

Apa yang Rakyat Malaysia perlu tahu!

3. Pilihanraya Presiden kali ini dikhaskan untuk calon-calon sesuatu kaum dan kali ini untuk orang Melayu. Sistem presiden dipilih melalui pilihan raya bermula pada tahun 1993. Syarat utama bertanding calon Presiden ialah jika calon kerajaan mestilah dari jawatan penting kerajaan melebihi 3 tahun. 

TIDAK MAHU 'DILEMBUKAN' ANINA '4 KALI KLIMAKS' KELUAR PPBM LAWAN MUHYIDDIN MUKHRIZ




1. Bermula dengan penyebaran isu peribadi skandal seks Anina dan pendedahan pembantu khas Anina pada disember 2016 akhirnya karier politik Anina berakhir apabila dipecat. Perjalanan politik Anina mudah diramal. Apapun ulasannya strategi memecah belahkan PPBM oleh pelbagai pihak itu sangat berjaya. Sila baca.

Monday, 4 September 2017

KHALID IBRAHIM BERI AMARAN PKR SAMAN 'ECOWORLD BERHAD' AZMIN BAKAL MANGSA RAFIZI KERANA ECOWORLD?


1. Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor 16 Ogos lalu menyuarakan rasa bimbang dan tidak puas hatinya desas-desus pimpinan tertinggi PKR yang pernah di samannya memfitnah mengaitkannya dengan EcoWorld Berhad sudah mula membangkitkan kembali cerita dengan syarikat itu. 

2. Perbalahan antara Azmin Ali MB Selangor dan kem Rafizi sudah mula membangkitkan hubungan Azmin Ali dengan Tan Sri  Liew Kee Sin Pengerusi Eco World yang dikatakan menaja wang kepada Azmin Ali. Rafizi dan Saifuddin seakan mengesahkan apa yang terjadi kepada Tan Sri Khalid turut berlaku kepada Azmin Ali. Pastinya Rafizi akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan Azmin nanti. 

Rafizi terus mengasak Azmin malah Anwar sanggup dikata sebagai insan 'terpenjara'. Apa lagi yang bakal Rafizi lakukan?

3. Mengesahkan hubungan Azmin dengan EcoWorld apabila Eco World Group Development Berhad membeli tanah rampasan milik LBCBNSB seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor secara tunai RM1.18billion. Azmin pada 3 September 2016 mengumumkan ia satu cara menyelesaikan projek terbengkalai Alam Perdana sekian lama. Namun yang kekal menjadi isu ialah pampasan tanah pemilik tanah dan peneroka tanah PKPS kekal tidak dibayar sehingga sekarang oleh pemilik baru.

Saturday, 2 September 2017

TANAH ALAM PERDANA TERGADAI: KHAIRUDDIN ABU HASSAN & AZMIN MB KENYANG, RAKYAT SELANGOR DERITA!


1. Kisah tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjadi Projek Bandar Alam Perdana sejak 1979 ini memang begitu panjang melibatkan 2,820 ekar tanah dan 651 peneroka. PKPS juga menubuhkan syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. (LBCNSB) mengendalikan projek ini namun gagal. Lebih lanjut pertikaian ini boleh baca Selangor-leak.com 

2. LBCNSB yang ditubuhkan turut bertukar tangan kepada milik Dato' Chin  Chan Leong- pernah terlibat kes saham Fountain View Plantation Berhad, Chan Sen San dan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan pendokong kuat Tun Dr Mahathir yang juga ahli lembaga pengarah Mujur Zaman Sdn Bhd.  Berapa ramai yang tahu derita rakyat Selangor atau pembeli rumah di Alam Perdana? Apatah lagi dalangnya Khairuddin dan Chin Chan Leong.

3. Nampak tak Khairuddin? dia sibuk hal 1MDB sehingga ke luar negara tetapi projek sendiri Alam Perdana Ijok mereka gagal sehingga tanah dirampas apabila tak mampu bayar premium. Akhirnya pemilik tanah dan juga pembeli rumah di Bandar Alam Perdana terpedaya dan ditipu. Lagi mahu sembang hal rakyat ke? Poket kenyang rakyat derita!

Thursday, 24 August 2017

AZMIN MB & COO MBI DI SWITZERLAND NAIB CANSELOR UNISEL DEDAH SALAHGUNA KUASA MBI. MANA NAK LARI?


1. Ketika Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd diserbu SPRM pada 22 Ogos lalu Azmin Ali dan rombongannya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya Soffan Affendi Aminuddin menyertai Azmin ke Zurich. Lawatan pelaburan sambil melarikan diri.

2. Ingat siapa Soffan Affendi Aminuddin? Beliau orang kepercayaan Azmin dalam syarikat kontroversi Darul Ehsan Investment Group Berhad tahun 2015 yang dibangkitkan YB Budiman. Selain YM Raja Shahreen CEO/MD MBI dicari yang kini mengerjakan haji di Mekah, Soffan Affendi adalah seorang darinya yang diburu. 

Monday, 21 August 2017

LAGI DOKUMEN PUNCA RASUAH SHAFIE APDAL PULA DIDEDAHKAN GENG WARISAN TERUS MEROYAN?



1. Sejak keluar UMNO dan penubuhan parti Warisan tidak pernah lagi Shafie Apdal kelihatan begitu takut berbanding tarikh 19 Ogos 2017 apabila satu berita sarkastik dari blog masterdedah menyiarkan berita paradok Shafie Apdal ditahan SPRM. Hanya satu tajuk berbentuk pertanyaan, gambar paradok baju lokap SPRM dan penutup "Inilah bakal berita minggu depan yang menjadi harapan dan impian rakyat Sabah. Mereka mahu pemimpin rasuah dihukum", terus saja Shafie ketika berucap di Sipitang tersedak dan seluruh macai warisan menjadi gila pada tarikh itu!


2. Begitu banyak juga fitnah Shafie Apdal kepada PM Najib dan kerajaan, YAB Musa Aman, infografik menghina dan lain-lain hanya dibiarkan sahaja hanya sesekali komen jelik dilapor kepada SKMM. Tapi Shafie Apdal baru kena dan tular berbondong-bondong geng taksub Shafie Apdal melaporkan kepada polis. Kalau penyokong kerajaan hendak lapor kepada polis apa yang mereka buat banyak. Malas nak layan sahaja. 

Friday, 18 August 2017

AZMIN UGUT SPRM TIDAK AKAN TANDATANGAN IBR JIKA EXCO SELANGOR DITANGKAP SPRM?


1. Kecuali Kelantan mengapa agaknya Negeri Pembangkang mempunyai polemik ketika menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM? sebelum ini Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang berpolemik dengan segala cabaran namun akur apabila menandatangani IBR Plus pada 4 Ogos 2017.

2. Kini negeri kedua penuh rasuah tersembunyi negeri Selangor turut berdolak-dalik tidak mahu menandatangani IBR apabila Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan kerajaan negeri tidak mahu menandatangani ikrar itu kerana mempunyai kaedah mencegah rasuah dan salahguna kuasa yang lebih baik di semua peringkat, termasuk penjawat awam. Apakah ini arahan Azmin Ali MB Selangor? 



3. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad hanya mampu berkata “Saya tak terkata,” Tak malukah Negeri Selangor apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) muncul persatuan sukan pertama di negara ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)? Tak kan Kerajaan Selangor tak berani?

TIPU PENEROKA FELDA JENGKA 13 LAGI TIMBALAN PRESIDEN PAS ADA HATI NAK BELA WARGA FELDA?



1.  Beberapa kali kita dapat melihat perangai pemimpin PAS ala-ala PAN dan DAP ini iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS mempunyai pendekatan berbeza dengan Presiden PAS, TG Hadi Awang terhadap BN. Sekali imbas kita dapat membayangkan Tuan Ibrahim ini adalah wakil Anwarinas dalam PAS. Selain berlagak pandai dalam ekonomi terbaru tidak berpuas hati dengan Tan Sri Isa Samad, PM Najib dan kes Kasitah Qaddam.

2. Siapa Tuan Ibrahim yang merepek berlagak suci ini? Ingat tak kes dia? Kisah Tuan Ibrahim sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas Pilihan Raya Umum 2004 sehingga 2015 masih lagi terngiang. Ketika PRK Kerdau 2011 isu ini berbangkit kembali dan Tuan Ibrahim terpaksa "kawtim" dengan pihak penjual tanah itu.

Tuesday, 15 August 2017

MENGAPA PESURUHJAYA KEHAKIMAN PULAU PINANG AKUR PADA DAP BATAL REMAN EXCO RASUAH?DENDAM LAMA ATAU KAWTIM?

Kenapa YA Dato' Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang akur kepada permohonan DAP batalkan reman? Apakah beliau penyokong pembangkang?Apakah dendam lama terhadap Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dulu juga pegawai di pejabat Peguam Negara. Abdul Wahab sebagai bekas Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pasti memahami siasatan SPRM. SPRM tidak puas hati kerana ia menjejaskan siasatan. Abdul Wahab dikatakan dari Kem Tan Sri Gani Patail  dan ramai dari mereka disingkirkan dari pejabat Peguam Negara selepas Tan Sri Apandi Peguam Negara yang baru. Kini tunjuk belang?

1. Hari ini Tan Sri Isa Samad ditahan SPRM untuk membantu siasatan pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC. BN dan Tan Sri Isa akur pada siasatan. Esok Tan Sri Isa Samad akan ditahan reman beberapa hari. Pastinya tiada pula mereka akan mencabar mahkamah untuk membatalkan reman mereka. Tidak pula mereka meroyan dan menuduh SPRM sebagai selektif. Itulah beza DAP, pemimpin Pakatan dan BN.

2. Semalam DAP bukan main bangga apabila mencabar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berjaya membebaskan anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan dua lagi dibebaskan dari perintah tahahan reman selama lima hari berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula jumaat lalu.

3. Apa jadi dengan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini? Kita mungkin boleh hormat keputusannya tetapi ini sangat memalukan. Tak ada lagi tindakan badan rasuah mana-mana di dunia membatalkan tahanan reman pihak yang dituduh rasuah. Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia pun mendapat kerjasama daripada pihak mahkamah begitu juga Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. Sesiapa saja disiasat dan ditahan direman, mahkamah beri kerjasama dan tidak campur tangan.

Saturday, 12 August 2017

SELEPAS RASUAH EXCO TERKAYA PULAU PINANG KINI PEMIMPIN TERKAYA WARISAN SABAH PULA BAKAL DIKANDANGKAN SPRM?


MARI MERUNTUHKAN PARTI WARISAN DENGAN MENANGKAP SHAFIE APDAL, PETER ANTHONY, PROKSI & KELUARGA YANG RASUAH!

1. Bagaimana melihat runtuhnya Parti Warisan? Shafie Apdal mungkin kuat di Parlimen Semporna tetapi tidak bererti beliau terus kuat memandangkan beliau sibuk dengan jelajah Sabah, Semporna terabai dan BN melakukan gerak kerja masuk kampung yang kerap di kawasan kubu Shafie Apdal. Dari terkeliru rakyat perlahan-lahan keluar dari kepompong 'taksub' kepada Shafie. Perkara pertama ialah memusnahkan kepercayaan terhadap 'legasi'.

2. Kekuatan Shafie Apdal adalah terletak kepada orang kuatnya Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga proksi kontraktor Shafie di KKLW dahulu dan juga ahli keluarganya yang masih bersamanya. Semakin panjang PRU 14 semakin terhakis Shafie Apdal. Berapa lama lagi Shafie Apdal boleh bertahan dengan Datuk Peter Anthony?

3. Terdapat bukti dana-dana hasil haram yang diurus oleh Peter Anthony melalui syarikatnya Asli Jati Engineering Sdn. Bhd serta syarikat lain melalui projek KKLW digunakan untuk membiayai parti Warisan. Dana-dana haram hasil rasuah ini wajar dikesan dan Peter Anthony pula wajar ditangkap dan disiasat SPRM. Kes Rasuah Peter Anthony tuntutan palsu di UMS pun dikatakan belum pernah ditutup lagi.

4. Ramalan Captain M Shafie Apdal dan Parti Warisan bakal lumpuh tidak lama lagi. Berikut merupakan koleksi artikel Captain M mengenai Shafie Apdal proksinya Peter Anthony, pegawai KKLW kesayangannya dan sanak saudara Shafie Apdal.

Friday, 11 August 2017

EXCO PALING KAYA PULAU PINANG DITAHAN SPRM KERANA KES KILANG HARAM. SO WHAT?




1.  Nampak tak senjata SPRM? Baru saja Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang menandatangi Ikrar Bebas Rasuah pada 4 Ogos lalu hari ini 11 Ogos Exco paling kaya DAP Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar ditahan SPRM kerana kes kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti. 

2. Bukan main sombong Lim Guan Eng menambah 10 IBR kononnya serius menolak rasuah dan kini kerajaan DAP Lim Guan Eng diuji untuk membuktikan sama ada mereka menunaikan IBR atau tidak. 

Friday, 4 August 2017

SEJARAH MEMALUKAN PERASUAH LIM GUAN ENG YANG ADA KES DI MAHKAMAH BERIKRAR TIDAK RASUAH! BILA LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN?


1. Akhirnya setelah SPRM dan pelbagai pihak mengasak Lim Guan Eng Ketua Menteri DAP Pulau Pinang terpaksa akur kepada Ikrar Bebas Rasuah. Lim Guan Eng malah menambah 10 lagi perkara dalam Ikrar sebagai syarat baru menandatangani IBR atas harapan SPRM lentur. Namun Datuk Dzulkifli Ahmad tidak berganjak sedikitpun dikala dikutuk oleh Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Saifuddin Nasution Ismail (SUA PKR) memperlekeh IBR SPRM malah akur pada 10  perkara tambahan. 

2. Datuk Dzulkifili KP SPRM terus tersenyum dengan ayat lembut 'Jangan takut, saya tak minat politik'. Peluru, pedang dan senjata semua ada ditangan SPRM. Akhirnya hari ini Lim Guan Eng akur dan menandatangani IBR Plus  4 Ogos 2017. Kelihatan dalam gambar Datuk Dzulkifli ketika majlis menandatangi IBR Plus pun beliau terus tersenyum. Lebih tersenyum 10 tambahan IBR itu nampak memerangkap Lim Guan Eng sendiri.  


3. Lim Guan Eng seperti pelanduk terkena jerat, selepas Lim Guan Eng dan kerajaan DAPnya menandatangani IBR Plus itu sekarang menjadi satu komitmen dan kesungguhan kepada Lim Guan Eng untuk menunaikan Ikrar beliau memerangi rasuah.