Mahkamah
Tinggi semalam (2 Mei) menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul
Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa
tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah
Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Peguam
bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengesahkan Hakim Datuk Amarjeet
Singh membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan pihaknya terhadap
permohonan dibuat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbabit.
Beliau
berkata, Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tidak
mewakili mana-mana pihak dan afidavit yang ingin difailkan itu seolah-olah
'terapung'.
"Tiada
prosedur, maka hakim menolak permohonan itu. Namun, jika (Najib) mendapat
kebenaran (semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum), beliau (Tengku
Zafrul) boleh memfailkan kembali (kebenaran fail afidavit).