SilTerra milik negara kini
menjadi rebutan syarikat Bumiputera, bukan Melayu dan warga asing
Awal minggu ini, akhbar The
Edge dan The New Straits Times (NST) melaporkan Khazanah Nasional Bhd bercadang
melepaskan sebahagian besar pegangannya di dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd.
Menurut laporan NST, Khazanah
yang mahu dirinya digelar sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia, berhasrat
melepaskan sehingga 80 peratus pegangannya dalam SilTerra yang kini dimilikinya
100 peratus.
Berita ini tidaklah
mencetuskan perbincangan hangat di kalangan mereka yang mendabik dada sebagai
pejuang nasib bangsa kerana nama SilTerra tidak dikenali sangat oleh masyarat
Melayu.