Kelab yang tak perlu diperkenalkan lagi dan merupakan kelab yang paling kaya di Malaysia iaitu Kelab Hoki UniKL merupakan pasukan Hoki yang ditaja sepenuhnya oleh MARA melalui UniKL. Ini kerana semua duit UniKL adalah dari MARA. Jadi mengapa MARA sewenangnya meluluskan bajet berjuta-juta untuk pasukan Hoki UniKL ? Atau adakah MARA tidak sedar bahawa MARA telah diperbodohkan dengan pembaziran yang tidak masuk akal.Atau adakah MARA pun sekali terlibat?
Dengan kerjasama
dari ramai orang termasuk staff dan juga orang luar, akhirnya semua maklumat
telah didapati untuk membongkarkan kegiatan mereka itu. Mungkin kesabaran
mereka sudah sampai ke kemuncak dengan orang-orang macam ni yang hidup dengan
penuh kepuraan. Mari kita kenali orang-orang hebat ini yang telah banyak
merugikan duit MARA.